X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sindrom Guillain-Barre menyebabkan ibu ini lumpuh selepas bersalin c-sec!

3 min bacaan
Sindrom Guillain-Barre menyebabkan ibu ini lumpuh selepas bersalin c-sec!

Gara-gara sindrom Guillain Barre, wanita ini lumpuh selepas bersalin czer. Mari kita selami detik-detik menakutkan lagi mencabar yang terjadi pada Holly.

Ibu lumpuh selepas bersalin czer

Selepas bersalin czer, apa yang Holly Gerlach mahukan hanyalah menjadi seorang ibu dan meluangkan masa bersama bayinya yang baru lahir.

Namun lain yang terjadi. Holly didapati menghidap Sindrom Guillain-Barre yang menyebabkan badannya lumpuh selepas bersalin czer.

Holly telah menceritakan pengalaman menakutkan itu di dalam blognya, malah telah menerbitkan buku yang bertajuk “Happily Ever After: My Journey with Guillain-Barre Syndrome and How I Got My Life Back.”

selepas bersalin czer

Holly yang telah berjaya melalui saat sukar di dalam hidupnya

Pengalaman selepas bersalin czer yang menakutkan

2 minggu selepas menjalani pembedahan c-section semasa bersalin, Hooly tiba-tiba mula merasa satu keadaan ‘mencucuk’ di hujung jarinya. Memikirkan dia sedang selsema, dia telah pergi berjumpa doktor yang menjelaskan dia hanya mengalami sedikit gangguan saraf.
 
Tapi pada malam itu, semasa bangun untuk menyusukan anaknya, Casey, kaki Holly tidak dapat berfungsi dan dia terjatuh. Kemudian suaminya membawanya ke hospital di mana pasukan medik serta-merta mengenal pasti keadaannya sebagai Sindrom Guillain-Barre.

Walaupun mereka masih tidak pasti apa puncanya serangan tersebut, namun mereka percaya keadaan yang boleh menyebabkan maut ini terjadi kerana bersalin. 

Di usia anaknya yang baru 20 hari, Holly berada dalam ketakutan kerana diberitahu keadaannya teruk.

selepas bersalin czer

Caset, anak perempuan Holly yang masih baru dengan dunia terpaksa berpisah dengan ibunya

Kemudian apabila Holly tidak dapat bernafas, dia telah dipindahkan ke unit rawatan intensif. Di sana, doktor telah menjalankan rawatan pembersihan darah.

Salah satu tiub yang dimasuk telah memecahkan saluran darah. Dia dikejarkan untuk pembedahan kecemasan yang mengambil masa selama 5 jam.

Doktor telah memberitahu keluarganya yang dia mungkin tidak dapat bertahan malam itu. Namun, dia bernasib baik dan selamat. Dia ditinggalkan dengan parut dari bawah dada hingga ke atas rahim.

Holly mengharungi detik sukar selepas bersalin czer

Selama 6 minggu, badan Holly lumpuh dan dia mempunyai tiub di tekaknya. Dia terpaksa menggunakan papan abjad untuk berkomunikasi kerana tidak dapat bercakap. 

selepas bersalin czer

Untuk merasai mendakap anaknya, Casey diletakan di atas dadanya.

Untuk merasai pengalaman mendakap anaknya, Casey diletakkan di atas dadanya. Sukar buat Holly untuk tidak dapat memeluk anaknya, atau berbuat apa-apa, lalu dia menjadi murung.

Pada minggu ke-6, Holly dapat menggerakkan hujung jarinya. Perlahan-lahan dia pulih dari keadaan itu dan mendapat kekuatan untuk bergerak. Hooly juga mula belajar bernafas sendiri.

Pada awalnya, semasa doktor membuka alat bantuan pernafasan, Holly terasa seperti berlari maraton. Lama kelamaan doktor melatihnya bernafas sendiri hingga paru-paru Holly menjadi cukup kuat. 

126 hari selepas ke hospital, Holly berjaya berlatih berjalan menggunakan tongkat. Selepas 3 minggu, dia berjaya berjalan tanpa bantuan. 

Awalnya, sukar untuk Holly memegang anaknya. Holly tidak faham mengapa anaknya menangis kerana anaknya sudah biasa dengan suami. Holly mengambil masa 8 bulan untuk memahami apa kemahuan anaknya, Casey.

Moga Holly kekal kuat dan tabah mengharungi detik ini. 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comseorang-ibu-bangun-dari-pembedahan-c-section-dan-mendapati-kedua-kakinya-telah-dipotong/

Stories Rakan Kongsi
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Parents, Did You Know There Is A Last Chance For Your Teen To Grow Taller?
Parents, Did You Know There Is A Last Chance For Your Teen To Grow Taller?
Did Your Child Miss A Vaccine? Here’s What You Need To Know
Did Your Child Miss A Vaccine? Here’s What You Need To Know

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Sindrom Guillain-Barre menyebabkan ibu ini lumpuh selepas bersalin c-sec!
Kongsikan:
  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

    Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

  • Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

    Cyclopia: Sindrom Bayi Tidak Sempurna Dilahirkan Dengan Satu Mata Dan Tiada Hidung

  • Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

    Jenis Alergi kulit Dan Gambarnya Yang Perlu Anda Ketahui

  • Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

    Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham