Ibu Ayah, Ini Pilihan Snack Untuk Anak 1 Tahun Yang Enak, Selamat dan Sesuai Untuk On-The-Go!

Mujurlah kini banyak pilihan snack yang di pasaran yang khusus untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas yang terjamin kualiti dan keselamatannya. Malah mudah didapati di pasaran!

Apabila si manja meniti ke usia 1 tahun ke atas,  pastinya ibu ayah akan lebih teruja untuk memberi makanan dan snack yang lebih pelbagai untuk mereka. Tambahan lagi, pilihan makanan adalah lebih banyak dan snack untuk anak 1 tahun juga bukan sahaja enak, malah banyak yang tersedia di pasaran khusus buat ibu ayah yang tidak sempat menyediakan sendiri.

Anak yang berusia 1 tahun mungkin akan mula berubah selera, semakin berkembang daya kemahiran, dan belajar dengan lebih cepat. Jadi bagi memastikan mereka mendapat makanan dan khasiat yang diperlukan, ibu ayah perlu beri si manja perhatian yang lebih ya.

Dalam hal ini, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana cara terbaik untuk membekalkan makanan kepada anak yang berusia 1 tahun dan ke atas, tanpa menghabiskan sepanjang hari di dapur atau mengejar mereka. 

Snack Untuk Anak 1 Tahun: Senarai Snack Terbaik Di Pasaran

Mujurlah kini banyak pilihan snack yang di pasaran yang khusus untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas yang terjamin kualiti dan keselamatannya.

Ada beberapa ciri-ciri yang boleh dipertimbangkan oleh ibu ayah untuk mendapatkan snek yang baik untuk anak:

  • Tekstur snek tersebut hendaklah mudah cair atau lembut untuk kunyahan bayi dan penghadaman yang baik.
  • Pembungkusan yang mudah dibawa ke mana-mana dan dimakan semasa travel.
  • Kandungan snek yang organik atau selamat untuk bayi.
  • Saiz snek yang sesuai untuk genggaman tangan si kecil.

Berikut merupakan beberapa jenama snack untuk anak 1 tahun yang menjadi pilihan kami di theAsianparent:

Terbaik untuk Jenama
Snek Halal Korea Terbaik Greenwellness DDODDOMAM REAL SERIES
Snek Rendah Gula Terbaik Nestle Cerelac Nutripuffs Brocolli and Carrot
Snek Organik Terbaik Little Freddie Organic Biscuit
Snek Biskut Terbaik Heinz Biscotti So Yummy
Snek Puri Terbaik Heinz Pouches (120g) Vanilla Custard

5 Snack Untuk Anak 1 Tahun, Yang Terbaik Di Pasaran

#1  Greenwellness DDODDOMAM REAL PUFFING SERIES (25g)- Snek Halal Korea Terbaik

Jika ibu ayah mencari snek yang sihat dan mudah untuk diberikan kepada si manja, siri snek dari Ddoddomam ini adalah yang terbaik!

Snek beras yang enak ini dibuat dengan beras dan gandum yang dijamin selamat untuk kanak-kanak, malah berkualiti tinggi dan dituai segar dari ladang YangPyeong Gun, zon pertanian mesra alam yang ditetapkan Korea.

Menariknya, produk ini didatangkan dalam 3 rasa asli yang asli yang pasti si manja suka; keju, pisang strawberry dan coklat premium.

Dengan pembungkusan yang kedap udara dan mudah ditutup semula, ia mudah dibawa travel juga!

Apa yang kami suka?

  • Didatangkan dalam 3 perisa enak; keju, strawberi pisang dan coklat
  • Disahkan HACCP & HALAL Majelis Ulama Indonesia (MUI).
  • Tanpa perasa tiruan dan bahan pengawet
  • Tanpa menggoreng
  • Makanan ringan beras dan gandum bebas racun perosak
  • Saiz mudah untuk si manja mencengkam, dan mencair di mulut dengan mudah
  • Dikemas dengan mudah dengan beg kunci zip yang boleh ditutup semula.
  • Saiz sempurna untuk dibawa sebagai makanan ringan, makan atau perjalanan

#2 Nestle Cerelac Nutripuffs Brocolli and Carrot 25g - Snek Rendah Gula Terbaik

Snek bijirin yang tinggi zat besi, sumber zink, kalsium, dan vitamin B1 dari Nestle CERELAC ini didatangkan dalam saiz  yang tepat untuk tangan anak kecil, sekaligus mendidik si manja dan memberi peluang kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar, lisan dan halus!

