15 Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur & Selangor Untuk Tidur Yang Lena

Staycation boleh jadi satu percutian singkat yang seronok untuk seisi keluarga, jom check-in salah satu hotel best di KL & Selangor!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap keluarga pasti mempunyai cara tersendiri untuk healing bersama keluarga tersayang. Ada yang memilih untuk melancong ke luar negara tetapi ada juga yang memutuskan untuk staycation yang berada dekat dengan tempat tinggal. Dalam artikel ini kami kongsikan 15 hotel best di KL & Selangor untuk anda teroka dengan tenang jauh dari kesibukan orang ramai. 

15 Pilihan Hotel Best Di KL & Selangor

Kloe Hotel

Hotel Best Di KL Terbaik Moden & Chic

 

Untuk keluarga bandar yang masih gemarkan ciri staycation yang moden dan chic! Inilah pilihan yang tepat. Hotel penginapan bertaraf 4 bintang di Kuala Lumpur ini baru dibuka pada tahun 2021.

Lokasinya sangat strategik iaitu di tengah-tengah bandar yang terletak sejauh 2 km dari hotel ke Petrosains & The Discovery Centre

Hotel ini mempunyai sebanyak 80 bilik dan 5 artist lofts, kolam renang luaran, restoran dan bar.

Tempat menarik yang popular berhampiran KLoe Hotel termasuklah Pavilion Kuala Lumpur, Berjaya Times Square dan KLCC Park. Atas sebab itu ia sering menjadi tarikan pelancong terutama dari golongan milenial. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh membuat tempahan secara menerus di laman web Kloe Hotel ini dengan harga bermula RM358 satu malam. 

Baca juga: 5 Lokasi Romantis Untuk Berhujung Minggu 

Philea Mines Beach Resort 

Hotel Best Di KL Terbaik Harga Berpatutan

Terletak di Seri Kembangan, siapa tak tahu The Mines kan, dulu cukup terkenal dengan The Mines Wonderland! Kalau yang nak tahu landmark, hotel ini juga berdekatan dengan hotel The Palace of The Golden Horses. Jadi dah dapat agak di mana?

Seronoknya area ini, memang tidak begitu sibuk malah penginapan di hotel ini satu malam hanya serendah RM168! Anda hanya perlu tambah sedikit sahaja jika mahu menikmati buffet sarapan pagi. Jangan tunggu lagi jom book cepat!

Oasia Suites Kuala Lumpur by Far East Hospitaliti

Hotel Best Di KL Terbaik Menyambut Ulang Tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terletak betul-betul bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur, kalau ada yang menyambut ulang tahun perkahwinan atau hari lahir, bolehlah menikmati makan malam istimewa di puncak!

Kalau nak berjalan-jalan tanpa perlu memandu, jangan risau, pengangkutan awam seperti train hanya terletak 300 meter sahaja daripada hotel!

Hotel ini boleh dikatakan sangat baru, kalau berminat boleh book segera kerana hanya 14 unit sahaja yang available untuk bermalam.

Harga satu malam serendah RM270 sahaja. Kanak-kanak bawah usia dua tahun juga boleh duduk dengan percuma! 

The Chow Kit Ormond Hotel

Hotel Best Di KL Terbaik Ala Kolonial Mewah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terletak di kota Chow Kit, anda tentunya boleh nikmati pengalaman di pusat bandar yang sebenar! 

Dengan rekaan dan hiasan dalaman bercirikan vintaj ala kolonial mewah, siapa yang sukakan tema sebegini bolehlah cuba menginap untuk satu malam!

Pengalaman cukup eksklusif walaupun hanya hotel butik. Penginapan satu malam sedikit mahal jika anda book last minute ni, iaitu RM500 tanpa sarapan. 

Tapi kalau anda ingin simpan untuk bercuti pada tahun baru nanti, bolehlah awal dan dapatkan harga promo!

