Semakin Ramai Suami Dayus Pukul Isteri, Jika Ia Berlaku, Lakukan 7 Perkara Ini!

Makin lama semakin tinggi kes suami dayus pukul isteri, sekiranya ia berlaku para isteri patut tahu apa yang perlu dilakukan. Ini caranya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Semakin hari semakin tinggi kes keganasan rumah tangga seperti suami dayus pukul isteri dan dera isteri. Disebabkan itu waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita sesama manusia digalakkan bertanya khabar keluarga & sahabat terdekat. 
 
Itu baru kes yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan pula bagaimana? Allah saja yang tahu betapa ramainya wanita menjadi mangsa suami dayus  ini.
 
Rata-rata isteri berasa takut untuk melaporkan pada pihak berkuasa, ingin bercakap pada keluarga pula malu, disulami pula rasa bersalah mengenangkan anak-anak yang mungkin nanti terjejas dengan perkara ini. 

Suami dayus pukul isteri 

Foto: iStock

Tapi benar apa yang dikatakan seorang doktor ini, dia berkongsi tentang bagaimana pentingnya melaporkan kes suami dayus pukul isteri ini, biarlah selamat kembali ke pangkuan ibu bapa, biarlah kena menyandang gelaran janda dan ibu tunggal, asalkan anda selamat wahai wanita.
 
Baru-baru ini tular kes seorang isteri yang hamil dipukul suaminya sehingga cedera parah. Patah tulang rahang dan tulang rusuk, manakala tulang belakangnya retak sehingga doktor terpaksa membuang sebahagian tengkorak kepalanya yang pecah. 
 
Lebih menyedihkan wanita itu disahkan akan hilang ingatan buat selamanya. Bayi dalam kandungan masih selamat, dan ada kemungkinan besar apabila lahirnya bayi ini, ibunya langsung tidak akan mengenali darah dagingnya itu. 
 
Dan sami dayus itu? Sehingga sekarang menghilangkan diri. Dasar lelaki dayus pukul isteri! Pengecut.

Wanita malang ini bukan mangsa yang pertama

Kata Dr Kyra dalam perkongsiannya di Facebook, sudah ramai wanita yang mati dibunuh suami sendiri di Malaysia. Ramai juga dari dalam kalangan wanita berkerjaya dan profesional.
 
Kebanyakan mangsa wanita yang mati dibunuh datang dari keluarga yang baik-baik.
 
Keluarga baik-baik yang sering menganggap perceraian itu sesuatu yang sangat memalukan dan mesti dielakkan serta sanggup memekak telinga dari mendengar cerita anak perempuan yang cuba mengadu masalah.
 
Tidak lama dahulu kita baca kisah seorang Pensyarah UIA yang mati dibunuh suami sendiri dan mayatnya ditinggalkan di dalam kereta di Cyberjaya.
 
Saya baca komen terlalu ramai ahli masyarakat terutamanya lelaki yang menghina arwah apabila akhbar mendedahkan Pensyarah Wanita itu membuat “Permohonan Pengesahan Lafaz Talak” di Mahkamah Syariah.
 
“Mintak Cerai lagiii, kan dah kena bunuh”, tulis beberapa lelaki.
 
Menunjukkan tingginya TAHAP KEBODOHAN beberapa lelaki di Malaysia.
 
Permohonan Pengesahan Lafaz Talak BUKANLAH permohonan cerai dari si isteri. Permohonan Pengesahan Lafaz Talak dimohon isteri adalah kerana “si suami SUDAH melafaz talak” di luar Mahkamah dan si isteri dinasihati oleh Pejabat Agama Islam untuk membuat aduan ke Mahkamah Syariah kerana dibimbangi talak telah jatuh.
 
Adakah isteri itu boleh dibunuh hanya kerana bimbang talak yang dilafaz suami telah jatuh?
Tetapi itulah yang berlaku kepada Pensyarah Wanita itu. Perkahwinannya selama berbelas tahun dengan mempunyai anak yang sudah remaja diakhiri dengan dia mati dibelasah dan dicekik suami sendiri.
 
Lelaki kaki pukul memang sukar menceraikan isteri. Lelaki kaki pukul mudah melafaz talak tapi berdegil tidak mahu bercerai.
 
Trust me.. Lelaki sebegini sanggup menjunjung al Quran di dalam Mahkamah Syariah menipu dan tidak mengaku telah melafaz talak selain pandai berlakon di hadapan orang kononnya dia masih sayangkan isteri yang dibelasahnya setiap hari.
 
Lelaki begini tak kisah melafaz talak beratus kali dan sanggup membunuh isteri dari melihat isteri bahagia dengan orang lain.
 
Ketika team #sisterhood kami cuba menyelamatkan seorang wanita yang patah tulang pinggang dan mata hampir buta kerana dibelasah suami, kami lihat suami panas baran itu sanggup mencium kaki isterinya di hadapan Hakim Mahkamah Syariah hanya kerana mahu semua orang bersimpati kepadanya.

Bagaimanakah caranya seorang wanita mahu melepaskan diri dari suami kaki pukul?

Foto: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
#1. Catat dengan lengkap setiap kali suami lafaz talak pada sehelai kertas, walaupun tiada saksi tidak mengapa. Tulis tarikh, hari, masa dan ayat yang dilafaz suami.
 
#2. Cukup dua kali atau tiga kali “hari berbeza” suami lafaz talak, tak kisahlah setiap kali si suami lafaz dia ulang 11 kali ayat “aku ceraikan kau”, ISTERI KIRA TARIKH HABIS EDAH dari lafaz yang terakhir.
 
#3.  TUNGGU Habis tempoh edah, BAHARU BUAT aduan Permohonan Pengesahan Lafaz Talak ke Mahkamah Syariah. Mengapa kena tunggu habis tempoh edah baharu buat aduan? Kerana lelaki kaki pukul takkan-mahu menceraikan isterinya.
 
Jika dibicarakan ketika isteri masih di dalam edah, suami kaki-pukul akan segera mengaku mahu kembali kepada isterinya. Jika tempoh edah sudah habis, Hakim terpaksa menilai situasi berdasarkan al-Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak.
 
#4. Minta suami hadir dengan baik ke Mahkamah, buat alasan takut berzina jika talak dilafaz suami dahulu telah jatuh. Suami tidak-hadir, mohon Mahkamah keluarkan waran tangkap.
 
#5. Hakim akan tanya “Betulkah Tuan sebut ayat ini dan ini pada tarikh ini dan ini.” Sepertimana catatan si isteri dari awal.
 
#6. Biarlah si suami menghina isteri sebagai perempuan takguna, pemalas dan sebagainya. ISTERI DIAM SAHAJA. Biar Hakim yang menilai.
 
Hakim tiada pilihan melainkan memerintahkan “Perkahwinan Mesti Dibubarkan Segera” kerana tempoh edah sudah habis.
 
Cara ini bagi isteri yang dipukul “on off” oleh si suami dan kecederaan masih boleh disorok di sebalik make up dan tudung.

Buat laporan polis dan mohon perlindungan 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: iStock

Bagi isteri yang dibelasah sehingga retak tulang apatah lagi pecah muka atau patah tulang, buat laporan polis dan mohon perlindungan dari pihak polis dan Kerajaan.
 
Sebut “Saya Mahu Dilindungi Segera”. JANGAN KELUAR dari balai polis sehingga ada Pegawai Kerajaan bertanggungjawab samada dari Kementerian Pembangunan Wanita atau Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dari NGO yang datang mengambil anda dan anak-anak untuk dibawa ke Pusat Perlindungan.
 
JANGAN SESEKALI isteri menarik balik laporan polis hanya si suami kaki pukul itu berlakon insaf dan memujuk isteri. Lelaki Kaki Pukul memang begitu. Belasah-Pujuk-Belasah-Pujuk.
 
Anda tarik balik report polis, polis pun malas nak siasat. Anda bertegas mohon perlindungan, pihak polis akan beri perlindungan kepada anda.
 
Kepada semua wanita di luar sana yang sedang menanggung sengsara sendirian..
Ingatlah.
 
lebih baik anda kembali ke pangkuan ibubapa dan adik-beradik dalam keadaan bernyawa-sempurna dari anda kembali sebagai penyesalan yang tiada penghujung di jiwa mereka.
 
Diharapkan semua yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini tampil membuat aduan di balai polis berdekatan. Bagi yang bersubahat menyorokkan lelaki ini, anda sedang menganiayai wanita malang ini dan anak di dalam kandungannya.
 
Hanya Lelaki Dayus Sahaja Yang Memukul Isteri.
 
Dr. Kayra
Putrajaya
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Neraka, Belasah Isteri Hamil Sampai Patah Tulang