(Video) Lelaki Tolak Kanak-Kanak Di Saf Belakang, Rasa Terganggu Ketika Solat Di Masjid

Solat di masjid sememangnya lebih afdhal. Namun masih ada golongan berusia yang tidak menyokong kanak-kanak berada dalam masjid

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular rakaman video seorang lelaki dewasa bertindak kasar menolak tiga kanak-kanak dengan kuat ketika mereka dalam saf solat di masjid. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Solat di masjid bertukar tragedi, 3 kanak-kanak ditolak sebelum solat
  • Adab menegur kanak-kanak

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan, sama ada di negara kita atau seberang. Ia dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan bersiap sedia pada saf paling belakang untuk memulakan solat di masjid.

Lelaki berang terganggu ketika ingin solat di masjid bertindak menolak kanak-kanak

Dalam perkongsian video oleh seorang pengguna Facebook, Shahrul Hisham, lelaki berkenaan dilihat berjalan laju daripada saf dewasa di bahagian depan ke bahagian belakang.

Dia kemudiannya bertindak menolak tiga kanak-kanak sehingga salah seorang daripada terjatuh ke lantai masjid berkenaaan.

Dalam rakaman video tersebut jelas kelihatan seperti dia berkata sesuatu seolah-olah memberi amaran kepada kanak-kanak tersebut sehingga membuatkan mereka rasa takut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Dalam perkongsian itu, ramai pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan tersebut yang dianggap kasar dan boleh membuatkan generasi seterusnya tidak berminat menjejakkan kaki ke masjid.

"Generasi ini lah yg mungkin takkan jejak kaki ke surau masjid sebab malas nak bertelagah dgn ahli syurga mcm pakcik.

"Kalau pakcik tak kusyuk, tu masalah pakcik. Bukan masalah budak-budak tu. Nabi solat waktu perang elok kusyuk. Kusyuk atau tak, bergantung pada iman, pada fokus dan pada niat. Kalau dah mmg pasang niat nak salahkan budak budak tu, sampai mati pun pakcik takkan kusyuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Budak budak nak mengenal solat, mengenal jemaah, mengenal surau masjid, normal la perangai mcm tu. Pakcik dulu kecik kecik baik sangat ke"

Video berkenaan turut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Antaranya termasuklah:

"Kuar saf semata2 tolok budak... Mcm x ada otak je..."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Ni lh punca budak2 tk nk n tkut nk pi masjid/surau nnti... Lagi2 klu budak 2 tgk video ni...."

Adab menegur kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun mereka masih kecil, menegur kanak-kanak juga ada adabnya. Ini beberapa cara yang sepatutnya kita buat jika mahu menegur kanak-kanak.

#1.Tanya dan dengar dahulu

Jangan terus melulu marah atau buat kesimpulan. Tanya dulu sebelum bertindak marah dan sebagainya. Tugas kita selepas bertanya adalah mendengar dan memberikan respons secara positif.

#2. Nasihat

Cuba dengar apa alasan mereka buat sesuatu dan bantu mereka dengan nasihat daripada perspektif dewasa

#3. Tegur dengan baik

Jika mereka buat bising seperti di surau dan sebagainya, tegur dengan baik. Tidak perlu bertindak kasar atau meninggikan suara. Mereka juga ada maruah dan tahu malu. 

Ada yang akan bertindak lebih teruk kerana mahu protes, jadi tegurlah dengan berhikmah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tegur Anak Bila Dia Rampas @ Ambil Barang Orang Supaya Tidak Jadi 'Raja' Bila Besar

Baca juga: Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita...

Baca juga: 5 Tips Didik Anak Buat Ibu Bapa Moden, Panduan Keibubapaan Kini Hanya Di Hujung Jari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar