Siti Aafiyah Teruja Hari Pertama Masuk Preschool, Siap Cantik-Cantik Pose Dengan Ibu & Ayah!

Siti Aafiyah yang merupakan anak sulung Siti Nurhaliza dan Datuk K kini sudah semakin besar dan bersedia melangkah masuk ke alam persekolahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu pastinya berasa cukup terharu apabila melihat anak yang semakin membesar dan kini telah bersedia untuk ke sekolah. Perkongsian terbaharu penyanyi no.1 di Malaysia, Siti Nurhaliza telah memuat naik sekeping gambar anak sulung, Siti Aafiyah yang lengkap berpakaian sekolah bersama suaminya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Hari pertama Siti Aafiyah masuk prasekolah
  • Peminat tidak sangka Siti Aafiyah kini sudah besar dan menitipkan doa yang baik-baik

Rata-rata peminat turut menumpang rasa gembira melihat kanak-kanak tersebut yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk memasuki kelas.

Hari pertama Siti Aafiyah masuk prasekolah

Pada awal pagi ini, Siti Nurhaliza tidak ketinggalan berkongsi gambar kenangan anak perempuannya masuk preschool.

Alhamdullillah, Harini first day Aafiyah masuk preschool .. Malam semalam Aafiyah tidur awal , bangun tadi ayah kejutkan dia , kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun..

Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah🤣.Semangat betul dia nak ke sekolah..subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas ,dia terus masuk tak tengok belakang dah .. Ayah ibu yang panggil minta salam😉.. ibu nak nangis.. tapi tahannnn jek..

Semoga Allah swt pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manfaat kepada insan lain .. aamin ya rabb..
(Tq teacher Na bantu Aafiyah)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peminat tidak sangka Siti Aafiyah kini sudah besar dan menitipkan doa yang baik-baik

Rata-rata pengikut dan peminat Siti Nurhaliza memberi komen terasa bagaikan waktu begitu cepat berlalu dan kini Aafiyah sudah besar.

Rasa macam baru je Ibu post selamat bersalinkan Aafiyah. Begitu cepat masa berlalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti lepas ni balik sekolah, setiap hari dia akan ceritakan aktiviti yang dia buat kat sekolah.

Alhamdulillah. Semoga Aafiyah berjaya cemerlang dunia akhirat. Amin ya rabbal alamin. Mesti teruja tu dapat ramai kawan nanti. Balik dengarlah macam-macam ceritanya nanti.

Semoga dipermudahkan. Belajar rajin-rajin tau Aafiyah. Buat ibu ayah bangga. InsyaAllah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nanti ibu bolehlah buat show hari graduation Aafiyah nanti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kelebihan Selawat Tafrijiyah Untuk Ibu Hamil, Elak BAHAYA, Siti Nurhaliza Pun Amalkan

Baca juga: Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi 6 Tips Perkahwinan Bahagia, Boleh Ambil Inspirasi

Baca juga: Siti Nurhaliza Makin Slim Lepas Bersalin, Ini 9 Memori Kehamilan Beliau Yang Anda Tak Pernah Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan