Rampas & Bakar Telefon Milik Pelajar, Tindakan Guru Ini Dianggap Salah & Tidak Profesional

Sikap guru yang keterlaluan telah menjadi perhatian warganet apabila mereka nekad membakar kesemua telefon pelajar yang dirampasnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sikap guru sekolah dan tindakan mereka merampas serta membakar telefon bimbit murid dianggap keterlaluan. Rata-rata pengguna media sosial menganggap perbuatan sedemikian adalah sangat tidak profesional.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sikap guru keterlaluan dan melanggar etika sebagai pendidik
  • Hukuman bukanlah cara terbaik untuk selesaikan masalah disiplin di sekolah
  • Hukuman berat atau pendekatan keras bukanlah penyelesaian jangka panjang

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dikongsi oleh akaun Twitter, @theonlyizzah, beberapa orang guru sekolah yang dipercayai di luar negara telah bertindak merampas dan membakar telefon bimbit kerana mereka melanggar peraturan sekolah.

Sikap guru keterlaluan dan melanggar etika sebagai pendidik

Dalam video berkenaan jelas kelihatan dua orang guru wanita bergilir-gilir membaling beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong besi yang sedang marak dengan api pada waktu malam.

Turut kelihatan sekumpulan pelajar perempuan di kawasan itu, malah ada dalam kalangan mereka menjerit dan menangis tatkala melihat telefon bimbitnya dilemparkan ke dalam api.

Pengguna Twitter berkenaan turut berkongsi perasaan kurang senang dengan tindakan guru tersebut. Dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perbuatan tersebut terjadi kepadanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berpendapat sikap guru dan perbuatan yang dilakukannya itu telah melanggar etika sebagai pendidik.

”Tidak boleh bayangkan keluarga yang kurang berkemampuan, sanggup kumpul duit untuk belikan anak sebuah telefon agar mudah belajar, namun dikenakan tindakan seperti ini,” kata @thesileencewords.

”Sistem gagal, telefon pada zaman sekarang adalah keperluan dan patut diajar kelebihan penggunaan telefon di sekolah,” ujar @RikutaRinki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada juga netizen mengatakan jika pelajar didapati melakukan kesalahan, cukuplah sekadar menyimpan telefon bimbit berkenaan dan memberikan amaran supaya tidak mengulangi kesilapan sama.

Hukuman bukanlah cara terbaik untuk selesaikan masalah disiplin di sekolah

Pakar tidak menggalakkan golongan pendidik memilih pendekatan hukuman sebagai cara menangani masalah disiplin pelajar kerana ia boleh mencetuskan rasa memberontak dan tingkah laku negatif.

Dalam hal ini kaedah yang lebih produktif adalah menyelesaikan akar kepada masalah itu berbanding memberikan respon secara terus terhadap perilaku yang ditunjukkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara cadangan yang diutarakan adalah penggunaan sistem merit, iaitu memberikan markah sepanjang pengajian mereka bagi peluang pekerjaan dan kemasukan universiti.

Menurut seorang pengamal pendidikan awal kanak-kanak, Putri Afzan Maria Zulkifli berkata hukuman tidak harus menjadi pilihan utama dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

”Ada bezanya antara menyelesaikan masalah hanya pada permukaan dengan menyelesaikan sesuatu masalah pada akarnya, kerana isu disiplin adalah masalah yang terus berlaku di sekolah.” katanya.

Tambahnya lagi tekanan untuk menyelesaikan silibus dan menyiapkan kertas kerja telah mewujudkan jurang hubungan antara guru dan pelajar di sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukuman berat atau pendekatan keras bukanlah penyelesaian jangka panjang

Hukuman yang lebih berat atau selesaikan masalah disiplin dengan pendekatan keras bukanlah penyelesaian jangka panjang. Ia hanya membuatkan para pelajar menjadi lebih memberontak.

Dalam hal ini, pakar kaunseling profesional di sekolah perlu memainkan peranan dalam membantu para pelajar yang bermasalah.

”Pastikan guru kaunseling di sekolah adalah mereka yang betul-betul layak dan dilatih secara profesional bagi menangani isu-isu sedemikian dari mula sehinggalah selesai.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Mereka mestilah terdiri daripada pakar-pakar sepenuh masa, bukannya guru separuh masa.” kata Putri.

Bukan itu sahaja, peranan ibu bapa juga amat penting bagi menanam nilai-nilai yang baik dalam diri anak-anak.  Hal ini kerana segala-galanya hendaklah bermula dari rumah. Sementara guru di sekolah hanya menjadi penyokong sahaja.

Kebanyakan individu hanya berfikir bahawa masalah disiplin cuma terhad di sekolah sahaja.

Namun sebenarnya ia berkaitan dengan alam sekeliling seperti di rumah, hubungan guru dan pelajar, perasaan dalam pencapaian akademik dan peraturan terlalu ketat ataupun penindasan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Kalau Betul Haid, Tunjuklah Darah Tu,”- Kisah Benar Guru Minta Bukti Pelajar Datang Bulan

Baca juga: ‘Siap Berjahit Lagi Tali Dia,’ Guru Terdiam Saat Terlihat Pelitup Muka Anak Murid

Baca juga: Ibu Terharu Kawan Anak Setiap Hari Tolong Angkat Beg Sekolah, Bagus Didikan Parents Dia!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan