Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah: Cara Daftar PERKESO Suri Rumah, Syarat & Manfaat

Skim keselamatan sosial suri rumah diperkenal bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)  bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Apakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)?

SKSSR yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.

Takrifan suri rumah adalah seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak; termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal.

Cara Daftar PERKESO Suri Rumah

  1. Cara Daftar Perkeso Suri Rumah online: https://suri.perkeso.gov.my/
  2. Cara Daftar Perkeso Manual (Hadir Ke Mana-Mana Cawangan PERKESO):

Syarat Kelayakan Perkeso Suri Rumah

  • Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
  • Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan yang dibayar terlebih dahulu

Pelaksanaan Skim Keselamatan Suri Rumah SKSSR PERKESO

Pelaksaan SKSSR melibatkan caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

Prinsip ‘once in, always in’ akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tarikh Pelaksanaan PERKESO Suri Rumah

SKSSR berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Inisiatif ini diteruskan lagi bagi tahun 2024 seperti mana dibentangkan dalam Belanjawan 2024.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manfaat & Faedah Ditawarkan

1. Faedah perlindungan bencana domestik seperti:

  • Faedah perubatan
  • Faedah hilang upaya kekal
  • Elaun layanan sentiasa
  • Faedah pengurusan mayat
  • Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis
  • Pencen penakat

2. Faedah perlindungan keilatan

  • Elaun keuzuran
  • Elaun layanan sentiasa
  • Kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis
  • Faedah pengurusan mayat
  • Pencen penakat

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.perkeso.gov.my/ atau Facebook Pertubuhan Keselamatan Sosial. 
Sebarang pertanyaan, hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada perkeso@perkeso.gov.my

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Mudah Menjadi Suri Rumah, Selain Perlu Bekerja & Mengurus Anak-Anak, Ini Sebabnya

Baca juga: Sebelum Nak Berhenti Kerja, Hadam Dulu 5 Cabaran Bila Bergelar Suri Rumah Tangga Ini

Baca juga: Senarai Kerja Part Time Yang Disyorkan Untuk Ibu Bekerja Di Rumah, Dapat Gaji & Pengalaman Juga!

Penulis

Lala Annuar