Suami Ini Bela Isteri Depan Mertua Bila Rumah Tidak Kemas

lead image

Status Clint Edwards menjadi viral ketika dia menceritakan kisahnya sebagai suami yang telah membela isteri ketika dikritik oleh ibu mertua, soal rumah yang tidak kemas.

Kisah suami ini membela isteri depan mertua

Memang agak lumrah untuk orang tua kita masuk campur dalam urusan rumah tangga anaknya. 

Ada yang berniat baik dan memberi nasihat, tidak kurang juga yang campur tangan dan mengkritik dalam segala hal.

Sayangnya, apabila ini berlaku, jarang sekali untuk si suami membela isteri di hadapan orang tua.

Lain pula hal dengan Clint Edwards, ketika Mel, si isteri, dikritik oleh ibunya. Dengan segera dia mempertahankan isterinya itu.

Ibu bertanyakan soalan “cepumas” melalui telefon

clint dan isteri ibu mertua

Sumber: Clint Edwards FB

Clint ada berkongsi posting di FB, dan dengan cepatnya, status itu menjadi tular. Ini perkongsian beliau:

**

Beberapa minggu lalu, aku ada berbual dengan ibuku di telefon. Dia mengatakan,

“Kamu tidak rimas ke Mel tak pandai menjaga rumah; kemas dan bersih?”

Ketika itu hari Sabtu, aku pula sedang mencuci pinggan. Dan aku tidak tahu apa yang harus aku katakan.

Ibuku berkata sedemikian bukanlah dalam nada negatif, cumanya penuh dengan rasa ingin tahu dan risau sahaja.

Ibuku sedar yang rumah kami kurang kemas. Tetapi, tugas membersihkannya bukan hanya kewajiban Mel seorang.

Aku melihat perkahwinanku sebagai sebuah usahasama (partnership). Jadi membersihkan rumah itu juga adalah kewajibanku.

Clint suami membela isteri - FB post

Sumber: Clint Edwards FB

Aku akui, selalu sahaja ada mainan berselerak, pinggan kotor tidak berbasuh, dan kerja yang belum selesai di meja.

Aku juga mengakui yang rumahku tidaklah serapi dan sebersih rumah ibu. Tapi, hal ini tidak menggangguku. Malah sebenarnya, aku tidak memikirkan tentangnya langsung.

Aku tidak tahu bagaimana mahu memberi respon kepada pertanyaan ibuku itu. Aku tidak pernah tahu apa yang harus dikatakan pada ketika itu.

Setelah lama berfikir, aku tahu pandangan ibuku tentang rumah kami merupakan satu refleksi dari cara dia dibesarkan.

Dia adalah sebahagian daripada generasi Baby Boom.

Aku tidaklah mesra sangat dengan ayah, tapi aku ingat ketika dia memberi nasihat tentang hal mencari isteri. Katanya:

“Pergilah ke rumahnya secara mengejut. Lihat bagaimana keadaan di sana. Kau pasti akan dapat mengetahui tentang perihal wanita itu dengan melihat bagaimana dia menjaga rumahnya.”

Aku fikir, apa yang menjadi perhatian ibuku tentang rumah yang elok berkemas adalah bersumber daripada usahanya memenuhi kehendak masyarakat pada zaman itu; ketika dia masih muda.

Akan tetapi, tidak seperti ayahku, aku sama sekali tidak berfikir tentang hal rumah yang kemas ketika menikahi isteriku.

Aku hanya berfikir tentang betapa aku menyayangi dirinya, bagaimana dia membuatku rasa senang. Aku berfikir tentang murahnya dia dengan senyuman, aku menyukainya.

kisah menantu dan ibu mertua

Sumber: Clint Edwards FB

Aku juga berfikir tentang manisnya dia, dan penuh dengan perhatian. Dan bagaimana dia kelihatan seperti seorang ibu yang aku inginkan untuk anak-anakku.

Setelah beberapa ketika mencari kata-kata yang tepat, aku akhirnya berkata, 

Saya tidak masuk ke alam  pernikahan ini demi sebuah rumah yang kemas. Tetapi kerana Mel adalah seseorang yang saya ingin habiskan sisa hidup dengannya.”

Sepi seketika. 

Aku meletakkan pinggan kotor di sinki, akhirnya ibuku berkata, “Ya…mungkin itu jauh lebih penting daripada sebuah rumah yang kemas.”

“Iya, saya juga berfikir begitu,” kataku.

**

Sweet, kan? Mudah sahaja jawapan yang diberikan oleh si suami ini kepada ibunya. Namun, kata-kata itu cukup mendalam, sehinggakan ibunya sendiri bersetuju.

Suami isteri itu umpama satu ‘team’ – Kalau bukan kita yang back-up pasangan kita, siapa lagi?

Bagaimana dengan ibu-ibu semua? Adakah si suami membela anda ketika dipersoal atau dikritik oleh orang luar?

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Surat Seorang Suami Tentang Isteri Yang Mahu Me Time, “Pergilah Sayang, Bahagiakan Dirimu.”