3 Cara Isteri Patut Buat Bila Hadapi Masalah Suami Hilang Sumber Pendapatan

Ada hari yang baik, ada hari yang buruk. Apa isteri harus buat apabila tiba-tiba mengalami masalah cabaran suami hilang kerja dan menganggur?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hidup ini penuh dengan dugaan. Satu saat anda bahagia. Satu saat pula anda dapat khabar suami hilang kerja atau suami tak berpendapatan. 

Ya Allah! Apa nak buat? 

Kes pengangguran atau individu dibuang kerja memang semakin meningkat sekarang. Ia adalah satu pengalaman yang sangat memberikan tekanan. 

Tapi jangan risau wahai isteri dan suami semua. Ada beberapa cara anda boleh buat ketika menghadapi masalah ini. 

Perasaan isteri apabila suami hilang kerja

Memang normal untuk isteri berasa simpati namun marah apabila suaminya tidak bekerja dan hilang sumber pendapatan. 

Itu juga yang dikongsi oleh seorang isteri dan ibu ini – JoAnn menerusi Focus on the FamilyIsteri akan rasa tak tahu apa nak buat ketika ini. 

Nak marah? Nak membebel? Nak beri lebih banyak tekanan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut JoAnn

“Saya tak tahu nak cakap apa pada suami. Bila saya balik rumah, saya tengok dia nampak serabut. Pasti proses cari kerja tak berjalan lancar. Tapi rumah semak dan dia sedang berbaring saja di sofa! Tak boleh ke dia cuba buat sesuatu yang berguna sambil tunggu peluang pekerjaan?”

Ha inilah masalahnya… Jadi, apa yang patut si isteri buat?

1. Seimbangkan 2 perkara ini

Memang kes hilang pekerjaan atau menganggur boleh beri kesan pada rumah tangga. Terbebanlah kalau anda seorang saja yang nak cari duit. Kena bayar macam-macam bil lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, membebel dan asyik marah-marah bukan jalan penyelesaiannya setelah mendapat tahu suami hilang kerja.

Anda kena bijak seimbangkan tugas antara seorang pasangan yang amat menyokong, dan seorang guru yang kena berterus terang.

Beri dia sokongan dan dorongan. Jangan terlalu lebih dan jangan terlalu kurang. Jangan biarkan pasangan “tak buat apa apa” langsung, dan jangan terlalu menekan.

2. Agak apa yang akan terjadi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik saja berita suami hilang pekerjaan sampai di telinga anda, kalian patut duduk berbincang. Bincang apa?

Bincang strategi. Tapi bukan setakat strategi nak cari kerja baru, malah cara untuk cut sebarang perbelanjaan tak berguna dan cara nak elak stress akibat tak bekerja.

Memang hari akan makin mencabar kelak. Tapi kalau anda ada plan of attack, kalian boleh cuba atasi masalah ini.

3. Pelan untuk selamatkan keluarga dan perkahwinan

Pertama sekali, amalkan sikap “menganggur ini hanya satu cabaran sementara saja”. Maksudnya, anda boleh atasi masalah tersebut. Memang susah nak cari kerja, tapi kalau anda fokus dengan apa yang anda nak, anda pasti berjaya. Kekalkan pandangan positif.

Anggap mungkin ada hikmah yang Tuhan mahu anda belajar dari pengalaman ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ada anak-anak di rumah, bersikap terbuka dengan mereka tentang situasi sekarang. Terangkan yang kadang-kadang, kita terpaksa berkorban demi sesuatu. Anda boleh potong elaun buat sementara ke, potong senarai shopping. Ingatkan anak-anak yang kalian sekeluarga akan sama-sama hadapi situasi ini.

Ambil masa me time untuk diri sendiri. Masa ini bagus untuk “mencari” diri sendiri dan menangani tekanan masing-masing.

Sentiasa elak suami berfikiran buruk contoh macam “saya takkan dapat kerja”. Ia boleh patahkan semangat dia. Cuba solat bersama, dan fikir positif. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan untuk elak depresi.

Terima ada hari yang baik ada hari yang tak. Buat rutin untuk kekal positif. Contoh walaupun suami tak dapat kerja lagi, bangunlah awal sama seperti isteri, buat benda sama-sama. 

Suami anda sedang menghadapi hari yang sukar. Anda juga. Bersabarlah. Minta pada Tuhan untuk memberikan anda tenaga, kasih sayang, kesabaran dan pencerahan untuk melalui cabaran ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat: Semua cabaran dalam hidup ini hanya sementara. Ia akan dapat diatasi juga akhirnya. 

Kami mendoakan yang terbaik untuk anda. Amin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 4 Bulan Tinggal Dalam Kereta, Suami Isteri ‘Perit’ Hilang Punca Pendapatan Akibat Covid-19

Baca juga: Ibu Tunggal Kepada 5 Anak Hilang Pekerjaan Ketika Pandemik, Terpaksa Minta Beras

Baca juga: Kecewa Dibuang Kerja, Bekas Juruterbang Syarikat Tempatan Terjun Bangunan

Penulis

Ayu Idris