Memiliki suami baran adalah sesuatu yang paling menakutkan ramai wanita. Jika berlaku pergaduhan disebabkan oleh salah faham ataupun perkara-perkara yang kecil, mudahlah dia naik angin dan tangan.
Cabaran mempunyai suami panas baran ini bukanlah mudah. Umpama dijolok sarang tebuan, boleh jadi buruk padahnya.
Begitulah perkongsian seorang pengguna laman sosial TikTok Nana Orlin mengenai kisah suaminya yang baran dan kerap menggunakan kekerasan apabila mereka bertelagah.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Suami baran sanggup buang makanan, rosakkan barang anak
- Tips untuk menangani pergaduhan antara suami isteri
Suami baran sanggup buang makanan, rosakkan barang anak
Disebabkan pertelingkahan yang berlaku dan disebabkan baran si suami, habis barangan serta makanan mereka dibuang. Malah, betapa tergamaknya si suami membuang beras ke dalam mangkuk tandas agar isteri dan anaknya tidak dapat makan.
Menerusi sebuah hantaran video, Nana dilihat mengusap kepala anaknya kerana baby walker yang digunakan oleh anak mereka juga telah dirosakkan oleh suaminya.
Beliau juga tidak sabar berkerja demi untuk membelikan peralatan mainan baru kepada anaknya.
Malah, telefon bimbit miliknya juga turut dirosakkan sehingga tidak dapat hidup dan berfungsi sehingga ke hari ini hanya kerana pergaduhan diantara keduanya.
Kesabaran ada batasnya. Saya dipukul dan diperlakukan sebegini, saya masih sabar tetapi kali ini habis barang anak dihancurkan.
Rata-rata komen dari netizen kesemuanya berasa tidak puas hati dan meminta agar pasangan ini bercerai. Malah, ada juga yang memberi komen bahawa beras ini adalah punca rezeki, membuang beras samalah seperti membuang rezeki.
Tips menangani pergaduhan antara suami isteri
Bagi suami atau isteri, sekiranya salah seorang daripada anda mempunyai sikap panas baran dan cepat melenting. Jangan diprovokasi pasangan sebaliknya lakukanlah seperti berikut.
- Jangan bertengkar di hadapan anak-anak.
- Jangan menggunakan sebarang kekerasan dengan memukul atau mengangkat tangan.
- Jangan memegang sebarang objek ketika berada dalam keadaan marah.
- Usah sesekali mengungkit kekurangan pasangan atau melibatkan ibu bapa masing-masing.
- Jangan tinggikan suara sehingga orang lain boleh mendengar pergaduhan anda.
Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri. Pertelingkahan dan pergaduhan adalah perkara biasa dan asam garam hidup berumah tangga.
Janganlah disebabkan anda begitu mengikutkan amarah anda sehingga anda lupa kebaikan pasangan anda. Dan jangan sesekali libatkan anak dalam pergaduhan.
Berdamailah kerana itu lebih baik. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ramai Isteri Tidak Bahagia & Makan Hati Dengan Suami, Hanya Pendam Elak Pergaduhan
Baca juga: Selalu gaduh depan anak? Ini 5 cara bagaimana anda boleh kendali pergaduhan itu
Baca juga: Suami Isteri Asyik Bergaduh Setiap Hari? Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman