TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Luahan rindu suami pada isteri yang bunuh diri kerana meroyan lepas bersalin

4 min bacaan
Luahan rindu suami pada isteri yang bunuh diri kerana meroyan lepas bersalin

Seorang suami meluahkan rasa sedih apabila kehilangan isteri tercinta yang membunuh diri gara-gara mengalami tahap kemurungan selepas bersalin yang sukar dikawal...

Kejadian ini berlaku kira-kira dua tahun lalu pada bulan Oktober. Sewaktu itu, wanita bernama Florence Leung ini “hilang” selepas keluar rumah.

Ia menyebabkan seluruh keluarga dan suaminya mencari di merata tempat. Setelah puas mencari, pihak polis menemui tubuh wanita tersebut tidak bernyawa. Beliau dipercayai membunuh diri kerana mengalami meroyan atau post partum depression.

Sebelum ditemui mati, suaminya membuka halaman Facebook “Remembering Mother Florence Leung” yang dibuat bagi memudahkan pencarian wanita tersebut. 

Dalam poster yang dimuat naik suaminya itu, ia diisi lengkap butiran diri Florence Leung beserta tiga keping gambarnya tanpa cermin mata, foto semasa hilang dan tersenyum. 

meroyan, kemurungan, kemurungan selepas bersalin, penyakit kemurungan, masalah meroyan di kalangan isteri, isteri alami tekanan perasaan, tekanan perasaan selepas bersalin, meroyan teruk, meroyan di kalangan wanita, wanita meroyan, ibu meroyan, masalah depresi, murung, kemurungan selepas melahirkan, ibu kemurungan, wanita kemurungan, postpartum depression

Setelah mendapat tahu isterinya meninggal dunia kerana bunuh diri, Kim Chen terus menggunakan halaman Facebook tersebut bagi menyebarkan kesedaran kepada para ibu supaya lebih berhati-hati jika mengalami masalah meroyan selepas bersalin. 

Kim Chen juga berharap tiada lagi ibu yang meroyan mengambil tindakan drastik untuk membunuh diri.
 
Berikut isi surat yang ditulis Kim Chen bagi mengenang isterinya yang telah pergi buat selamanya. 

Surat terbuka suami buat isteri yang mati kerana meroyan selepas bersalin 

****

Ketika kejadian ini berlaku, polis muncul di depan pintu rumah aku. Sewaktu itu aku tidak tahu apa yang bakal mereka katakan. 

Ya, ia sama seperti yang anda lihat dalam drama TV ketika polis menyampaikan berita buruk -ada raut wajah muram yang terlihat. Bezanya adalah ini kenyataan dan realiti yang harus aku tempuhi. 

Aku rasa telah terpisah dengan kehidupan sebenarku. Impian di masa hadapanku tak akan pernah terjadi. 

Kini aku hanya bertahan supaya kuat menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini. Tapi aku tetap pasrah dengan apa yang berlaku. 

Aku sering mengingat kembali kenangan kami selama lima dan enam tahun yang lalu penuh dengan kebahagiaan.

Namun pada ketika ini, kenangan itu hanya membuatkan aku rasa sakit dan merindu isteriku itu yang teramat sangat. 

Disebabkan itu aku tidak melihat gambar dan video kami selama dua minggu terakhir ini. 

Sekarang aku mengerti betapa pentingnya bersikap baik pada diriku sendiri dan tidak tenggelam dengan perasaan sedih itu. 

Anak lelaki kami membesar dengan baik. Bahkan berat dan ketinggiannya juga menunjukkan positif pada usianya itu. Dia juga suka tertawa dan tersenyum.

Kini, dia sudah boleh duduk dan diharap si kecil ini akan terus membesar dengan sihat. 

Bagi semua ibu yang mengalami meroyan, kemurungan, tekanan dan jiwa berkecamuk selepas melahirkan, diharap mendapatkan bantuan atau meluahkan perasaan anda itu kepada seseorang.

Jangan ingat anda sedang bersendirian. 

meroyan, kemurungan, kemurungan selepas bersalin, penyakit kemurungan, masalah meroyan di kalangan isteri, isteri alami tekanan perasaan, tekanan perasaan selepas bersalin, meroyan teruk, meroyan di kalangan wanita, wanita meroyan, ibu meroyan, masalah depresi, murung, kemurungan selepas melahirkan, ibu kemurungan, wanita kemurungan, postpartum depression

Mendiang Florence Leung

Jangan pernah ingat anda seorang ibu yang gagal atau merasa bersalah kerana tidak boleh menyusu secara eksklusif. Ataupun sebab-sebab lain yang membuatkan anda rasa menyendiri. 

Aku masih ingat ketika membaca buku rujukan hamil Flo di hospital yang mengatakan “Susu ibu adalah sumber makanan wajib bagi bayi bawah umur enam bulan di tahun pertama,”.

Selain itu, terdapat juga poster di ruang unit bersalin itu mengatakan payudara adalah yang terbaik untuk menyusukan anak.

Walaupun setuju tentang manfaat susu ibu, tapi perlu juga ada pemahaman tentang masalah tertentu yang dialami ibu dan bayi boleh dilengkapi dengan nutrisi yang terkandung dalam susu formula.

Susu formula juga adalah pilihan tepat yang bagus diberikan pada bayi.

Selepas ini, aku akan ceritakan lebih banyak maklumat tentang ini di masa hadapan.

Bukan hanya di hospital, kadang-kadang masyarakat setempat juga sering memberi tekanan pada ibu untuk memberikan susu badan secara eksklusif meskipun payudara ibu tak dapat menghasilkan susu dengan banyak.

Lalu ia menyebabkan sang ibu alami tekanan dan meroyan.

meroyan, kemurungan, kemurungan selepas bersalin, penyakit kemurungan, masalah meroyan di kalangan isteri, isteri alami tekanan perasaan, tekanan perasaan selepas bersalin, meroyan teruk, meroyan di kalangan wanita, wanita meroyan, ibu meroyan, masalah depresi, murung, kemurungan selepas melahirkan, ibu kemurungan, wanita kemurungan, postpartum depressionGangguan post partum depression ini dialami hampir 15% ibu yang melahirkan bayi di seluruh dunia. Tetapi ramai orang tak menyedari keadaan ini.

Bahkan suami sering kecewa dengan sikap isteri yang selalu ‘moody’ sedangkan mereka langsung tak menolong atau memahami perasaan ibu yang mengalami tekanan perasaan ini.

Semoga kita menjaga hati isteri dan ibu yang sudah berkorban nyawa melahirkan seorang bayi yang ditunggu-tunggu pasangan suami isteri.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Bagi ibu yang mengalami masalah tekanan perasaan ini, percayalah bahawa anda tidak bersendirian. Masih ada pilihan lain yang boleh dilakukan supaya mengurangkan tekanan yang dialami itu.

***

Semoga perkongsian ini membuka mata masyarakat dalam membantu para ibu yang mengalami masalah yang sama. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Syahar Banu. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

Apa Itu Murung Dalam Senyum? Tanda-Tanda Kemurungan Orang Sering Abaikan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Luahan rindu suami pada isteri yang bunuh diri kerana meroyan lepas bersalin
Kongsikan:
  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

    Bolehkah Ambil Jamu Selepas Bersalin? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham