Buat Pasangan Bakal Berkahwin, Ini SOP Majlis Perkahwinan Yang WAJIB Anda Patuhi

SOP majlis perkahwinan yang dikeluarkan kerajaan bukanlah untuk menyusahkan pihak pengantin tetapi ia bagi mengelak penularan Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak beberapa bulan yang lalu, kerajaan kini telah membenarkan penganjuran majlis sosial tetapi ada Prosedur Operasi Standart (SOP) majlis perkahwinan yang perlu dipatuhi oleh seluruh masyarakat.

Tiada salahnya mahu anjurkan majlis perkahwinan, tetapi pastikan anda mengikut SOP yang sudah ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

SOP majlis perkahwinan kekang penularan Covid-19

foto:pesona pengantin

Setelah syarat pergerakan dalam radius 10 kilometer dibatalkan, kini negeri yang berstatus PKPB dan PKPP dibenarkan merentas daerah dalam negeri kecuali Sabah.

Antara negeri yang bertukar status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Kelantan.

Manakala, bermula 5 Mac 2021, kawasan PKPP & PKPB dibenarkan untuk mengadakan semua majlis rasmi/tidak rasmi (kerajaan/swasta), majlis sosial seperti kenduri, perkahwinan, pertunangan, aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan kelahiran dan sebagainya.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh penganjur majlis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bermula tarikh 11 Mac 2021, pihak kerajaan sudahpun mengambil langkah yang lebih tegas dengan menaikkan saman dari RM1,000 kepada RM10,000 bagi mana-mana pihak ingkar dengan SOP.

Justeru, bagi mengelakkan duit anda melayang, sama-samalah mematuhi SOP walau dimana sahaja anda mengikut beberapa garisan yang telah ditetapkan:

#1. Menjaga penjarakan sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: freemalaysiatoday

Mewajibkan penjarakan sosial dalam kalangan tetamu yang hadir bagi mengelakkan jarak terlalu dekat. Susunan meja dan kerusi perlu mengikut etika penjarakan sosial.

Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.

 #2. Penganjur perlu mengawal keadaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu. Anda yang bakal dikenakan tindakan jika menyalahi mana-mana peraturan ya!

#3. Menyediakan kod imbasan QR MySejahtera atau buku kehadiran

foto: kosmo

Bagi mana-mana premis atau majlis, adalah diwajibkan untuk penganjur menyediakan kod imbasan QR atau buku catatan kehadiran yang meliputi nama, nombor telefon dan bacaan suhu. Ini adalah untuk memudahkan pihak KKM melakukan contact tracing sekiranya ada tetamu yang positif Covid-19.

Selain itu, tuan rumah hendaklah sentiasa mengingatkan kesemua tetamu agar melakukan imbasan QR ini pada telefon pintar masing-masing bagi mengelakkan dari disaman pihak berkuasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Tidak dibenarkan berhimpun sama sekali

Tetamu dilarang berkumpul atau bersesak dalam majlis pada masa yang sama. Tuan rumah hendaklah memastikan tetamu beratur dan menunggu giliran bagi mencegah penularan virus Covid-19 ini.

#5. Sediakan hand sanitizer

Sekiranya berkemampuan adalah lebih baik menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan tetamu. Ia bagi memastikan tangan mereka sentiasa bersih sepanjang berada dalam majlis anda. Tidak rugi pun berbelanja untuk benda begini kan?

#6. Tempat yang cukup untuk membasuh tangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun.

#7. Pakai topeng pelitup muka

Mulai 1 Ogos tahun lalu, atas nasihat KKM, kerajaan telah mewajibkan seluruh masyarakat untuk memakai topeng pelitup muka di kawasan sesak atau tumpuan umum. 

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tips buat pengantin PKPP

Walaupun anda pengantin PKPP, raikan hari bahagia anda sepenuhnya. Tidak semestinya tidak boleh buat majlis besar-besaran perkahwinan anda tidak meriah. Apa yang penting fikirkan hikmah di sebaliknya.

#1. Anda boleh fokus kepada perkara penting saja

Fokus kepada perkara penting. Keputusan untuk berkahwin dengan insan yang anda cintai pasti satu perkara yang membahagiakan. Namun kesan daripada penularan Covid-19 sudah tentu memberikan impak kepada majlis yang anda rancang. 

Tetapi bukankah perkara paling penting adalah ikatan perkahwinan antara anda serta pasangan, dan bukannya majlis itu sendiri.

#2. Elak pembaziran

Banyak anda boleh jimatkan? Perasan atau tidak, mungkin wang yang dijimatkan itu boleh anda buat tambah aset bersama!

#3. Seringkas mungkin

Dalam konsep hiasan bagi majlis perkahwinan pula, amat disarankan untuk anda memilih sesuatu konsep yang ringkas dan mudah.

Semua individu, khususnya wanita mahukan majlis yang meriah dan cantik dengan dipenuhi bunga segar, hiasan mewah dan sebagainya.

Tetapi jika memilih untuk berkahwin ketika pandemik ini, pastinya ada beberapa keinginan yang tidak dapat dipenuhi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: astro awani

Baca juga: Kunci Perkahwinan Bahagia Ada Pada Suami, Ini Nasihat Berguna Dari Ustaz Don Daniyal