Gila meroyan lebih berisiko terjadi pada ibu dengan anak lelaki?
Baru-baru ini, sebuah kajian dari University of Kent telah membuktikan yang simptom gila meroyan atau kemurungan selepas bersalin lebih mudah terjadi pada ibu yang melahirkan bayi lelaki berbanding bayi perempuan.
Kenapa hal ini berlaku? Sebelum kami menjelaskan hasil kajian ini, jom kita selami apakah itu kemurungan selepas bersalin, atau dalam bahasa pasarnya – gila meroyan.
Sebenarnya, kemurungan telah dihidap oleh hampir 300 juta penduduk seluruh dunia.
Kemurungan selepas bersalin atau post-partum depression adalah salah satu jenis meroyan yang kerap terjadi.
Kajian mendedahkan kenapa gila meroyan terjadi pada ibu dengan anak lelaki
Biasanya, pada minggu pertama hingga kedua kelahiran, setiap wanita bersalin akan mengalami “baby blues” iaitu rasa sunyi dan lebih cepat risau.
Risiko “baby blues” lebih tinggi pada pasangan yang baru pertama kali menjadi ibu bapa. Antara simptom-simptom “baby blues” ialah:
Jika simptom “baby blues” ini dibiarkan dengan terlalu lama, ia boleh menyebabkan kemurungan yang lebih teruk seperti gila meroyan.
Post-Natal Depression atau kemurungan selepas bersalin biasanya dialami wanita selepas seminggu atau sebulan melahirkan anak.
Menurut Dr. Zul Azlin Razali, seorang Psikiatri daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kemurungan selepas bersalin berkait rapat dengan perubahan kimia, sosial, dan psikologi yang dialami ibu selepas ada anak.
Kes gila meroyan tidak boleh dielak, namun ia boleh dirawat dengan bantuan sokongan yang diberikan pasangan.
Hasil kajian baru-baru ini pula telah mendedahkan mengapa simptom gila meroyan lebih mudah terjadi pada ibu yang melahirkan bayi lelaki berbanding bayi perempuan.
79% wanita yang bersalin anak lelaki didapati mengalami kemurungan selepas bersalin. Manakala, 174% wanita yang mengalami komplikasi ketika bersalin juga akan mengalami gila meroyan!
Bukti saintifik mendedahkan, kecenderungan ini terjadi kerana keradangan tisu yang dialami ibu tersebut ketika melahirkan bayi lelaki.
Malah, sains sendiri telah membuktikan ibu yang bersalin anak lelaki akan lebih sakit berbanding bersalin anak perempuan!
Kesan keradangan terbabit akan mengganggu dan menjejaskan keseimbangan kimia otak, lalu menyebabkan ibu tersebut mengalami kemurungan selepas bersalin.
Tanda-tanda gila meroyan/kemurungan selepas bersalin
1 daripada 10 wanita bersalin akan mengalami simptom gila meroyan. Tapi, adakah semua ibu hamil sedar tentang tanda-tandanya?
Di sini antara tanda-tanda simptom kemurungan selepas bersalin yang anda perlu peka:
- Kesedihan melampau yang berpanjangan
- Hilang selera makan
- Keletihan melampau
- Sukar untuk menjaga bayi (atau bonding dengan bayi)
- Risau anda akan mencederakan bayi
- Susah untuk tidur
- Tidak mahu bergaul/bersembang dengan orang lain
- Sukar untuk menumpukan perhatian atau membuat keputusan
Kemurungan selepas bersalin bukan hanya berlaku pada wanita
Jika anda ingat hanya wanita sahaja yang mampu terkena kemurungan selepas bersalin atau meroyan, anda sebenarnya salah!
Pasangan (suami) juga terbuka untuk mengalami simptom-simptom post-natal depression. Ia lebih dikenali dengan nama paternal postpartum depression.
Kesan daripada kemurungan ini boleh menjejaskan cara anda menjaga bayi yang baru lahir itu.
Sebab itu, jika anda percaya anda mengalami simptom-simptom yang disebut di atas, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera.
Tiada apa yang memalukan jika anda mengalami simptom meroyan. Namun, bendung ia sebelum terlambat!
Doktor akan memberikan anda rawatan yang sepatutnya seperti ubat anti-kemurungan yang tidak akan menjejaskan susu badan anda. Bercakaplah dengan pasangan anda.
Buat perkara yang menenangkan, dan dapatkan sokongan dari ibu-ibu lain yang mungkin pernah mengalami situasi sama.
Kemurungan selepas bersalin tidak boleh dielak, namun anda mampu mengawal dan merawatnya.
Kekalkan kesihatan badan malah kesihatan minda – bukan saja untuk diri anda, malah untuk anak yang baru dilahirkan itu.
Dapatkan sokongan dan kasih sayang dari orang-orang di sekitar anda. InsyaAllah, anda mampu mengubahnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: Psychiatry.Org, WebMD, WebMD, WHO, Mayo Clinic, WebMD, Daily Mail
Baca juga:
https://my.theasianparent.commurung-selepas-bersalin/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!