Tangan kebas ketika mengandung adalah masalah biasa yang ramai ibu hamil alami, tapi jangan risau, biasanya ia bukan sesuatu yang serius! Kebas atau pada tangan terjadi apabila tekanan atau perubahan hormon semasa hamil memberi kesan pada saraf di tangan, terutamanya di pergelangan tangan. Ini dipanggil Carpal Tunnel Syndrome.
Isi Kandungan
Tangan Kebas Semasa Mengandung
Semasa hamil, perubahan fisiologi yang berlaku boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada saraf median. Akibatnya, saraf median yang terletak dalam ruang terowong di pergelangan tangan menjadi terhimpit, lalu menimbulkan masalah. Keadaan ini boleh berlaku pada satu tangan atau kedua-duanya sekali. Situasi ini dikenali sebagai sindrom terowong karpal (carpal tunnel syndrome).
Simptom Tangan Kebas Semasa Hamil
Tangan selalu kebas adalah sensasi mati rasa, kesemutan, atau kelemahan yang dirasakan pada tangan. Gejala ini boleh berubah dari ringan hingga parah, dan boleh berlaku secara berkala atau berterusan.
Kebanyakan wanita hamil yang mengalami sindrom carpal tunnel merasakan kesakitan dan kebas pada trimester terakhir kehamilan, walaupun gejala boleh timbul seawal trimester pertama.
Berikut adalah beberapa gejala kebas tangan ketika hamil:
-
Kebas tangan dan jari pada waktu malam terutamanya pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari paling kecil.
-
Rasa tangan kebas dan menyengat
-
Meluap-luap rasa sakit di tangan atau jari-jemari
-
Sakit dan kebas mungkin dirasakan menjalar ke atas sehingga ke lengan ataupun bahu
-
Sensasi seperti terbakar di tangan, pergelangan tangan dan lengan
-
Kesukaran untuk memegang objek
-
Radiasi sakit di bahu, leher dan lengan
-
Bengkak di tangan dan jari
Dalam kes sindrom carpal tunnel atau tangan kebas yang teruk, kehilangan deria rasa pada jari dan otot tapak tangan boleh semakin merosot.
Masalah Yang Sering Dialami
- Rasa kebas pada tangan, terutamanya di jari, pergelangan tangan, dan bahagian tangan — biasanya semakin teruk pada waktu malam sehingga mengganggu tidur.
- Sukar menggenggam barang dan melakukan kerja-kerja halus seperti membutangkan baju atau mengancing rantai.
Sindrom ini dialami oleh 1 dalam 4 wanita hamil (25%). Simptomnya boleh berlanjutan sehingga 12 minggu selepas bersalin. Namun, ada juga yang terus pulih sebaik sahaja selepas bersalin. Dalam 15% kes, masalah ini berterusan walaupun selepas tempoh bersalin.
Jika gejala ini muncul di awal kehamilan dan menjadi sangat teruk, pesakit biasanya akan dirujuk ke bahagian ortopedik untuk mendapatkan suntikan steroid.
Punca Tangan Kebas
Berikut beberapa punca tangan kebas semasa mengandung:
1.Perubahan Hormon
Semasa hamil, tubuh ibu mengalami banyak perubahan hormon yang boleh menyebabkan pembengkakan tisu. Pembengkakan ini boleh memberi tekanan pada saraf, terutamanya di pergelangan tangan, yang menyebabkan rasa kebas atau “tertidur”.
2.Peningkatan Cecair Dalam Tubuh
Ibu hamil cenderung menyimpan lebih banyak cecair, dan ini boleh menyebabkan bengkak di tangan dan pergelangan tangan. Bila saraf tertekan akibat bengkak ini, rasa kebas pun muncul!
3.Postur Tidur
Tidur dalam posisi yang tidak selesa atau terpaksa meletakkan tangan dalam keadaan yang salah juga boleh menyebabkan tangan kebas. Posisi ini memberi tekanan pada saraf dan menyebabkan rasa kebas atau kesemutan.
4.Carpal Tunnel Syndrome (CTS)
Ini adalah masalah yang lebih biasa berlaku pada ibu hamil. CTS berlaku apabila saraf di pergelangan tangan terhimpit oleh bengkak tisu. Ia boleh menyebabkan rasa kebas, kesemutan atau sakit pada tangan.
Walaupun tangan kebas ini boleh buat ibu rasa tak selesa, biasanya ia hilang selepas bersalin. Namun, jika rasa kebas itu berterusan atau sangat mengganggu, lebih baik berbincang dengan doktor untuk langkah yang lebih tepat!
5.Edema
Punca kebas kaki dan tangan adalah kerana ketika hamil, badan cenderung untuk mengekalkan lebih banyak cecair, yang boleh menyebabkan bengkak atau edema. Jika tisu di sekeliling saraf di tangan membengkak, saraf boleh dimampatkan dan menyebabkan rasa kebas atau kebas.
Adakah Keadaan Ini Berbahaya?
Walaupun rasa kebas ini agak tidak selesa, ia biasanya tidak berbahaya dan akan hilang sendiri selepas bersalin. Namun, dalam sesetengah kes, gejala ini boleh berlanjutan sehingga beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran. Jika rasa kebas semakin teruk atau menyebabkan kelemahan yang berpanjangan pada tangan, sebaiknya rujuk doktor untuk rawatan lanjut.
Cara Mengatasi Tangan Kebas
Berikut cara mengatasi tangan kebas semasa mengandung:
1. Gunakan Splint Tangan
Memakai splint boleh membantu menstabilkan pergelangan tangan dan mengurangkan tekanan pada saraf median.
2. Elakkan Pergerakan Berulang yang Membebankan Tangan
Kurangkan kerja seperti menaip atau mengemas yang memerlukan pergerakan tangan yang berterusan.
3. Lakukan Senaman Tangan
Senaman regangan boleh membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kebas.
4. Tukar Posisi Tidur
Pastikan tangan anda dalam posisi yang selesa dan elakkan daripada tertindih semasa tidur.
5. Urutan dan Kompres Sejuk atau Panas
Urutan lembut pada pergelangan tangan atau menggunakan kompres sejuk boleh membantu mengurangkan pembengkakan dan melegakan sakit.
Bila Perlu Jumpa Doktor
Walaupun masalah ini biasanya tidak serius, anda perlu mendapatkan nasihat doktor jika:
-
Rasa kebas semakin teruk atau berterusan selepas bersalin
-
Anda mengalami kesukaran menggenggam barang atau melakukan kerja harian
-
Terdapat rasa sakit yang melampau pada pergelangan tangan
-
Tangan menjadi lemah atau tidak boleh digerakkan dengan baik
Kesimpulannya, tangan kebas semasa mengandung adalah satu keadaan yang biasa dan jarang membahayakan. Walau bagaimanapun, ia boleh mengganggu aktiviti harian dan menyebabkan ketidakselesaan. Jika gejala berlarutan, pastikan ibu segera mendapatkan bantuan perubatan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selalu Sakit Pergelangan Tangan Masa Hamil? Jom Kenali Sindrom Carpal Tunnel & 7 Cara Atasinya
Baca juga: Sakit Perut Ketika Hamil Itu Normal, Tapi Hati-Hati Ia Boleh Sebabkan 8 BAHAYA Ini!
Baca juga: Jangan Biarkan Sesak Nafas Mengganggu Kehamilan Anda, Ini Punca & Cara Mengatasinya!