Cuba Resepi Air Sirap Limau Ini, Enak Dinikmati Ketika Cuaca Panas

Kami kongsikan beberapa resipi air sirap limau dengan pelbagai variasi yang pastinya sangat segar dan terbukti sedap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak kebelakangan ini, cuaca agak panas di Malaysia. Selain air putih, boleh juga anda mencuba pelbagai resepi minuman lain yang dapat menyegarkan tekak anda seperti air sirap limau yang mudah sahaja dibuat.

Membuat air sirap limau ini cukup mudah sama ada kita boleh sediakan sirap ros ini sendiri atau kita boleh sahaja terus gunakan kordial ros dan yang paling utama perlu ada limau kasturi.

Kami kongsikan beberapa resepi air sirap limau dengan pelbagai variasi yang pastinya sangat segar dan terbukti sedap, rasa haus anda akan terus hilang sekelip mata!

Variasi Resepi Sirap Limau

Sirap Longan Masam Manis

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sirap
  • 2 gelas air
  • 6 biji longan dalam tin
  • 2 biji limau kasturi
  • Ais secukupnya

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Larutkan gula di dalam air.
  2. Masukkan sirap dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan longan.
  4. Belah kepada 2 bahagian limau kasturi. Sebelah diperahkan ke dalam sirap manakala yang lagi sebelah hiris untuk hiasan.
  5. Tambah ais. Kemudian, air anda sedia diminum!

Soda Sirap Limau Selaseh

Bahan-bahan :

  • 1 liter air ice cream soda
  • 1 sudu besar sirap
  • 2 biji limau nipis / limau kasturi
  • 4 sudu besar selasih (yang direndam kembang)
  • Ais secukup rasa

Cara penyediaan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Larutkan gula di dalam air.
  2. Masukkan sirap dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan air ice cream soda dan perahkan kimau kasturi.
  4. Masukkan selaseh yang telah dikembangkan.
  5. Sedia untuk diminum!

Sirap Limau Bunga Telang

Bahan-bahan :

  • 10 kuntum bunga telang kering - rendam dalam air suam/panas
  • 3 biji limau kasturi- perah air
  • 1 sudu besar gula (ikut kegemaran)
  • Ais kiub

Cara penyediaan :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Larutkan gula di dalam air.
  2. Masukkan sirap dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan air rendaman bunga telang dan perahkan kimau kasturi.
  4. Masukkan ais kiub.
  5. Sedia untuk diminum!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Air Yogurt Homemade Yang Mudah & Sedap, Guna 4 Bahan Sahaja, Anak Mesti Suka!

Baca juga : Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak

Baca juga : 6 Resepi Air Detox Sesuai Untuk Ibu Menyusu, Cubalah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi