Suami, Berkepitlah Sekejap Dengan Isteri - 24/7 Di Rumah, Mereka Mudah Depresi!

Suami isteri bahagia jika masing-masing saling memahami dan bertolak-ansur. Suami, ketahuilah dalam diam, isteri anda itu menderita dan inginkan bantuan...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami isteri bahagia apabila isteri di rumah, suami keluar bekerja

Kita sering menganggap suami isteri bahagia apabila suami dapat mencari nafkah di luar, manakala isteri bahagia duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga.

Buat para ibu, siapa yang tidak bersyukur apabila dapat menjaga anak-anak di rumah, sambil dapat masak makanan yang berkhasiat, kan? 

Tapi, jangan sesekali kita ingat tugas seorang suri rumah tangga ini senang. Apabila anda bergelar suri rumah, baru anda tahu bagaimana hidup ini boleh berubah 360 darjah!

Mana dengan kerja rumah yang tak akan habis, anak-anak buat perangai dan sebagainya. Sebab itu banyak kita dengar kes ibu kemurungan kini.

Jangan main-main dengan depresi. Segala keletihan, stress, sedih, dan ketidakpedulian boleh membawa kepada depresi.

Betul ke suami isteri bahagia jika begitu?

Sejak akhir-akhir ini, pihak theAsianparent Malaysia telah banyak melaporkan tentang tanda-tanda depresi, mahupun kemurungan selepas bersalin

Semuanya kerana isu ini sering dipandang enteng oleh netizen. Suami isteri bahagia bukan sekadar apabila mereka membahagikan tugas mengikut jantina. 

Apa yang benar-benar boleh membahagiakan seorang suami isteri itu adalah apabila adanya tolak-ansur dan persefahaman di antara satu sama lain.

Apabila adanya keretakan atau tidak puas hati, maka terjadilah kerenggangan dalam hidup suami isteri itu. Bibit-bibit cinta yang dulu melayang-layang, akhirnya jatuh ke tanah. 

Suami, luangkan sedikit masa dengan isteri anda

Sebab itulah pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah sendiri menggalakkan suami untuk meluangkan sedikit masa dan jangan malu nak “berkepit” dengan isteri dan anak-anak.

Lebih-lebih lagi buat isteri yang duduk di rumah 24/7. Anda tiada di rumah, jadi anda tidak tahu bagaimana isteri itu boleh “gila” menguruskan rumah tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang dia inginkan hanyalah sedikit masa dan pelukan dari anda. Cukuplah jika anda “berkepit” dengannya selepas balik kerja.

Tolong mandikan anak, ataupun tolong menghidang makanan di atas meja. Semua itu saja sudah mencukupi!

Suami isteri bahagia apabila saling memahami dan bertolak ansur

Nescaya, suami isteri bahagia apabila suami dan isteri itu sendiri prihatin dan memahami dengan pasangan.

Dalam memahami dan prihatin terhadap pasangan itu, maksudnya lihatlah jika ada tanda-tanda bahaya dalam perlakuan mereka dan keraplah manjakan pasangan anda.

Lagipun, bukankah kalian berkahwin dan berjanji untuk sama-sama mengharungi cabaran dan dugaan dunia? Ini antara perkara yang anda boleh buat untuk menjaga hubungan kalian:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Salam, cium tangan dan peluk pasangan anda – sama ada selepas balik dari kerja atau pada bila-bila masa
  • Jangan malu untuk mandi bersama pasangan, perkara itu adalah sunnah dalam Islam. Mana tahu ia akan menghasilkan hubungan ranjang panas yang mampu membahagiakan lagi hubungan kalian?
  • Jangan malu kentut depan pasangan – hubungan yang sihat adalah hubungan yang telus dan penuh kepercayaan
  • Tidur di bawah ketiak suami dan peluk pasangan seeratnya

Janganlah anda sesekali melakukan perkara yang memudaratkan ini:

  • Menjatuhkan hukum “neraka” atau “haram” tertentu kepada pasangan (itu adalah kerja Allah SWT)
  • Membandingkan hidup anda dengan orang lain
  • Memberi komen yang berbentuk sarkastik kepada pasangan mahupun orang lain

Semoga perkongsian ini berguna. Jom tag husband, bolehlah dia tahu apa isi hati kita ini!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Mingguan Wanita

Kredit gambar: Green Clean Phoenix

Baca juga:

https://my.theasianparent.comisteri-selalu-marah/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris