5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

Demam bukan satu penyakit. Namun, jika suhu demam bayi tinggi, perhatikan 5 simptom berbahaya ini, jika ada, anda harus segera bawa mereka ke hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila dahi bayi mula terasa panas, tentu ibu ayah terus panik dan naik risau. Mana tidaknya walau macam mana kita lindungi anak dari virus, akhirnya si kecil terkena juga jangkitan. Tapi sebelum panik, ketahui dulu suhu demam bayi yang membimbangkan. Kerana suhu demam bayi ni ada beberapa peringkat

Suhu demam bayi 

Suhu demam bayi terbahagi kepada 5 tahap, ia bermula dengan tahap 1 di mana suhu demam bayi yang agak rendah seperti 37.2º. Suhu yang rendah ini kemungkinan disebabkan oleh suntikan vaksin. Selepas bayi mendapat suntikan vaksin dari jadual imunisasinya, ada kemungkinan akan demam. Tapi ia hanya demam biasa dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

Tahap kedua adalah apabila suhu demam bayi mula meningkat ke 37.6º, ia boleh dikategorikan sebagai ‘Mild Fever’ namun ia masih tidak perlu dirisaukan, hanya pantau suhu demam bayi di rumah sudah memadai. 

Walau bagaimanapun jika suhu demam bayi di tahap ketiga iaitu 38º keatas, anda perlu pantau dengan lebih ketat dan sentiasa lap badan anak dengan tuala basah. Ketika ini berikan ubat paracetamol bayi dalam empat jam sekali. 

Di tahap keempat pula iaitu suhu demam bayi melebihi 39º bawalah ke klinik secepat mungkin. Waktu ini anak anda mesti dimasukkan ubat ke dalam bontot bagi menurunkan suhu dengan cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahap kelima ialah 40 keatas, hati-hati ya parents, bimbang anak boleh terkena sawan pada suhu ini. Bawa anak ke hospital dengan segera. Dia mungkin perlu menjalani beberapa pemeriksaan agar dia tidak terkena jangkitan yang serius seperti denggi, covid dan sebagainya. 

Apabila bayi demam

Jangan panik. Demam bukan satu penyakit. Menurut Dr Michael Devon, pakar kanak-kanak di sebuah klinik swasta Philadelphia — demam adalah tanda sistem imun si manja sedang berlawan dengan jangkitan atau virus.

Akan tetapi, jika si manja mula menunjukkan 5 simptom berbahaya ini, anda harus segera bawa mereka ke hospital!

Antara jangkitan dan virus yang boleh menyebabkan demam ialah selesema, jangkitan pada saluran pernafasan (RTI), jangkitan telinga, roseola, dan jangkitan pada saluran kencing. Si manja juga boleh demam selepas diberi vaksin, terkena campak atau memakai pakaian yang terlalu tebal.

Langkah Perlu Diambil Bila Bayi Demam

Perkara pertama yang harus anda ambil adalah — periksa suhu badan mereka. Guna termometer jenis rektrum digital untuk bacaan suhu yang lebih tepat.

Anda boleh mengambil suhu badan dengan meletakkan termometer pada ketiak si manja. Tetapi, tambah 1 degree dalam bilangan suhu.

Dr Charles Shubin dari Mercy FamilyCare menggalakkan ibu bapa untuk memberi keselesaan kepada si manja apabila mereka demam.

Biar si manja berehat dan tidur dengan secukupnya. Demah badan si manja yang panas dengan kain yang telah dicelup air suam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Simptom Bayi Demam Bahaya Yang Tidak Harus Dihirau

Jika anda tidak pasti bagaimana ingin mengesan demam pada bayi, baca ia di sini. Namun, usah terlepas pandang 5 simptom berbahaya ini ketika si manja demam. Nyawa mereka mungkin terancam!

1. Demam Panas Yang Teruk

Suhu badan normal adalah kurang dari 37.5 °C. Akan tetapi, jika suhu badan si manja telah mencecah lebih dari 38 °C, segera demah badan mereka atau bawa si manja ke hospital!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demam panas yang teruk akan mengakibatkan si manja cepat letih, hilang keinginan untuk menyusu, dehidrasi dan mengalami kekejangan. Segera bawa si manja ke hospital jika suhu badannya masih tidak kebah selepas empat hari atau lebih.

2. Dehidrasi & Tidak Mahu Menyusu

Si manja akan terbuka untuk mengalami dehidrasi ketika ini. Dehidrasi terjadi kerana muntah dan cirit-birit. Oleh itu, anda perlu memberikan susu badan atau susu formula buat mereka.

3. Sawan

Hampir 4% daripadan kanak-kanak bawah usia 5 tahun akan mengalami sawan ketika demam. Biasanya, sawan disebabkan oleh kenaikan suhu badan secara mendadak.

Jika si manja anda tiba-tiba kekejangan, sawan, tidak sedarkan diri dan kaku — tempatkan mereka pada permukaan lembut. Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut mereka. Jika sawan berlanjutan, segera bawa si manja ke wad kecemasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Kejang Leher

Anda harus panik jika si manja hanya berdiri tegak dan tidak berupaya menggerakkan leher mereka ke kiri atau ke kanan. Menurut pakar, kejang leher ketika demam boleh mengakibatkan meningitis atau keradangan tonsil malah bengkak pada nod limfa. Oleh itu, ibu bapa harus segera membawa si manja ke hospital bagi mengenalpasti punca kejang leher.

5. Ruam Yang Merebak

Bukan ruam biasa itu! Simptom bahaya yang harus anda risau ialah demam dengan ruam yang banyak merebak. Ruam ini akan kelihatan kemerah-merahan, namun tidak akan bertukar warna jika anda memicitnya. Ruam ini juga akan mengakibatkan si manja lebih mudah meragam.

Dr Afred Sacchetti, ketua pengarah di Wad Kecemasan Our Lady of Lourdes Medical Center menasihatkan ibu bapa untuk lebih peka pada ‘simptom-simptom’ yang dipamerkan oleh si manja berbanding hanya bergantung pada maklumat termometer.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mari laksanakan tugas mudah ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan: Parents, theAsianparent Malaysia, Parenting, NHS Choices. dan Web MD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Bila Bayi Demam