DoubleTree By Hilton Hotel 

Hotel Best Di KL Terbaik Dalam Shopping Mall

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terletak di jalan yang sibuk iaitu Jalan Tun Razak, namun pengalaman di hotel ini memang seronok kalau anda mahu semuanya di bawah satu bumbung.

Maknanya nak makan, nak shopping semua ada. Sedikit sibuk, namun kemudahannya lengkap! 

Dan paling best, harga penginapan satu malam hanya serendah RM284! Book sekarang kalau tak mahu gigit jari nanti. 

The Villas at Sunway Resort Hotel & Spa (KL)

Hotel Best Di KL Terbaik Suasana Harmoni & Semulajadi

The Villas, yang merupakan sebahagian daripada Sunway Resort Hotel & Spa dikelilingi villa yang mempunyai kolam renang peribadi dan teres tertutup dengan hiasan dedaunan yang menenangkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resort ini menawarkan pelbagai vila, bermula dari Villa (berukuran 102 meter persegi) hingga ke Premier Villa (berukuran besar 193 meter persegi dan dilengkapi dengan ruang duduk yang lebih besar dan teres luaran).

Dan anda tidak perlu bimbang tentang pilihan tempat makan - bukan hanya resort ini mempunyai beberapa tempat makan di hotel yang bersertifikat halal, tetapi hotel ini juga dihubungkan dengan Sunway Pyramid Mall yang mempunyai banyak tempat halal untuk dimakan ?

Kadar harga setiap malam untuk The Villas bermula dari RM1,128 di Agoda.

Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Hotel Best Di KL Terbaik Mewah

Mandarin Oriental Kuala Lumpur menawarkan pemandangan langit KLCC sambil menikmati aktiviti di kolam renang. Jika anda mahukan percutian yang singkat tapi puas hati bersama dengan tersayang, inilah hotelnya. 

Semua bilik dilengkapi dengan pendingin hawa dan bilik air yang dihiasi dengan marmar mewah lengkap dengan peralatan mandi serta pancuran dan tab mandi yang berasingan.

Ditambah dengan TV Pintar, radio, Bluetooth dan Wi-Fi percuma disediakan di semua bilik. Menariknya, ia mempunyai gelanggang tenis dan pusat gym untuk anda kekal aktif biarpun sedang bercuti.

Harga yang ditawarkan untuk satu malam ialah RM1,085 termasuk kanak-kanak. 

Shangri-La Hotel

Hotel Best Di KL Terbaik Selesa & Selamat

Hotel Shangri-La Hotel meanwarkan 662 bilik dan suite mewah yang dilengkapi dengan kemudahan dan keselesaan untuk seisi keluarga. Terdapat pelnagai jenis makanan di restoran hotel ini yang menawarkan bufet makanan sedap dan menggiurkan.

Antara bufet makanan yang disajikan untuk tetamu ialah hidangan laut, minum tengah hari, sushi premium dan dim sum. Sesuai untuk mereka yang sukakan hidangan masakan Cina. 

Anak-anak anda juga boleh menikmati aktiviti keluarga yang yang turut disediakan dengan mematuhi standard Label Keselamatan dan Kecemerlangan serta Kebersihan.

Villa Samadhi Kuala Lumpur

Hotel Best Di KL Terbaik Aman Damai

Siapa sangka suasana tenang seperti berada di dunia lain ini wujud di tengah-tengah Kuala Lumpur? Villa Samadhi beratap jerami ini hanya sejauh 2 km dari Menara Berkembar Petronas dan Taman KLCC.

Ia mempunyai 21 villa yang boleh didiami untuk keluarga besar. Kolam renang dalam villa ini boleh menghubungkan dengan seluruh resort. Jadi anda boleh berenang dan menikmati keindahan yang bercirikan tradisional moden yang mewah dan sotisfikated. 

Harga yang ditawarkan untuk satu malam adalah serendah RM903 sahaja. Sangat berbaloi!

WOLO Kuala Lumpur

Hotel Best Di KL Terbaik Lokasi Strategik

Sekiranya anda merancang untuk staycation bersama bestie, mungkin WOLO Kuala Lumpur pilihan anda. Terletak di sekitar Bukit Bintang memudahkan anda dan rakan untuk keluar berjalan, berseronok dan menginap semalaman di hotel ini.

Walaupun harga yang ditawarkan agak murah, jangan risau kerana hotel ini juga menawarkan bilik tidur yang selesa dan lengkap dengan kemudahan seperti yang anda inginkan. 

The Majestic Hotel

Hotel Best Di KL Terbaik Klasik & Penuh Budaya

The Majesti  Hotel mempunyai rekaan kolonial yang dibina pada tahun 1932. Hotel ini pernah menjadi tempat majlis sosial, jamuan pegawai kerajaan dan staycation pelawat antarabangsa.

Dengan siling tinggi, kubah daun keemasan dan cat putih bersih serta candeliar di ruang-ruang hotel membuatkan ia tampak bergaya dan tidak lampuk dek zaman.

Sekiranya anda lalu di sini, ini merupakan hotel yang wajib anda kunjungi dan berOOTD!

Grand Hyatt Kuala Lumpur

Hotel Best Di KL Terbaik Mewah & Ikonik

Tidak puas melihat pemandangan menara berkembar petronas KLCC? Tempah hotel Grand Hyatt untuk menikmati pemandangan langit sambil berehat dengan keluarga.

Bukan setakat itu, hotel ini menawarkan semua aspek dan lebih lagi. Anda boleh pergi membeli-belah dan meneroka Kuala Lumpur pada waktu malam atau berenang di kolam renang dengan landskap mewah dan membuatkan suasana jadi tenang.

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence

Hotel Best Di KL Terbaik Luas & Selesa

 
Pullman Kuala Lumpur merupakan hotel bertaraf lima bintang yang sering menjadi pilihan pelancong atas urusan kerja. Sekilas pandang ia nampak seperti hotel mewah yang lain tetapi keluasan ruang yang disediakan sangat sesuai untuk dijadikan tempat bekerja selain berehat bersama orang tersayang. 
 
Anda pasti berpuas hati dengan servis dan kemudahan yang ditawarkan kerana semuanya cukup belaka!
 
Tidak salah sekiranya sesekali memanjakan diri dan orang tersayang setelah penat lelah bekerja. Melalui staycation singkat ini boleh membantu menaikkan mood dan keyakinan semula. Serta mengurangkan tekanan dan merangsang pemikiran yang lebih kreatif dan produktif.

InterContinental Kuala Lumpur

Hotel Best Di KL Terbaik 5 Bintang

InterContinental Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel 5 bintang yang terbaik di Kuala Lumpur. Ia mempunyai pakej yang lengkap dengan sarapan pagi dan minum tengah hari ala Inggeris nikmati skon, hidangan savuri dan pastri yang menyelerakan!

Dengan bilik yang luas dan rekaan moden yang mewah membuatkan anda terasa tenang dan menikmati hari-hari ketika menginap di hotel ini. 

Royale Chulan

Hotel Best Di KL Terbaik Layanan Mesra

Sekali-sekala memanjakan diri di Royal Chulan pasti membuatkan minda terasa tenang dengan layanan mesra dan spa yang disediakan. 

Selain itu, hiasan klasik dengan sentuhan gaya moden menjadikan percutian anda lebih bermakna dan teruja bak raja sehari. Turut disedaikan jakuzi dan pusat kecergasan untuk anda kekal aktif dengan bersenam.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tempat Camping Site Terbaik Di Selangor, Bawa Anak Kecil 'Healing' Dengan Alam Bila Tiba Cuti Sekolah

Baca juga: 10 Lokasi Menarik Untuk Bawa Isteri 'Babymoon', Ada Baiknya Untuk Ibu Hamil!

Baca juga: 5 Lokasi Romantik Di Malaysia Siap Ada Pool Peribadi! Suami, Jom Buat Surprise Untuk Isteri!