X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kalau Nak Cinta Terus Melekat, Kuat, Padat, Suami Isteri Kena Lakukan 10 Perkara Ini!

4 min bacaan
Kalau Nak Cinta Terus Melekat, Kuat, Padat, Suami Isteri Kena Lakukan 10 Perkara Ini!

Hubungan suami istri bahagia memang didambakan semua pasangan berkahwin, namun semua itu perlukan 'effort' jadi jom semak tips ini, no.3 WAJIB buat!

Bagi pasangan yang baru berkahwin, baca tips ini sebagai panduan melayari bahtera yang baru bermula. Bagi ‘pengantin lama’ pula boleh rujuk semula, kerana kebanyakannya mungkin anda pernah buat dulu tapi lama-lama ‘terlupa’ nak buat. Jadi jom kita refresh balik untuk hubungan suami istri bahagia!

#1. Suami istri bahagia: Cium tangan suami

suami istri bahagia

Foto: iStock

Biasakan setiap kali nak pergi kerja, ciumlah tangan suami dan suami pula kena cium dahi isteri. Setiap tindakan ini mampu merangsang hormon tertentu dalam badan yang membuatkan pasangan semakin sayang dan erat.

#2. Suami istri bahagia: Sentiasa ungkapkan ‘I love you’ 

Kalau yang dah berkahwin lama mesti dah kurang lafaz ayat ini kan? Jangan begitu, ia sepatutnya dibiasakan. Kalau nak lebih mudah setiap kali anda minta tolong pasangan katakan thank you, love you. Mudah kan? Kata-kata ini adalah penguat dalam hubungan. Kalau dah biasa cakap rasa macam kekurangan sesuatu bila sekali tak lafazkan. Hebat bukan?

#3. Suami istri bahagia: Makan bersama

Kalau dah ada anak-anak memang susah sikit nak dapat peluang makan bersama. Jadi kena sentiasa cari peluang dan masa untuk makan bersama-sama. Apabila makan bersama di situlah semua cerita keluar, bergurau senda, berkongsi juadah sambil bersuap-suap kan romantik tu. 

#4. Berkongsi cerita selepas balik kerja

Balik dari pejabat janganlah bermasam muka macam nak tunjuk siapa lagi stress bekerja. Kena terus lemparkan senyuman, kalau ada benda yang menganggu anda di pejabat, barulah cerita kemudian. Tapi bila bertemu tu senyuman jangan lupa. Tak susah pun. 

#5. Jangan bergaduh sampai bawa ke bilik tidur

Hubungan suami istri bahagia memang didambakan semua pasangan berkahwin, namun semua itu perlukan effort jadi jom semak tips ini, no.3 WAJIB buat!

Foto: iStock

Kalau bergaduh dalam rumah tangga memang normal, yang tak normal tu kalau berlarutan berminggu-minggu, sampai nak tidur pun bermasam muka. Jangan begitu, kalau pernah buat jangan biasakan. Ia akan memberi satu tenaga yang negatif dalam perkahwinan anda. Jika tidak berpuas hati kenalah cakap dan bincangkan. Satu masalah orang lelaki ni bila isteri nak luahkan sesuatu mulalah dia mengeluh macam ‘apa lagi yang bini aku tak puas hati ni’. Eh, hello cik abang, kira beruntung kalau isteri tu nak bagi tahu apa yang terbuku dalam hati dia. Kebanyakan perempuan bagi silent treatment je tau. Dengan siapa lagi dia nak cerita kalau bukan suami sendiri? Takkan suami orang pula? 

#6. Kejutan

Misalnya menghadiahi isteri sejambak bunga atau dompet idaman kepada suami. Cara ini mempunyai pengaruh cukup besar untuk menyemai rasa cinta dan sayang.

Apatah lagi jika diberi pada waktu tepat dan hadiah yang sesuai. Saiz atau harga bukan ukuran. Paling utama dapat menzahirkan kasih juga cinta anda sebagai pasangan suami isteri. Boleh juga bawa pasangan bercuti ke tempat yang ingin dia pergi. 

Ada isteri yang bukan hadiah mahal-mahal dimahukan tetapi cukuplah sekadar ia memenuhi keperluannya. Kreatiflah dalam mengenal pasangan masing-masing. 

