8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka

8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka

Simptom kemurungan selepas bersalin yang tidak dijangka ini boleh berlaku kepada ibu muda dan juga ibu berpengalaman beranak tiga! Mari ketahuinya dan ambil langkah pencegahan.

Kemurungan selepas bersalin, atau postpartum depression, sebenarnya sering terjadi, walaupun mungkin tidak selalu dilaporkan di dada akhbar.

Kebanyakkan para ibu gagal untuk mengawalnya dan ia boleh menyerang ibu muda berusia 20-an dan juga ibu berpengalaman yang sudah pun beranak 3!

Kita selalunya menganggap kemurungan selepas bersalin, juga dikenali sebagai meroyan, sebagai benda remeh.

Malah, ada juga yang sekadar menggelarkan simptom ini sebagai “baby blues” di mana perasaan murung itu akan berlalu pergi dengan sendirinya.

Tapi, postpartum depression sebenarnya adalah satu masalah serius. Para ibu dan juga bapa boleh terkena simptom ini.

Antara tanda kemurungan selepas bersalin yang biasa kelihatan adalah tidak mahu bersosial, kurang tenaga, tiada keinginan seks, kepenatan dan juga rasa sedih yang melampau.

Selain itu, ada juga beberapa simptom kemurungan selepas bersalin yang kita tidak jangka akan berlaku.

Berikut adalah simptom-simptom tersebut:

8 simptom kemurungan selepas bersalin yang tidak dijangka

Jika anda perasan yang anda atau kenalan anda menunjukkan simptom luar biasa ini, maka kemungkinan besar, itu adalah tanda postpartum depression.

1. Insomnia
tanda meroyan

Sumber: The Asian Parent Singapore

Insomnia atau kesukaran untuk tidur adalah antara tanda kemurungan selepas bersalin.

Sebab itulah, ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata dinasihatkan untuk tidur apabila bayi mereka tidur.

Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup amat penting buat para ibu bagi mengelakkan berlakunya postpartum depression.

2. Rasa tidak sihat

Ramai yang menyangka loya, muntah dan sakit belakang adalah rasa sakit biasa yang mungkin terjadi pada para ibu hamil dan juga pada ibu yang baru bersalin.

Tapi, anda pasti terkejut mengetahui ia boleh jadi satu simptom kemurungan atau depresi yang melampau.

Jika anda berasa tidak sihat terutamanya selalu muntah, rasa mual dan sakit belakang, dapatkan bantuan daripada suami dan keluarga untuk mengurangkan kesakitan pada badan anda.

Selain daripada sakit fizikal, postpartum depression juga boleh mengakibatkan sakit kepala, sakit perut dan juga serangan panik.

3. Berfikir yang bukan-bukan
tanda meroyan 2

Sumber: The Asian Parent Singapore

Lagi satu tanda atau simptom kemurungan selepas bersalin yang anda mungkin tidak jangka adalah pemikiran negatif.

Pelbagai perasaan dan fikiran yang tidak baik akan mula menerawang di fikiran sehinggakan mereka berada dalam ketakutan, tidak senang dan sensitif.

Selalunya, mereka akan berfikir tentang bayi mereka dan senario yang mungkin menimpa si kecil seperti kemalangan, kecederaan dan juga kematian anak!

Jika ini berlaku pada anda, jangan sesekali melayan pemikiran tersebut! Dan, jangan ada rasa malu untuk meluahkannya pada suami atau berkongsi dengan orang yang anda percayai.

Dapatkan bantuan segera, ketahuilah yang anda tidak keseorangan dalam hal ini.

4. Rasa lapar berpanjangan

Anda pasti tidak menyangka sama sekali yang perut lapar juga boleh menjadi salah satu tanda kepada postpartum depression.

Ibu yang baru lepas bersalin mungkin tidak berasa tertekan dalam hatinya, tapi dia mungkin menunjukkan simptom kemurungan pada….perutnya!

Jika anda selalu makan tidak henti-henti dan masih sering berasa lapar, itu mungkin petanda  kemurungan.

Ya, kalori tambahan memang penting buat ibu yang sedang menyusu badan, tetapi jika rasa lapar anda itu terlalu keterlaluan, bincanglah dengan doktor anda.

5. Mudah terlupa

Ibu yang sedang mengalami depresi mudah untuk terlupa. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk mengingati semula benda yang baru terjadi.

Malah, anda juga tidak mampu untuk buat 2 kerja dalam satu masa dan tidak mampu menyelesaikan beberapa tugasan mudah hingga ke akhirnya.

Anda seolah-olah melalui hari dalam keadaan mengelamun.

Keletihan akibat tidak cukup tidur adalah biasa untuk ibu bersalin, tetapi jika ia terlampau serius sehingga menggangu mental anda, dapatkanlah bantuan segera!

6. Tiada perasaan
tanda simptom postpartum depression

Sumber: The Asian Parent Singapore

Ini lagi satu simptom tidak dijangka tentang postpartum depression – tiada perasaan.

Jika anda rasa hidup anda tidak bermakna, dan tidak berasa apa-apa apabila memikirkan tentang keluarga, bayi, dan penampilan anda, anda mungkin sedang mengalami kemurungan!

7. Kemarahan yang melampau

Ibu yang mengalami simptom meroyan juga amat mudah untuk rasa tersinggung dan marah.

Walaupun ia hanya isu kecil, anda terasa seperti mahu menjerit, membaling barang atau menunjukkan rasa kecewa dan marah anda itu.

Selalunya, rasa marah ini juga akan hadir apabila anda mendengar bayi anda menangis atau apabila anda melihat tubuh selepas bersalin.

Jika boleh, jauhkan diri anda dari melempiaskan rasa marah pada bayi. Dekati bayi anda apabila anda tidak lagi berasa marah.

Jika rasa marah yang membuak-buak ini masih hadir, dapatkan bantuan profesional segera.

8. Tidak mahu sesi bonding dengan bayi

Kebanyakan ibu pasti akan jatuh cinta pandang pertama dengan bayi mereka. 

Tetapi, jika anda rasa tidak berminat, ingin berjauhan atau berasa benci pada bayi anda, itu adalah petanda masalah kemurungan.

Jika ini terjadi, mintalah bantuan seseorang untuk menjaga anak kecil anda sementara anda mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah depresi anda itu.

Ingatlah, ia adalah amat penting untuk anda segera meminta bantuan nasihat dan rawatan daripada doktor anda jika anda mengalami salah satu daripada 8 simptom postpartum depression di atas!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tiga Jenis Masalah Kemurungan Selepas Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner