Sindrom Anak Kedua Selalu Menguji Kesabaran Ibu Ayah, Tapi Dialah Yang Paling Unik!

Sindrom anak kedua dalam keluarga dikatakan lebih unik berbanding pertama. Mereka biasanya memiliki ragam dan sikap yang boleh menguji kesabaran ibu ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda perhatikan, setiap anak sememangnya memiliki perangai dan ragam yang berbeza. Namun ramai ibu ayah mengakui membesarkan anak kedua memerlukan lebih banyak kesabaran. Adakah anda tahu mengenai sindrom anak kedua?

Menurut kajian yang dilakukan,  fakta anak kedua biasanya dikaitkan dengan sikap suka memberontak, membuli adik-beradik yang lain dan berani mencuba pelbagai perkara dalam hidup mereka.

Sindrom anak kedua yang ibu ayah perlu tahu

foto: freepik

Ahli perkembangan psikologi, pakar pediatrik dan ekonomi telah mempertimbangkan akan pentingnya urutan kelahiran terhadap kesihatan serta kesejahteraan kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang.

Berikut adalah beberapa sindrom anak kedua yang mungkin sentiasa berlaku dalam keluarga:

#1. Sindrom anak kedua- mereka memiliki kuasa autonomi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda mempunyai dua atau lebih ramai anak, ibu ayah sudah tahu akan perkara ini. Membesarkan anak pertama mungkin menyebabkan anda cenderung menjadi ‘lebih melindungi’ dan sentiasa mengawasinya.

Kehadiran anak kedua pula, ibu ayah sudah memiliki pengalaman menguruskan anak dan bersikap lebih santai. Kajian yang diterbitkan dalam  Journal of Adolescence menunjukkan bahawa anak kedua memiliki lebih banyak autonomi daripada anak pertama.

Selain itu, anak sulung juga sering diingatkan agar sentiasa mengalah dengan adiknya dalam semua perkara.

#2. Anak kedua lebih nakal dan sukar mendengar kata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: freepik

Dalam satu kajian pada tahun 2017 yang bertajuk Birth Order and Delinquency, penyelidik mendapati sememangnya kelahiran anak kedua cenderung membuatkan ramai ibu ayah pening dan perlu lebih mengawal pergerakan mereka, terutamanya anak lelaki.

Misalnya, anak pertama tidak pernah bermain di luar rumah tanpa keizinan ibu. Namun anak kedua lebih berani untuk mencubanya tanpa menghiraukan orang lain.

Bukan itu sahaja, dia juga mungkin suka membuli abang atau kakaknya, merampas mainan atau mungkin gemar membuat ibunya naik angin.

#3. Fakta anak kedua cenderung mengalami tekanan dalam pelajaran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu kajian yang diterbitkan dalam  Journal of Population Economics mendapati bahawa anak kedua sering kali mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada abang atau kakak mereka.

Hal ini mungkin disebabkan oleh prestasi rendah anak yang lebih tua di sekolah dan dorongan ibu ayah terhadap anak berikutnya. Bukan itu sahaja, anda mungkin meletakkan harapan lebih tinggi pada anak kedua, memberikan perhatian dan pengawasan lebih banyak.

#4. Kurang disenangi anak pertama

foto: freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam buku The Evolution of Personality and Individual Differences, penulis mengatakan bahawa anak kedua tidak begitu disukai oleh anak pertama. Mereka juga mungkin kurang sukar mendapat kerjasama atau perhatian dari kakak atau abangnya.

Keadaan ini menyebabkan anak kedua memilih untuk berdikari dan lebih bijak. Sebab itulah ibu ayah menyedari bahawa anak kedua cenderung bermain sendiri, memilih permainan yang disukai dan mungkin gemar memanjat.

#5. Memiliki kemahiran untuk memanipulasi 

Menurut laporan  mirror.co.uk, sindrom anak kedua menyerlah sebagai seorang yang pandai memanipulasi keadaan. Mereka memiliki keupayaan untuk bercakap dengan lebih bijak dan cekap merebut peluang.

Misalnya jika anak kedua melakukan sesuatu kesilapan yang membuatkan ibu marah, mereka mungkin akan memberikan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri daripada diberikan hukuman.

Bukan itu sahaja, anak kedua juga memiliki bakat yang tinggi dalam mencipta nama dalam dunia perniagaan meskipun mungkin mempunyai masalah disiplin. Misalnya, Bill Gates, Abraham Lincoln, Kim Kardashian dan Britney Spears.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya setiap anak mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ibu ayah usahlah bersikap pilih kasih, sentiasa adil dalam proses membesarkan anak-anak agar mereka menjadi seorang yang berjaya.

Meskipun banyak teori yang dibincangkan mengenai fakta anak kedua, semestinya mereka memiliki kekuatan masing-masing dalam membawa kebahagiaan dalam keluarga.

Sikap setiap anak akan berubah seiring dengan peningkatan usia mereka, justeru ibu ayah hendaklah sentiasa mengawasi setiap tingkah laku si manja agar tidak ‘naik kepala’ pada kemudian hari.

Sumber: Romper

Kredit foto: freepik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Fakta & Mitos Perkembangan Bayi Yang Sering Ibu Ayah Salah Tanggapan