#7. Jaga penampilan diri

Kata orang tua-tua, dari mata turun ke hati. Jaga penampilan diri ketika bersama pasangan. Sesekali, tampil bergaya istimewa dan ajak pasangan keluar berdua.

Bawa pasangan menonton wayang, persembahan teater atau konsert atau makan malam di restoran yang pertama kali dikunjungi bersama di awal perkenalan dahulu. 

Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk anda tidak boleh keluar berdua-duaan. Jika terlalu sibuk, ambillah cuti dan cuba luangkan masa bersama.

#8. Solat berjemaah

Hubungan suami istri bahagia memang didambakan semua pasangan berkahwin, namun semua itu perlukan effort jadi jom semak tips ini, no.3 WAJIB buat!

Foto: iStock

Jadikan permulaan hari dan pengakhiran hari anda dengan solat berjemaah bersama. Jadikan ia rutin. Percayalah hubungan yang sentiasa mengingatiNya akan dirahmati selalu dan dipermudahkan segalanya. Solat subuh dan maghrib antara yang selalu dilakukan bersama kerana waktu itu adalah afdal untuk berjemaah bersama suami isteri. Cuba lakukannya dan lihat perbezaannya nanti. 

#9. Jangan tidur berasingan

Tak kira gaduh macam mana pun janganlah tidur berasingan dengan pasangan. Kadang-kadang isteri yang suruh suami tidur luar, tapi dia tak bermaksud pun. Bagi ruang dan sedikit masa, kemudian masuk balik bilik tidur dan peluklah isteri. Romantik pula. 

#10. Bila ada anak, jangan abaikan pasangan

Ini peringatan untuk penulis juga, dulu belum ada anak bukan main beria nak masak untuk suami, nak gosok baju suami, pilihkan baju suami bila nak keluar. Tapi bila mula ada anak, semua fokus tu pada anak saja. Makanan untuk anak bukan main beria masak, bila makan untuk suami, order atau beli sajalah di luar. Baju suami pun pandai-pandailah dia uruskan sendiri. Layanlah suami seperti mana anda layan waktu awal-awal berkahwin dulu, ingat besar pahalanya. Bukan anak je yang penting untuk dilayan. Layan sama rata barulah suami istri bahagia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pengantin 

Baca juga: Tips Murah Rezeki, Isteri Kena Tidur Bawah Ketiak Suami

Stories Rakan Kongsi
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
Jom Lihat Bagaimana Ibu Bapa Asia Mengajar Anak-Anak Tentang Wang
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
10 Nilai Hidup dan Pembelajaran Yang Patut Ibu Ayah Didik Pada Anak SEBELUM Umur Mereka 10 Tahun
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Kalau Nak Cinta Terus Melekat, Kuat, Padat, Suami Isteri Kena Lakukan 10 Perkara Ini!
Kongsikan:
  • Jom Masak Sotong Padprik Untuk Buka Puasa! Jika Anda Hamil Ia Bagus Untuk Kawal Gula Dalam Darah

    Jom Masak Sotong Padprik Untuk Buka Puasa! Jika Anda Hamil Ia Bagus Untuk Kawal Gula Dalam Darah

  • Tips Rumah Tangga Mengikut Pengalaman Pembaca The Asian Parent! Jom Semak Mungkin Anda Punya Tersenarai

    Tips Rumah Tangga Mengikut Pengalaman Pembaca The Asian Parent! Jom Semak Mungkin Anda Punya Tersenarai

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Jom Masak Sotong Padprik Untuk Buka Puasa! Jika Anda Hamil Ia Bagus Untuk Kawal Gula Dalam Darah

    Jom Masak Sotong Padprik Untuk Buka Puasa! Jika Anda Hamil Ia Bagus Untuk Kawal Gula Dalam Darah

  • Tips Rumah Tangga Mengikut Pengalaman Pembaca The Asian Parent! Jom Semak Mungkin Anda Punya Tersenarai

    Tips Rumah Tangga Mengikut Pengalaman Pembaca The Asian Parent! Jom Semak Mungkin Anda Punya Tersenarai

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.