Isteri dari syurga. Mungkin inilah yang boleh dikaitkan dengan wanita ini yang ikhlas menjaga suaminya yang tiba-tiba diserang strok separuh badan hingga tidak boleh bercakap dan bersuara.
Pada permulaan diserang strok, lelaki itu juga langsung tidak boleh makan dan hanya minum susu khas daripada tiub.
Perkongsian di TikTok sya.adnan, membuka mata ramai pihak terutama suami isteri di luar sana yang mana jika kita ikhlas menerima pasangan dalam keadana apa sekalipun pasangan itu tidak akan ditinggalkan.
Suami tiba-tiba strok sepatuh badan, isteri tetap setia di sisi
Benarlah, sokongan daripada keluarga amat penting jika seseorang itu diserang penyakit atau sebagainya. Buktinya, suami wanita ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif dalam masa hanya sebulan selepas diserang strok.
Keikhlasan isteri yang sentiasa bersemangat menjaga suaminya mungkin antara faktor penyembuhan cepat dan positif suaminya. Bayangkan daripada terlantar hingga tidak boleh bercakap dan bersuara ditambah pula dengan makan susu khas melalui tiub, lelaki itu kini sudah mula boleh berjalan.
“Tak malu ke dapat suami macam ni?”
Wanita itu turut berkongsi, suaminya pernah bertanyakan adakah dia malu mempunyai suami yang strok. Akui terkejut dengan pertanyaan itu, namun jawapan wanita itu, “takda maknanya Sya nak rasa malu, Sya bersyukur Sya masih boleh bawa suami ke mana saja Sya pergi, dan sentiasa di sisi Sya. Sya sentiasa berpimpin tangan dengan suami dan suap suami makan.”
Semoga suami kepada wanita ini cepat sembuh seperti sediakala!
Pemulihan pesakit strok
Menurut protal myhealth, strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan berubah.
Fisioterapi bantu pemulihan
Fisioterapi antara rawatan yang wajib dilakukan kepada pesakit yang mengalami strok.
Ia membantu mempercepatkan kadar pemulihan sistem neuromuscular yang terlibat dari segi pergerakan voluntari, keseimbangan badan, koordinasi pergerakan, mobiliti dan keupayaan berjalan.
Mengembalikan fungsi harian dengan cepat dan kebolehan bergerak yang optima dan berdikari. Ia juga mencegah dan mengurangkan komplikasi seperti:
- Kudis tekanan
- Foot drop
- Komplikasi respiratori
Gejala, tanda awal strok
Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya termasuklah:
- Lemah atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.
- Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba
- Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas
- Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan
- Sakit kepala yang teruk yang mengejut
- Rasa mual atau muntah
Langkah mencegah strok
Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mencegah strok. Ia termasuklah:
- Lebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayuran.
- Memeriksa tekanan darah secara berterusan.
- Mengekalkan berat badan yang ideal kerana obesiti adalah salah satu penyebab kepada penyakit strok.
- Aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Contohnya : brisk walk, Tai Chi, senaman regangan dan senaman aktif
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: sya.adnan
Baca juga: Gara-Gara Dipaksa Buat Gerakan Split, Budak 6 Tahun Ini Cacat Sebelah Anggota Kiri!
Baca juga: Sindrom Guillain-Barre menyebabkan ibu ini lumpuh selepas bersalin c-sec!
Baca juga: Kerana Sengkenit Di Rambutnya, Kanak-Kanak Ini Hampir Lumpuh!