Hanya Kerana Minta Izin Isteri Untuk Beli Motosikal, Shuib Sepahtu Digelar Dayus - Wajar Ke?

Gempar baru-baru ini apabila Shuib Sepahtu digelar suami dayus apabila meminta izin isterinya terlebih dahulu untuk membeli sebuah motosikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Semakin’ iaitu Siti Sarah meluahkan rasa sedih setelah suaminya yang juga selebriti terkenal, Shuib Sepahtu digelar suami dayus apabila meminta izinnya terlebih dahulu untuk membeli sebuah motosikal.

Siti Sarah walau bagaimanapun mengabaikan komen negatif itu dan rasa bersyukur serta gembira kerana Shuib masih menghormati dan meminta pendapatnya terlebih dahulu. 

Bagi Sarah, dia tidak menyangka isu membeli sebuah motosikal menjadi satu isu yang sangat besar.

Malah dia rasa pelik apabila ada lelaki yang menganggap berterus terang dan menghormati isteri boleh digelar suami dayus.

Menurut Sarah lagi, dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Ini kerana bagi Sarah, suaminya itu boleh membeli motor tanpa perlu minta kebenarannya terlebih dahulu. Namun Shuib tidak membelakangkannya.

Namun, bagi Naib Juara Gegarvaganza ini lagi dia tidak faham kerana ada yang menganggap lelaki yang menipu isteri lebih berani berbanding yang berterus terang terus dicop suami dayus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ciri-ciri suami dayus 

Menanyakan pendapat isteri sebelum membeli atau membuat sesuatu keputusan bukanlah ciri-ciri suami dayus. Tapi, ini antara ciri-ciri suami dayus yang sebenar:

  • Membiarkan kecantikan isteri dinikmati oleh orang lain setelah mereka keluar bekerja atau di luar rumah.
  • Membiarkan isteri pulang lewat dan tidak diketahui bersama siapa.
  • Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya di rumah.
  • Menyuruh dan bangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian menjolok mata.
  • Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dengan lelaki lain sambil berpelukan. Walaupun atas dasar lakonan semata-mata namun adakah nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sama sekali!

Diharap perkahwinan Siti Sarah dan Shuib bahagia hendaknya sampai bila-bila. Malah kita juga tidak salah contohi perkahwinan pasangan bahagia ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, diharap Sarah tidak menghiraukan pandangan negatif netizen yang mungkin tidak senang dengan posting Sarah itu di Instagram. 

Apapun, kita lebih kenal siapa pasangan kita yang sebenarnya kan? 

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Malaysiakini

Baca juga 

8 Tanda Yang Suami Anda Selalu Memikirkan Tentang Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan