Aduh, Ibu Bapa Dalam Dilema, Perlukah Beritahu Anak Mengenai Status Anak Angkat?

Nak beritahu ke tak? Tertanya-tanya waktu sesuai untuk beritahu anak anda mengenai statusnya sebagai anak angkat. Jangan berlengah lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Damainya rasa hati tatkala melihat wajah polos si anak yang sedang tidur. Namun, pasti ada persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa setiap kali melihat wajah anak mereka iaitu bila nak beritahu anak mengenai status anak angkat. 

Perlukah beritahu anak mengenai status anak angkat

Kredit: Pexels

Ramai pasangan ibu bapa yang telah mula mengambil langkah untuk mengambil anak angkat sebagai salah satu cara untuk mereka membesarkan keluarga. Sebab-sebabnya begitu subjektif kerana pastinya setiap pasangan mempunyai sebab-sebab peribadi. Ada yang mengambil anak angkat sebagai cara alternatif kerana ketidakupayaan mendapatkan anak dan ada juga yang mengambil anak angkat atas dasar kasih sayang.

Apa pun sebab anda, sesungguhnya anda telah melakukan sesuatu yang mulia dan umum anda sudah mengetahui bahawa terdapat cabaran dalam menjaga anak angkat. Anak anda akan membesar suatu hari nanti dan ibu bapa kerap kali menangguhkan keputusan untuk memberitahu anak mereka kerana mengganggap bahawa masih banyak masa lagi.

“Nantilah beritahu tunggu masa yang sesuai.”

Tapi, bilakah sebenarnya masa yang sesuai untuk memberitahu anak anda?

Selain itu, ini adalah antara persoalan yang bermain di minda ibu bapa

  • Bagaimana cara untuk beritahu anak anda mengenai statusnya?
  • Apakah usia yang sesuai untuk memberitahu anak anda mengenai perkara ini?

Jawapan kepada persoalan ini juga turut meresahkan ibu bapa kerana mereka takut untuk berhadapan dengan reaksi anak dan bagaimana penerimaan anak mereka. Sebab itulah, amat penting untuk anda memberitahu berita ini kepada anak anda pada waktu yang tepat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Soal mengenai waktu yang tepat juga subjektif kerana ia bergantung kepada kesediaan ibu bapa dan anak. Namun, jangan anda melengah-lengahkan waktu untuk memberitahu anak anda kerana jika anda terlewat memberitahu anak anda dan menunggu sewaktu anak anda sudah meningkat umur dewasa, sifat ketidakjujuran yang berlaku dalam keluarga hanya akan memakan diri sahaja. 

Lagi-lagi jika anak bertanyakan soalan, “Kenapa rupa adik tidak sama?”. Pembohongan berterusan hanya akan merugikan keadaan.

Artikel kali ini mengupas waktu yang sesuai untuk anda berterus terang kepada anak anda dan bagaimana anda sebagai ibu bapa dapat menyampaikan berita mengenai status anak angkat kepada anak anda. Topik ini tersangatlah berat dan sensitif buat keluarga tetapi ianya harus dilalui dan dibincangkan bersama anak dan ibu bapa.

Bila anda patut beritahu anak anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Ramai pakar menyarankan agar anda memberitahu anak anda seawal yang mungkin pada saat anak anda sudah memahami pengertian anak angkat dan bahawa anda bukanlah ibu bapa kandung kepada anak anda. Sebaiknya seawal anak anda berumur 3 tahun. 

Kajian turut menunjukkan apabila anda memberitahu mengenai status anak anda dengan lewat, anak anda akan mendapat masalah psikologi dan perasaan seperti marah, dendam, keresahan dan tekanan. 

Berat mata memandang berat lagilah bahu memikul. Ia sememangnya sukar tetapi buat ibu bapa cubalah untuk mencari masa yang tepat dan seawal yang mungkin untuk memberitahu anak anda. Jika anda ada peluang, beritahulah segera kepada anak anda sebelum terlewat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana cara untuk memberitahu ?

#1 Jujur dan berterus terang

Tak usah berselindung di sebalik kata-kata dan cuba untuk bercakap dengan tidak jelas kepada anak anda. Berterus teranglah dengan anak anda mengenai statusnya dan mengenai pengambilan anak angkat. Jika ibu bapa kandung anak anda masih ada, anda juga boleh memberitahu anak anda bahawa ibu dan bapa kandungnya masih hidup daripada anak anda tercari-cari.

#2 Berlemah lembut sewaktu memberitahu

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katakanlah kepada anak anda bahawa tidak ada satu perkara pun yang akan berubah dan kasih sayang anda kepada anak anda juga tidak akan tergugat. Anak anda adalah anak anda tidak kira apa jua statusnya. Anda akan kekal menyayangi walau apa jua berlaku.

#3 Benarkan anak anda bertanyakan soalan kepada anda

Anak anda pasti mempunyai banyak soalan mengenai status anak angkat. Siapa dirinya, dari mana dia datang, siapa ibu bapanya dan yang paling sadis, mungkin apabila anak anda bertanya adakah ibu bapa kandungnya tidak menyayanginya. Banyak persoalan yang anak anda ingin tanya, jadi berikan ruang kepada anak anda untuk bertanyakan soalan. Jawablah sejujurnya yang anda boleh dan jangan biarkan anak anda tertanya-tanya.

#4 Biarkan anak anda melepaskan emosi

Selepas anda memberitahu berita ini kepada anak anda, sudah pasti anda akan melihat pelbagai reaksi daripada anak anda. Anak anda mungkin akan berasa marah, keliru dan rasa seperti ingin mengasingkan diri. Ketahuilah bahawa perasaan ini adalah normal dan berilah juga anak anda masa untuk memproses semua maklumat ini.

Sumber: Cradle

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Cara & Proses Pengambilan Anak Angkat Mengikut Undang-Undang Di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman