Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Pencemaran udara bukan saja berlaku di luar, di rumah juga kualiti udara turut tercemar, malah lebih teruk! Ini tips untuk anda memiliki kualiti pengudaraan yang lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun kini kebanyakan sektor telah kembali dibuka, namun kebanyakan orang masih memilih atau syarikat menyarankan untuk kekal bekerja dari rumah, dan anak-anak juga masih dalam pembelajaran atas talian. 

Tapi ramai yang tak tahu, dalam kita berasa cukup selamat berada di rumah, kajian dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) menunjukkan tahap pencemaran udara di dalam rumah atau kawasan tertutup adalah dua hingga lima kali ganda lebih tinggi dari udara luar. Malah boleh mencapai sehingga 100 kali lebih teruk1.

Kedengaran menakutkan? Jangan risau, sebenarnya ada cara untuk anda perbaiki kualiti pengudaraan di rumah agar lebih bersih dan selamat dari virus bawaan udara yang berbahaya seperti cacar air2, Rhinovirus3 serta Rubeola4. Tapi sebelum itu anda perlu ketahui betapa pentingnya udara yang bersih untuk anda terutama sekali apabila di dalam rumah.

Kepentingan memiliki udara yang bersih 

Kualiti udara dalaman rumah anda memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan anda. Walaupun sebelum kita dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai sebenarnya memang menghabiskan sehingga 90% masa di dalam ruangan tertutup seperti di pejabat, dan 65% masa itu di rumah5.  

Menurut Dr Amanda binti Elli, Pegawai Perubatan Perkhidmatan Penjagaan Utama, ketika rakyat Malaysia bersiap sedia untuk endemik, langkah keselamatan dan kebersihan sepatutnya terus menjadi keutamaan. Kita juga lebih berpengetahuan sekarang dan kita tahu sistem kekebalan tubuh kita sangat penting dalam menentang virus COVID-19.

Menurut Dr Amanda lagi, menghirup udara bersih sangat penting terutama di fasa endemik ini, berikut adalah antara beberapa sebabnya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Udara adalah elemen penting dalam kelangsungan hidup manusia, dan sekiranya udara yang kita hirup ini bersih, ia adalah satu manfaat untuk kesihatan kita, malah lebih terjamin untuk anak-anak kita yang masih kecil.
  • Udara yang kita hirup mestilah sebersih yang mungkin kerana udaralah yang menyalurkan oksigen ke paru-paru, darah dan memberi kesan kepada organ-organ lain. 

Mengapa menjaga kualiti udara di dalam rumah adalah penting?

Dr Amanda juga menyokong kenyataan di atas tadi bahawa pencemaran dalaman boleh menjadi lebih memudaratkan kerana ia memberi kesan kepada diri memandangkan anda lebih menghabiskan masa di rumah berbanding di luar. 

Antara bahan pencemar yang terdapat di dalam kediaman, pejabat, restoran dan lain-lain adalah karbon monoksida, sebatian organik, sulfur dioksida, ozon, bahan kimia rumah (produk pembersih dan kosmetik), nitrogen oksida, radon dan asap tembakau. Selain itu juga terdapat kelapuk, virus, bakteria atau bulu haiwan. Dan lebih menakutkan kini kita hidup dengan virus Covid-19.

Kesemua jenis pencemaran udara ini berbahaya bagi kesihatan dan juga boleh menyebabkan alahan dimana ia mempengaruhi saluran pernafasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lain jika dibandingkan dengan tahap pencemaran udara di luar, yang mana ada masa ia menurun dan ada masanya meningkat disebabkan perubahan cuaca, iklim dan aktiviti manusia.  

Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk menjadikan udara di rumah anda lebih bersih? EPA mengesyorkan tiga cara utama untuk meningkatkan kualiti udara dalaman.

#1. Mengawal pencemaran dari segi penyusunan bahan kimia di rumah

Seperti yang dinyatakan oleh Dr Amanda bahan-bahan pencuci di rumah seperti pencuci tandas, cecair peluntur, lebihan cat dan sebagainya boleh mengakibatkan udara menjadi toksik. 

Jadi sentiasa menempatkan bahan-bahan seperti itu di bahagian luar rumah seperti di laman atau balkoni. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesin basuh dan mesin pengering juga boleh menyebabkan pencemaran, jadi lebih elok mesin-mesin ini diletakkan di bahagian luar. Menurut Dr Amanda, pencemaran udara ini membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan alahan yang menjejaskan saluran pernafasan.

#2. Meningkatkan sistem pengudaraan 

Jika sistem pengudaraan rumah anda kurang baik dan anda tidak kisah sebelum ini. Ini masanya untuk anda perbaiki. Buka tingkap dengan lebih kerap di bahagian yang sepatutnya seperti di bilik air, atau di tempat yang anda letakkan mesin basuh atau pengering, tong sampah dan tempat-tempat yang anda letakkan bahan pencuci berkimia. 

#3. Menggunakan penulen udara SK magic All Clean Virus Fit 

Walaupun dua cara diatas telah dilakukan, anda perlu ingat penggunaan penulen udara juga amat penting. Ia adalah pelaburan berbaloi jika anda betul-betul mahu meningkatkan kualiti udara dalaman rumah anda.

Malah apa yang penulen udara SK magic All Clean Virus Fit ini mampu lakukan pasti buat anda teruja! Ia bukan saja dapat menyingkirkan bakteria, kotoran, habuk, kulapuk, malah ia mampu menyingkirkan virus. Lebih – lebih lagi virus Covid-19 serta varian Delta!

Mengapa pilih SK magic All Clean Virus Fit?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulen udara ini dilengkapi dengan sistem penapisan 8 langkah semua dalam satu dan fungsi pensterilan UV Arc Core yang dapat menyingkirkan 99.99% habuk, kulat, bakteria dan virus bawaan udara.

Dilengkapi dengan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus yang telah diuji dan terbukti dapat menghilangkan 99.99% virus Covid-19, termasuk varian Delta, Human Coronavirus, EV71 dan virus H1N1.

Bakteria dan bahan kimia berbahaya dapat disingkirkan melalui Penapis Pra-Antibakteria & Penjagaan All-in-One manakala bakteria dan virus yang merebak melalui udara disterilkan oleh fungsi pensterilan UV Arc Core. 

Hadir dengan ciri sedutan pintar 360° dari pelbagai arah. Ia membersihkan dan menapis udara yang tercemar dari semua arah termasuk apa sahaja atas permukaan lantai. Jadinya sesuai untuk anak-anak kecil yang masih merangkak.

Bukan itu saja, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. All Clean Virus Fit mudah dibuka dengan ventilasi dan kipas yang boleh dicuci, ternyata memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan alat perubatan oleh A.S. Food dan Pentadbiran Dadah (USFDA). 

Apa lebih menarik? Merupakan pertama dari penulen udara lain yang ada di pasaran, All Clean Virus Fit diperbuat daripada bahan mesra alam yang dikenali sebagai Post Consumer Recycled-ABS (PCR-ABS). 

Penulen udara ini juga adalah yang pertama di industri yang disahkan sebagai PA (Pure Air) sebagai Pensteril Udara oleh Persatuan UV Ozon Korea. 

Bagaimana untuk mendapatkannya?

Penulen udara All Clean boleh disewa dengan harga pengenalan serendah RM79 setiap bulan, manakala All Clean Virus Fit boleh dinikmati hanya RM99 setiap bulan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi SK magic Malaysia, like kami di Facebook, follow kami di Instagram dan tonton video menarik di YouTube.

Rujukan:

  1.  (n.d.) United States Environmental Protection Agency. Indoor Air Quality. Retrieved from https://www.epa.gov/report-environment/indoor-air-quality
  2. (n.d.) Kementerian Kesihatan Malaysia. Cacar Air. Retrieved from https://www.myhealth.gov.my/cacar-air/
  3. (n.d.) Kementerian Kesihatan Malaysia. Selsema dan Batuk. Retrieved from https://www.myhealth.gov.my/selesema-dan-batuk/
  4. (n.d.) Laman Rasmi Hospital Tapah. Kenali Demam Campak. Retrieved from https://htapah.moh.gov.my/v1/index.php/my/menu-artikel-kesihatan/26-kategori-artikel-kesihatan/136-kenali-demam-campak
  5. (n.d.) ASHRAE. 10 Tips for Home Indoor Air Quality. Retrieved from www.ashrae.org/technical-resources/free-resources/10-tips-for-home-indoor-air-quality

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah, Ia Punca Kenapa Anak Kerap Sakit!

Baca juga:  8 Aktiviti Bonding Ayah dan Anak Perempuan Yang Anda Boleh Cuba

Baca juga: Sikap Baik Yang Boleh Dipelajari Daripada Aktiviti Bersukan – Jom Ajak Anak Hidup Lebih Aktif!