Bapa Berdepan 104 Pertuduhan Liwat Isteri & Cabul 3 Orang Anak Perempuannya!

Bapa sepatutnya melindungi anak, tapi lain pula jadinya bila seorang lelaki sanggup liwat isteri dan cabul anak kandungnya sendiri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami jahat! Itu yang boleh digambarkan kepada seorang lelaki selepas dia didakwa oleh Mahkamah Seksyen Kuala Kangsar atas 104 pertuduhan seks luar tabii.

Lelaki berusia 42 tahun yang juga merupakan pemandu lori itu telah meliwat isterinya berulang kali sejak Mac hingga Jun yang lalu. 

Sementara itu, isterinya yang berumur 37 tahun dilaporkan telah diliwat hampir satu ke tiga kali setiap hari bermula 1 Mac hingga 3 Jun pada jam 12.30 malam sehingga 11.30 malam.

Tak dapat nak bayangkan bagaimana terseksanya batin isterinya itu apabila tergamak suami yang dinikahi memperlakukan sedemikian rupa.

Apa yang pastinya, perlakuannya itu tidak direlakan oleh isteri.

Suami jahat turut mencabul tiga anak perempuan

Lebih memalukan, lelaki terbabit turut mencabul tiga anak perempuannya yang masing-masing berumur 12, 10 dan lima tahun. Allah, kesiannya mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi keseluruhan pertuduhan yang dihadapi, lelaki itu langsung tidak mahu mengaku bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan mahkamah.

Tertuduh turut mengatakan alasan bahawa dia tidak tinggal bersama isteri dan anak-anaknya serta masih dalam proses perceraian. Malah turut memberitahu hanya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM1000 sebulan. 

Sikap suami jahat yang tak layak bergelar suami! 

  • Sepanjang pertunangan, tidak pernah ajak berbincang cara nak membentuk keluarga solehah. Malah tidak boleh bimbing soal agama.
  • Malam pertama bergaduh dengan keluarga isteri kerana wang hantaran dan mas kahwin.
  • Segala persiapan perkahwinan semuanya duit isteri.
  • Belanja rumah semua duit isteri tidak kira belanja barang dapur, susu anak, pampers anak dan sebagainya.
  • Suami minta anak ramai dan tidak benarkan isteri makan pil perancang.
  • Malas menjaga anak semuanya tugas isteri. Anak menangis sikit pun tak ambil peduli.
  • Tidak pernah mengajar isteri untuk sembahyang, membaca Al-Quran dan sebagainya.
  • Suami tetap mahu bersetubuh ketika isteri datang bulan. Jika tidak dituruti mesti nak cari perempuan lain.
  • Dipukul suami ketika masih mengandung
  • Suami tidak pernah azan dan iqamatkan anak sebaik sahaja dilahirkan
  • Suami tidak mengaku anak yang dilahirkan adalah zuriatnya.
  • Selalu memaki hamun isteri tanpa belas kasihan.
  • Suami ‘gila’ beli nombor ekor. Pendek kata dia seorang kaki judi.
  • Panas baran dan cepat marah. Isteri buat silap sikit mula naik tangan

Pegang untuk bergurau pun boleh dianggap kesalahan cabul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda, perbuatan yang dianggap suka-suka untuk bergurau juga boleh didakwa atas tuduhan mencabul? Tidak kira, kawan baik, kawan baru kenal ataupun orang disekeliling anda. Jika berlaku, segera buat aduan di balai polis yang terdekat.

Jika orang yang anda sentuh itu berumur bawah 18 tahun, ia terletak dalam Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat.

Menurut Asp Radhiah Mamat, 36 ramai mangsa cabul suka mendiamkan diri dan ia tentunya membawa kepada kerugian kerana suspek pasti mencari mangsa yang lain seterusnya jenayah ini tidak dapat dibendung lagi.

Antara lokasi yang biasanya menjadi pencabulan ini seperti LRT, bas, komuter, pusat membeli belah, sekolah, tempat kerja, tandas awam dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa nak buat kalau kena cabul?

Jika kejadian berlaku di tempat awam, mangsa boleh menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian masyarakat. Jika sempat, ambil gambarnya dan datang ke balai untuk membuat laporan.

Manakala jika berlaku di pejabat, suspek akan diminta tampil ke balai sementara di sekolah atau asrama pula laporkan kejadian tersebut pada guru yang bertugas.

Sementara itu, menurut Inspektor Nurul Akma ramai orang tak sedar perbuatan menepuk bahu, menyentuh payudara, meramas punggung dan memeluk dari belakang itu walaupun hanya untuk gurauan tetapi mendatangkan ketidakselesaan pada individu tersebut lalu mereka membuat laporan polis maka pihaknya akan menjalankan siasatan. 

Justeru, jangan sewenangnya nak sentuh tubuh orang lain hingga menimbulkan ketidakselesaan pada mereka kerana anda boleh didakwa atas pertuduhan yang sama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

*******

Walau bagaimanapun,  diharap isteri dan anak-anak suspek mendapat pembelaan yang sewajarnya dan dapat hidup dengan lebih tenang seperti mana keluarga yang lain. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Says Seismik, Wujud, Remaja

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga:

Walaupun Di Mekah, Bapa KEJI Ini Sanggup Rogol & Liwat Anak 623 Kali!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan