Ibu Hamil Sangat Perlukan Sokongan Keluarga, Jangan Biarkan Mereka Sendirian!

Sokongan sewaktu hamil daripada seluruh keluarga amatlah penting terutama bila ada masanya kita terasa down dengan perkara-perkara tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita hamil memang memiliki pengalaman yang berbeza dan memerlukan sistem sokongan daripada seluruh ahli keluarga demi mendapat kekuatan dalam menjalani kehamilan sembilan bulan ini.

Semasa kehamilan itu, ibu akan mengalami perubahan yang besar pada tubuh badan mereka termasuklah mengalami morning sickness, pertambahan berat badan serta kulit akibat perubahan hormon semasa kehamilan. 

Kajian mendapati, wanita hamil yang mendapat sokongan keluarga lebih gembira semasa menjaga anak selain mendapat kesihatan yang baik dan kualiti hidup yang terjamin.

Bagaimana Untuk Tunjuk Sokongan Pada Ibu Hamil?

Bagaimana anda boleh tunjukkan sokongan kepada ibu hamil? Apakah yang perlu anda lakukan bagi memastikan ibu hamil di sekitar anda memiliki sistem sokongan yang baik.

#1. Morning sickness atau sakit di waktu pagi

Ramai wanita hamil mengalami morning sickness, terutamanya semasa trimester pertama. Tetapi sesetengah wanita mengalami morning sickness sepanjang kehamilan.

Pilihan pengurusan sepanjang kehamilan termasuk termasuk  snek sepanjang hari atau minum minuman halia atau mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi boleh membantu melegakan loya.

Morning sickness1 juga boleh menjadi sangat teruk sehingga ia berkembang kepada keadaan yang dipanggil hiperemesis gravidarum. Ini adalah apabila seseorang yang mengalami loya dan muntah semasa mengandung mengalami simptom teruk yang boleh menyebabkan dehidrasi teruk atau mengakibatkan kehilangan lebih daripada 5% berat badan sebelum hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika kerap mengalami morning sickness adalah lebih baik jika anda mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, kopi, teh dan minum banyak air kosong.

Bagaimana nak membantu:

  • Pilih makanan yang tinggi protein dan rendah lemak serta mudah dicerna. Cuba elakkan makanan berminyak, pedas dan berlemak.
  • Galakkan minum air masak dengan banyak – Mual yang berterusan itu akan menyebabkan ibu mengalami dehidrasi dan kehilangan elektrolit. Jadi, pastikan dia mendapat cecair tambahan.
  • Sediakan makanan ringan di waktu pagi seperti biskut dan buah-buahan. Ini bukan saja dapat mencegah rasa mual tapi turut mengelakkan perut terasa lapar sangat.
  • Tubuhnya agak lemah jadi bantunya uruskan rumah tangga.
  • Cuba elakkan dirinya tercium bau yang menyengat dan busuk kerana di awal kehamilan deria bau isteri agak sensitif.
  • Dapatkan nasihat profesional 

#2. Kesihatan emosi

Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, wanita hamil akan mengalami gangguan emosi kerana tahap hormon mereka. Penghasilan progesterone dan estrogen akan meningkat semasa tubuhnya menyiapkan diri untuk memelihara bayi dalam kandungannya.

Perubahan hormon ini mempengaruhi bahan kimia otak yang mengatur suasana hati kita yang juga dikenali sebagai neurotransmitter yang dapat menjadikan perubahan mood berlaku secara spontan. Selain itu, tekanan dan keletihan juga turut mempengaruhi kesihatan mental ibu hamil.

Bagaimana orang sekeliling boleh membantu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tanyakan kepadanya bagaimana perasaannya pada hari tersebut.
  • Bersabar dan memahami keadaan dia semasa itu terutama bila dia selalu marah-marah akibat perubahan hormon yang berlaku.
  • Biarkan dia berehat, banyakkan tidur dan kurangkan membuat kerja- kerja rumah yang meletihkan.
  • Galakkan dia untuk aktif. Rancangkan aktiviti fizikal dengannya seperti berjalan-jalan atau senaman yoga.

#3. Daya ingatan semasa hamil

 

Ahli psikologi dari University of Southen California, J Galen Buckwalter mendapati bahawa wanita hamil didapati mempunyai kurang kemampuan untuk mengekalkan dan mempelajari maklumat baru.

Tapi jangan risau, keadaan ini hanyalah sementara dan akan kembali normal selepas melahirkan kelak. Faktor lain disebabkan ibu kurang tidur atau keadaan emosi yang lemah.

Bagaimana anda boleh membantu?

  • Buat jadual dengan senaraikan semua janji temu dengan doktor dan bantu dia mengingatkannya pada tarikh penting tersebut.
  • Beli buka nota dan tulis acara yang perlu dia hadiri.
  • Pastikan dia berehat dan tidur dengan secukupnya.
  • Sediakan makanan yang berkhasiat, lazat dan kaya dengan protein. Protein ini penting bagi memperbaiki bahagian badan termasuklah otak.

#4. Kesihatan fizikal

Tubuhnya akan mengalami perubahan tertentu yang bukan di bahagian perut sahaja tapi berat badannya turut bertambah. Ada juga yang mengalami bengkak kaki dan gusi berdarah.

Bagaimana anda boleh membantu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sediakan resepi sihat untuk ibu hamil tapi elakkan makanan yang boleh menyebabkan muntah dan mual.
  • Ketahui apa yang diperlukan olehnya setiap hari dan berjumpa doktor untuk mengenalpasti diet terbaik yang sesuai untuknya.
  • Dengan ukuran badan yang besar, dia memerlukan pakaian yang sesuai jadi belikan dia pakaian yang baru.

#5. Bersedia hadapi kelahiran

Kelahiran boleh menjadi sesuatu yang menakutkan terutama kepada ibu yang pertama kali merasainya. Inilah masanya untuk berjumpa dengan baby anda buat pertama kalinya dan mempelajari sesuatu yang baru berkaitan keibubapaan.

Ibu dinasihatkan untuk mengira pergerakan bayi setiap hari dan melihat jika terdapat sebarang tanda untuk bersalin.

Bagaimana anda boleh membantunya?

  • Bantu kemaskan beg hospitalnya. Buat senarai semak dan periksa setiap item penting.
  • Hadirkan diri ke kelas antenatal atau kelas persediaan untuk melahirkan. Ia sangat berguna untuk ibu yang pertama kali rasai detik keibuan.
  • Tidak skip temu janji kehamilan dan berjumpa doktor untuk melihat perkembangan janin.

#6. Sokongan menyusu anak

Penyusuan bayi bukanlah suatu yang mudah jika tidak mendapat sokongan daripada orang sekeliling terutamanya suami dan ahli keluarga sendiri. Seharusnya sokongan itu penting kerana perjalanan menyusu itu bukanlah sehari dua.

Bagi ibu yang pertama kali menimang, perkara ini sangat penting untuk dia dapatkan sokongan yang sewajarnya bagi memastikan pengalaman menyusu itu bukan trauma untuk ibu hamil. 

Tetapi jangan pula bagi ibu yang sudah memiliki anak, anda tidak memberi sokongan padanya. Perjalanan menyusu bagi setiap anak adalah berbeza sama juga pengalaman bersalin bagi setiap anak.  Justeru adalah sangat penting untuk memberi sokongan kepada wanita menyusu tidak kiralah ia anak keberapa pun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana anda boleh membantunya?

  • Sediakan pelan penyusuan. Jika berlaku kesukaran, cubalah sama-sama cari jalan penyelesaiannya.
  • Teman dia ketika dia menyusukan bayi terutama ketika dia perlu bangun tengah malam untuk menyusukan anak. 
  • Banyak berkongsi mengenai penyusuan bayi malah tiada salahnya jika anda tambah ilmu penyusuan bayi bagi menyokong isteri atau ahli keluarga yang menyusu 
  • Tak salah sekiranya anda sebagai suami atau ahli keluarga sediakan makanan yang sesuai untuk ibu menyusu yang baik untuk menambah susunya
  • Jangan perlekehkan mereka jika perlu lalui episod tiada susu dan sebagainya. Teruskanlah memberi sokongan kepada mereka untuk teruskan penyusuan

#7. Sokongan hubungan suami isteri

Penting untuk wanita hamil atau baru bersalin mendapat sokongan hubungan suami isteri. Sebagai suami, fahamilah isteri anda sedang bertarung dengan emosinya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baharu.

Bagaimana anda boleh membantunya?

  • Fahami dia, jangan sesakkan fikirannya. Bantulah isteri anda untuk sama-sama menyesuaikan diri dalam keadaan baharu ini.
  • Jika dia masih belum bersedia untuk berhubungan intim, sebagai suami bersabarlah. Dia mungkin trauma dengan jahitan bersalin dan sebagainya.
  • Temanilah dia dan banyakkan berkongsi rasa dan cerita.

#8. Penjagaan anak lagi-lagi jika anak pertama

Jika ada ahli keluarga yang baru melahirkan, lebih-lebih lagi anak pertama, bantulah mereka. Mungkin ada yang langsung tidak biasa menjaga bayi jadi sudah pasti mereka akan kekok.

Bagaimana anda boleh membantunya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berikan dia peluang untuk rehat. Jagalah anak secara bergilir-gilir. Jangan hanya biarkan dia menjaga seorang diri terutama jika pada waktu tengah malam atau awal pagi yang biasanya bayi akan bangun.
  • Banyakkan pembacaan. Membacalah kerana dengan membaca anda akan mendapat banyak ilmu mengenai bayi baru lahir. Malah anda mungkin tidak pernah sangka pun begitulah caranya untuk menenangkan bayi yang menangis dan sebagainya
  • Jangan biarkan dia keseorangan terutama jika bayi sedang menangis dan sebagainya

Berikut adalah petua tambahan yang mungkin diperlukan

  • Semasa mengalami tekanan dan emosi yang tidak menentu, pastikan anda memberi jaminan atau pujian bahawa dia telah melakukan sesuatu yang terbaik dan menghantar mesej positif.
  • Pelukan dan kasih sayang dapat menenangkannya. Sebarang kasih sayang yang kecil dapat membantunya sepanjang hari.
  • Galakkan dia untuk terus berjalan dan melakukan aktiviti yang sihat.

Kesan sokongan terhadap ibu yang sedang hamil

Memberi sokongan kepada ibu hamil adalah harga yang tidak ternilai dan memberi banyak makna walaupun ia hanya dorongan yang kecil.

Jangan jangan pandang remeh sokongan yang mereka perlukan kerana walau sedikit yang anda berikan, ia akan membawa kesan besar dalam hidup mereka.

Sokongan ini akan membuatkan ibu hamil atau ibu baru lepas bersalin:

  • Lebih tenang dalam menghadapi perubahan yang baharu terjadi dalam hidupnya
  • Mengelakkan berlakunya baby blues3 atau meroyan
  • Emosi ibu hamil lebih teratur
  • Ibu hamil gembira dengan perubahan yang berlaku pada dirinya
  1. Mayo Clinic (n.d.) Morning sickness. www.mayoclinic.org/diseases-conditions/morning-sickness/symptoms-causes/syc-20375254
  2. Centers for Disease Control and Prevention (n.d) The CDC Guide to Strategies to Support Breastfeeding Mothers and Babies. www.cdc.gov/breastfeeding/pdf/bf-guide-508.pdf
  3. Myhealth.Alberta. ca (October 8, 2020). Partner Support During Pregnancy. myhealth.alberta.ca/Health/pages/conditions.aspx?hwid=abp7352

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini 9 Refleks Bayi Baru Lahir Ramai Ibu Tidak Perasan, Tarik Rambut Pun Ya Juga!

Baca juga: Tidak Perlu Bayar Fidyah Jika Ibu Mengandung Atau Menyusu Tidak Sempat Ganti Puasa

Baca juga: Cara Menggunakan Pregnancy Test Yang Betul Untuk Tahu Anda Mengandung Atau Tidak