Stor Rumah Bersepah & Berserabut, Wanita Ini Kongsi Cara Mengemas Dengan Teratur

Stor rumah bersepah sampaikan nak cari barang pun tidak jumpa? Ibu patut cuba cara mengemas ini agar lebih sedap mata memandang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila ada barang yang tidak atau jarang digunakan, kita sering menyimpannya di dalam stor rumah,

Dan antara banyak ruang di rumah, stor adalah kawasan yang paling bersepah dan berserabut sebab selalunya barang akan diletakkan bertindan-tindan atau dicampak sahaja ke dalam.

Masalah muncul bila nak cari semula barang yang ingin digunakan. Masa itu memang jenuhlah nak mencari daripada timbunan barang yang berserabut itu.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kemas stor rumah. Anda boleh cuba kemas ikut perkongsian Neena Zaidi yang mengemas stor kecil di kediamannya.

Apa yang anda boleh daripada artikel ini?

  • Cara kemas stor rumah yang banyak barang
  • Tip untuk maximise penggunaan ruang
  • Hasilnya barangan lebih teratur dan sedap mata memandang

Cara kemas stor rumah yang banyak barang

Dari perkongsiannya, wanita ini memberitahu dia memiliki stor kecil berukuran 6 kaki x 7.5 kaki (180cm x 230cm).

Pada mulanya, stor itu kelihatan ok tetapi lama kelamaan, ia semakin berserabut sehinggakan dia sendiri mempunyai masalah untuk mencari barang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih parah, stor itu semakin bersepah apabila dia mula memunggah untuk mencari barang yang dicari.

‘Menurut perkongsiannya lagi, tujuan dia mengemas stor bukanlah untuk nampak elok di mata orang tetapi untuk memudahkannya mencari barang saat diperlukan.

Dia turut berkongsikan tip ini agar anda dapat gunakan ruangan sebaik mungkin.

Tip untuk maximise penggunaan ruang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari perkongsiannya, ada lima tip yang boleh anda cuba untuk maximize penggunaan ruang stor rumah.

  1. Plan sebelum organize. Senaraikan barangan yang ada dalam stor mengikut kategori.
  2. Ukur keluasan bilik
  3. Rancang kedudukan rak dalam bilik
  4. Cara saiz boltless rack yang bersesuaian dengan saiz bilik
  5. Cari bekas penyimpanan yang bersesuaian dari segi saiz dengan kuantiti yang mencukupi untuk setiap kategori barang.

Hasilnya barangan lebih teratur dan sedap mata memandang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil daripada perancangan yang rapi: Lebar bilik 6 kaki, depth rak kiri 2 kaki, depth rak kanan 1 kaki, wanita ini masih punya ruang 3 kaki untuk berjalan dan mengambil barang tanpa sebarang halangan. Dia juga menggunakan wallpaper untuk menutup cat yang sudah luntur.

Tambahnya, bahagian ini, dia menggunakan rak dan kotak simpanan yang sedia ada sahaja. Tidak mahu membazir membeli bekas yang baru. Depth untuk rak ini adalah 30cm.

Ini pula rak baru dengan depth 60cm. Dia turut menambah beberapa kotak simpanan baharu untuk menyimpan barangan yang anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahnya, sewaktu mengemas, dia banyak membuang barang yang tidak digunakan lagi. Untungnya, barang yang dimiliki cukup dengan saiz ruang. Bahkan, permaidani dan tangga pun ada tempat sendiri.

Semoga tip ini bermanfaat buat anda yang ingin mula mengemas stor rumah.

Khas untuk pembaca theAsianparent

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Tips Kemas Rumah Dengan Anak Dari Marie Kondo Untuk Ibu Bapa Yang Selalu Penat.

Baca juga:  Jom Bongkar 5 Rahsia Bagaimana Cara Kemas Rumah Agar Selalu Nampak Teratu Saja!

Baca juga:  Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

Penulis

Nur Sofea