Skincare Untuk Kulit Kusam, Ini 3 Langkah Mudah Untuk Kulit Sentiasa Glowing!

Semua wanita patut ada skincare untuk kulit kusam dalam vanity mereka! Kenapa? kulit kusam ini tak mengenal usia, ketahui apa punca & cara mengatasi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mempunyai kulit kusam boleh dikatakan dilema bagi setiap wanita. Ia bukan lagi masalah eksklusif hanya untuk wanita yang berusia, malah yang muda juga hadapi masalah sama. Sebab itulah kini ramai yang mencari skincare untuk kulit kusam!

Pemakaian skincare untuk kulit kusam ini bukan sahaja penting untuk menambahkan seri pada wajah kita, malah ia juga bertujuan untuk mengimbangkan penghidratan kulit yang sempurna. 

Pernah tak anda terfikir mengapa tiba-tiba wajah menjadi kusam? Sedangkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini nak jumpa matahari pun susah, nak kata pencemaran lagilah memang tak keluar rumah. Jom semak apakah punca sebenar yang menjadikan kulit kita kusam.

Punca kulit kusam

#1. Kurang minum air

Baik yang muda atau yang berusia, tentu anda akui yang anda memang susah nak minum air cukup 8 gelas sehari bukan?

Pentingnya minum air ini ibarat ibarat pokok tidak disiram. Makin lama makin layu, kering dan tidak lagi hijau. Begitulah juga kulit kita. 

Badan kita kalau tak mendapat air yang cukup, bagaimana nak menyalurkan penghidratan pada kulit? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mula hari ini, rajinlah minum air setiap hari, tak cukup 8 gelas pun tidak mengapa kerana gaya hidup sekarang tidaklah seaktif sebelum PKP berlaku. 

#2. Anda tak pernah exfoliate wajah!

Apa itu exfoliating? Okey, selain skrub kulit, anda juga perlu exfoliate kulit anda untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. 

Dalam exfoliator terdapat bahan-bahan yang mampu menyingkirkan sel kulit mati dan mampu bertindak secara dalaman berbanding dengan skrub yang hanya berfungsi pada permukaan kulit. 

Disebabkan itulah tekstur exfoliator lebih halus malah ada juga hadir dalam bentuk gel biasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Anda selalu tak pakai skincare

Tahu tak pemakaian set penjagaan kulit ini bukan boleh ikut mood. Hari ini pakai esok skip sajalah. Tak boleh begitu, anda kena berdisiplin dalam pemakaian penjagaan kulit, barulah kulit sentiasa terjaga dan berseri!

Lagi-lagi set penjagaan kulit yang asas seperi pencuci, serum dan pelembap! Ia ibarat BFF wanita No,1 ya, berlian tu No.2!

Skincare untuk kulit kusam, wajib ada untuk semua wanita

Apa-apa pun mula dengan yang asas dahulu. Anda perlu utamakan 3 langkah asas ini iaitu mencuci wajah, merawat dan menghidrat! Dan bagi permulaan anda boleh cuba produk dari Mimoskin ini, ia hadir dengan formula vegan cukup selamat untuk kulit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mimoskin Gentle Cleanser RM 30.00

Rawat kulit anda seperti di spa dengan pencuci wajah Mimoskin yang lembut dan tidak mengeringkan kulit ini. Ia serasi untuk semua jenis kulit. Kaya dengan bahan-bahan semula jadi seperti daun lidah buaya, ekstrak timun dan minyak tea tree yang kaya dengan agen anti-oksida bagi menyingkirkan minyak berlebihan dan melindungi kulit daripada pencemaran. 

Mimoskin Clarifying Serum  RM40

Untuk kulit lebih cerah dan menyerlah! Serum ini kaya dengan bahan-bahan pencerah botani, malah formulanya juga padat dengan asid hyaluronik yang mana satu bahan penting dalam memberikan penghidratan kulit sempurna. Ia juga mengandungi niacinamide dan ekstrak willow bark untuk menyasarkan pada tanda-tanda penuaan dan kerosakan kulit. Dengan serum ini juga anda mampu merawat kulit daripada jerawat dan kerengsaan, malah pori-pori kulit yang ketara juga boleh kembali mengecil. 

Mimoskin Calming Hydrator RM45

Hydrator atau dikenali sebagai pelembap kulit ini mampu merawat kulit kering dengan menyalurkan penghidratan secukupnya pada kulit. Ia juga berfungsi untuk melegakan rengsaan kulit, merangsang penghidratan kulit serta mengurangkan parut dan kedutan pada kulit. Formula pelembap ini cukup hebat iaitu cantella asiatica, sodium hyaluronate, vitamin C dan pelbagai bahan aktif lain untuk merawat kelembapan kulit. Tekstur pelembap yang ringan ini meresap kedalam kulit dengan pantas tanpa meninggalkan kesan melekit!

Jadi tak susah pun nak menjadikan kulit kita sentiasa glowing, skincare untuk kulit kusam seperti Mimoskin ini memang wajib ada untuk semua wanita!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan kalau amalkan rutin seperti di atas, tentu kulit anda seakin memperoleh satu kelahiran baru! Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Foto: Pinterest

Baca juga: Rahsia Penjagaan Kulit Flawless, Cuba Langkah Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan