Setiap ibu hamil akan berisiko mengalami stress setelah melahirkan yang juga dikenali sebagai postpartum depression. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak tahu tentang bahayanya gejala “gila meroyan” ini.
Antara apa yang akan dialami ibu yang stress setelah melahirkan adalah bersedih, rasa diri diabaikan dan beranggapan diri tidak mampu menjadi ibu yang baik.
Jika ini dibiarkan berlarutan, ia boleh mencetuskan pelbagai konflik lain hingga mereka boleh mengambil jalan singkat untuk bunuh diri atau mencederakan bayi sendiri!
Akibat stress setelah melahirkan, ibu ini memutuskan untuk bunuh diri
Inilah yang terjadi pada seorang ibu muda yang berumur 28 tahun ini. Beliau mengalami stress setelah melahirkan sehingga dia memutuskan untuk bunuh diri dengan melompat dari jambatan setinggi sembilan meter.
Menurut pihak hospital, wanita terbabit sudah seminggu mengalami depresi dan stress setelah melahirkan bayi sulungnya secara normal.
Pada hari kejadian, dia dilihat keluar dari rumah ketika suaminya sedang menguruskan anak mereka.
Akibat sangsi, suaminya keluar mencari dan mendapati dia cuba bunuh diri. Nasib baiklah, dia berjaya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.
Suami ada peranan penting bantu isteri yang mengalami kemurungan selepas bersalin
Sebenarnya, stress atau tekanan selepas bersalin bukanlah sesuatu yang baru. Malah menurut Anna Surti Ariani, Pakar Psikologi Keluarga, hampir 80% ibu mengalami baby blues sekitar tiga ke lima hari selepas melahirkan.
Ibu tersebut akan berasa letih, ada ketikanya malas menguruskan bayi, mood yang tak menentu hingga perasaan hati berubah-ubah dan tiba-tiba menangis serta mudah tersinggung.
Ada juga yang mengalami Post Partum Depression yang berlangsung lebih lama dan pesakit tidak tahu dirinya sedang bermasalah. Ketika tertekan, ibu cenderung merasakan dirinya sukar menyayangi bayi dan kutuk diri tidak boleh jadi ibu yang terbaik.
Apa yang paling ditakuti adalah mereka cuba mencederakan diri sendiri, bayi dan pasangan.
Anna menambah, keadaan ini boleh dicegah dengan perhatian dan sikap ambil berat daripada suami dan kaum keluarga yang lain.
Jangan biarkan mereka sendirian dan berhalusinasi secara tak langsung dapat mencegah perkara buruk dari terjadi.
Penyataan ini turut disokong Dr. Ruth Feldman yang menyebut suami atau ayah berperanan besar membantu isteri hadapi stress setelah melahirkan.
Kesimpulannya, adalah sangat penting suami tahu cara mengasuh bayi baru lahir dan bantu isteri ketika dalam tempoh berpantang. Barulah isteri rasa dihargai dan tidak terbeban jaga bayi seorang diri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Penulis asal Adisty Titania. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga: