TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Suami Neraka, 'Belasah' Isteri Hamil Anak Sulung Sampai Koma & Retak Tulang Belakang

7 May, 2021
Suami Neraka, 'Belasah' Isteri Hamil Anak Sulung Sampai Koma & Retak Tulang Belakang

Dosa suami tidak bertanggungjawab dan kaki pukul telah menyebabkan isteri sedang hamil mengalami pendarahan teruk pada otak dan keretakan tulang belakang

Kehidupan rumah tangga sememangnya penuh dengan pelbagai ujian. Tiada pasangan yang bahagia sepanjang masa, ada kalanya berselisih faham bagai perang dunia kedua. Namun siapa sangka tular kisah dosa suami durjana apabila dia memukul isteri yang sedang mengandung.

Hal paling digeruni oleh mana-mana wanita ialah tersalah pilih suami. Lelaki yang panas baran dan selalu naik tangan ini dikatakan sering menjadi punca kepada keretakan rumah tangga.

Dosa suami durjana, pukul isteri sedang hamil hingga koma

suami pukul isteri mengandung

gambar sekadar hiasan. Kredit: BHonline

Menerusi perkongsian di Facebook, Fazariah Nordin berkongsi detik hitam apabila kakaknya (Jahidah) telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat teruk dipukul oleh suaminya sendiri.

Baru ada kekuatan untuk berkongsi. Sampai hospital lebih kurang jam 12.15pm dan terus ke ICU. Masa tu diri tak kuat untuk ke melihat kelibat kakak terbaring di katil. Jururawat kata jangan datang dulu sebab nak bersihkan pesakit.

Sementara itu, saya disuruh tunggu di bahagian menunggu kerana doktor pakar bahagian otak dan tulang ingin memberikan keterangan mengenai keadaan kak Jahidah.

Dari kenyataan doktor, kakak Jahidah mengalami keretakan tulang belakang, rahang dan bahagian muka.

Mukanya juga lebam. Mata merah lebam, tangan pun ada kesan-kesan lebam dan bengkak.

Manakala kenyataan pakar otak, sewaktu kakak dihantar ke hospital pada tarikh 4 Mei yang lalu, dia memang mengalami pendarahan otak yang serius. Seluruh otaknya telah dipenuhi dengan darah.

Sehingga doktor terpaksa buat pembedahan otak yang memakan masa selama 12 jam. Potong sedikit tulang kepala bagi mengelakkan tekanan yang sangat kuat pada otak.

Dosa suami jahat, sanggup tinggalkan isteri keseorangan di hospital

suami jahat

Apabila selesai, mereka bawa kakak ke katil. Ya Allah. Aku tak kuat tengok badan kakak aku dengan kepalanya sudah botok kerana dibedah. Mata lebam, merah bengkak. Badan penuh lebam-lebam dan ada jahitan di kepala!

Ya Allah, kakak tak pernah marah-marah. Tak pernah melenting, dia seorang yang lemah-lembut. Tapi terpaksa berdepan ujian sebesar ini di bulan mulia. Aku harap sangat pembelaan untuk kakak.

Menurut status di Facebook mangsa, dia sempat berkongsi berita gembira dan memuat naik gambar alat penguji kehamilan pada minggu lalu dengan kapsyen ‘Alhamdulillah, Allah datangkan rezeki di bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah.’

Adik mangsa, Fazariah meluahkan rasa kecewa dengan tindakan abang iparnya yang tidak berhati perut meninggalkan Jahidah di hospital sebelum melarikan diri. 

Kau call aku hanya untuk beritahu kakak ada dekat ICU dan pihak polis mahukan waris. Kenapa musibat sangat kau!!

Kau dah buat kakak aku nyawa-nyawa ikan. Bertarung nyawa seorang diri dengan kandungan dia yang masih baru. Allahuakbar!! Laporan polis sudah dibuat. Semua tengah mencari kau!

Rupa-rupanya suspek sudah miliki seorang isteri sebelum ini yang sedang hamil anak ke-2

Siapa sangka di sebalik kisah malang tersebut, terbongkar rahsia lain mengenai kejahatan lelaki berkenaan. Siapa sangka yang menulis pada ruangan komen Facebook adalah isteri pertamanya.

Wanita dikenali sebagai Nor Faiza telah disebut oleh seorang pengguna Facebook lain yang mengatakan muka suspek sama sepeti suaminya.

suami pukul isteri hingga koma

Dia membalas, ‘Tolong jangan babitkan saya. Saya pun baru tahu dia ada isteri lain. Saya juga dianiaya sebab lagi lama hidup dengan saya. Mereka berkahwin masa saya lari dari rumah. Kami juga ada anak bersama. Kalau saya tahu dia ada kat mana, dah lama saya bagitahu. Saya bersama dia sudah 4 tahun, kalau tak jadi isu ini saya sendiri tidak tahu yang dia ada isteri lain.”

”Sejak kebelakangan ini dia memang balik rumah lain. Dikatakan rumah kedua kami yang masih dalam renovation. Saya diamkan diri bersebab. Hanya saya dan mangsa sahaja tahu keadaan yang sebenar.”

Lebih menyedihkan, dia bukan sahaja memiliki anak berusia setahun lebih. Malah dia juga sedang mengandung anak yang kedua.

”Ya, sekarang saya pun mengandung hampir 4 bulan anak dia. Lebih baik saya diamkan diri. Stres saya hanya Allah tahu. Bukan 4 minggu ya, 4 bulan. Anak dia dengan saya yang sulung usia 1 tahun lebih.”

Menurut posting terbaru adik iparnya, ketika ingin buat laporan di balai polis, pihak polis membuat semakan pada nombor kad pengenalan suspek. Alangkah terkejutnya bila dapat tahu begitu banyaknya kes jenayah yang dilakukan seperti kekerasan, memukul, penipuan dan buang bayi.

Suspek juga dikatakan sempat mencuri cincin yang ada pada jari mangsa sebelum meninggalkan wanita itu berseorangan di hospital.

Sumber: Fazariah Nordin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Baik Buruk Suami Hanya Isteri Yang Tahu, Bersyukurlah Jika Dia Masih Menjaga Aib Anda

Stories Rakan Kongsi
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Jangan Abaikan Tumbesaran Anak Yang Lebih Besar, Mereka Juga Perlukan Nutrisi Yang Cukup!
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption
5 Easy Recipes for Kids to Boost Nutrient Absorption

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Suami Neraka, 'Belasah' Isteri Hamil Anak Sulung Sampai Koma & Retak Tulang Belakang
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham