Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, ramai kanak-kanak mudah jatuh sakit lebih-lebih lagi apabila pulang dari sekolah. Agak sukar untuk ibu ayah mengawal pergerakan dan mengenal pasti sekiranya anak dijangkiti penyakit bermusim. Oleh itu, penting untuk ibu bapa peka dengan tanda amaran, boleh jadi ia adalah simptom influenza.
Influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus influenza menjangkiti salur pernafasan dan boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.
Ia menyebabkan demam dan selesema yang ringan pada orang tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi terutamanya golongan kanak-kanak.
Melalui perkongsian oleh seorang doktor, Dr. Luqman, jika anak didapati demam setelah pulang dari sekolah, ibu bapa perlu memantau sekiranya terdapat simptom influenza pada anak melalui tiga cara yang paling mudah.
Antara tiga cara mudah yang ibu ayah boleh lakukan adalah:
1. Suhu badan melebihi 38 darjah celsius
Jika anak demam berterusan selama 3 hari berturut-turut sehingga mencecah suhu 38 hingga 40 darjah celsius , segera bawa anak berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
2. Periksa kadar penafasan anak
Ibu ayah boleh memeriksa kadar pernafasan anak dengan menggunakan jam. Berikut adalah jadual kadar pernafasan yang normal berdasarkan peringkat umur kanak-kanak seperti di bawah:
- 2 bulan ke bawah: melebihi 60/min
- 1 tahun ke bawah: melebihi 50/min
- 5 tahun ke bawah: melebihi 40/min
Sekiranya ibu ayah mendapati terdapat kelainan pada kadar pernafasan anak sama ada terlalu laju atau melebihi kadar di atas, boleh dapatkan pemeriksaan doktor.
3. Tahap kecergasan anak
Anak yang sihat biasanya aktif berbanding anak yang tidak sihat atau mengalami demam mudah letih dan lesu. Jika ia berterusan dan bertambah teruk, ia boleh jadi salah satu simptom influenza.
Malah, sekiranya anak tidak demam tetapi mempunyai tanda-tanda amaran seperti melepet, lemah, tidak mahu makan dan tidak aktif, sebaiknya dibawa berjumpa doktor.
Menurut Dr. Luqman, kanak-kanak yang mempunyai tiga tanda amaran yang menunjukkan simptom influenza, terdapat ujian 3 in 1 yang boleh diambil iaitu:
- Influenza A/B
- Adenovirus
- RSV virus
Jika keputusan ujian mendapati anak positif, anda boleh mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan berhampiran dengan anda.
Tiktok Dr Luqman Sa, Myhealth
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Lepas HFMD, Doktor Minta Ibu Waspada Musim Demam Influenza, Ramai Anak Jatuh Sakit!
Baca juga: Kepala Bayi Panas, Ini 7 Tanda Bahaya Ibu Ayah Perlu Waspada & Segera Bawa Ke Hospital!
Baca juga: Anak Mudah Sakit Dan Selesema, Patutkah Saya Risau? Ini Sebab Kenapa Anak Anda Mudah Sakit