CERELAC® Nutripuffs® menyokong si kecil dalam memperoleh kemahiran ini sambil mendorong dalam mendapat pengalaman mencubamakanan baru!

Ringan dan enak, CERELAC Nutripuffs mudah cair di mulut dan senang dikunyah; dengan rasa pisang dan oren yang menyelerakan.

Apa yang kami suka?

  • Larut dengan mudah di dalam mulut
  • Tiada garam tambahan
  • Tekstur selamat untuk bayi
  • Snek dipanggang, bukan digoreng
  • Tinggi zat besi, kalsium dan vitamin B1
  • Bentuk yang unik seperti bintang supaya mudah diambil oleh kanak-kanak
  • Menyokong perkembangan motor dan pengalaman baru melalui pemberian makanan secara bebas

#3 Little Freddie Organic Biscuit Oat dan Kismis (80g) - Snek Organik Terbaik

Biskut lazat ini dibuat dengan tepung gandum dan gandum penuh untuk rasa dan tekstur yang lebih banyak.

Tanpa gula, snek enak ini dibuat secara semula jadi manis dengan jus anggur dan kismis yang pasti si manja suka!

Malahan ia juga ditambah dengan vitamin untuk memberikan perlindungan tambahan buat si manja yang sedang membesar.

Apa yang kami suka?

  • Tiada bahan GM
  • Tanpa bahan pengawet atau bahan tambahan
  • Tanpa gula atau garam tambahan
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Tiada perisa atau aroma tiruan
  • Sama seperti makanan buatan sendiri
  • Disahkan oleh EU Organic, OF&G

#4 Heinz So Yummy Biscotti (60g) - Snek Biskut Baby Terbaik

Dikemas dengan penuh rasa, biskut baby Heinz So Yummy dibuat di Itali dengan resipi unik dan kunyahan kerangupan yang lembut di mulut kecil.

Sesuai sedari 7 bulan dan ke atas, So Yummy memang pilihan yang baik untuk mendidik di manja kemahiran motor halus memandangkan ia memberikan pegangan yang kemas pada tangan bayi, malah mudah cair di mulut!

Apa yang kami suka?

  • Didatangkan dalam 7 perisa enak
  • Mengandungi 8 vitamin dan mineral utama
  • Biskut baby dengan rasa rangup yang lembut
  • Cair di dalam mulut bayi
  • Tiada warna tiruan atau pengawet
  • Sesuai untuk vegetarian

#5 Heinz Pouches (120g) Vanilla Custard- Snek Puri Terbaik

Bahan-bahan snek puri Heinz Vanilla Custard dipilih dengan teliti kemudian diadun sebelum di masak secara kukus untuk menghasilkan makanan berkhasiat untuk perut si manja.

Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang enak, malah rendah lemak dan mempunyai vitamin C yang sangat bagus untuk si manja!

Heinz Puree boleh dimakan oleh si manja sedari usia 6 bulan, memang sesuai untuk si ibu yang sentiasa on-the-go.

Apa yang kami suka?

  • Dimasak secara kukus
  • Rendah lemak
  • Mengandungi Vitamin C
  • Dibungkus untuk memudahkan bayi makan on-the-go
  • Rasa yang enak
  • Boleh diberi kepada bayi seawal 6 bulan

Perbandingan Harga

Jenama Berat Harga
Greenwellness DDODDOMAM REAL SERIES 25g RM12.90
Nestle Cerelac Nutripuffs Brocolli and Carrot 25g RM3.48
Little Freddie Organic Biscuit 80g RM23.50
Heinz Biscotti So Yummy 60g RM6.30
Heinz Pouches (120g) Vanilla Custard 120g RM7.00

Waktu snek merupakan sebahagian daripada jadual harian kanak-kanak dan makanan ringan berkhasiat dapat membantu mengurangkan rasa lapar si manja sepanjang hari.

Pengambilan snek yang sihat secara berkala juga meningkatkan tenaga, dan dapat membantu anak memasukkan lebih banyak nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya.

Bagi ibu ayah yang tidak sempat menyediakan juadah minum petang, bolehlah pilih di antara snek yang terbaik dalam senarai ini.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Tetapkan Pemakanan Bayi 6 Bulan Hingga 1 Tahun, Ini Panduannya