Dunia semakin maju, namun masih ramai masyarakat masih dalam ‘kemunduran’ sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar kawalan. Pelbagai kisah suami kejam dari seluruh negara dilaporkan berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri dan juga orang luar.
Bagi setiap wanita mendirikan rumah tangga, pasti akan meletakkan harapan tinggi agar lelaki yang dipilih sebagai suami dan ayah kepada anak-anak mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Kisah suami kejam belah perut isteri mengandung
Tular kisah suami kejam beberapa hari lalu yang dilaporkan tergamak bertindak luar kawalan dan membelah perut isterinya sarat hamil. Dia adalah bapa kepada lima anak melakukannya semata-mata ingin mengetahui jantina bayi dalam kandungan isteri.
Kedua-dua ibu ayah mangsa telah tampil membuat laporan polis berhubung kekejaman menantunya yang dikenali sebagai Panalal. Kejadian ini terjadi di kampung Nekpur, negeri Uttar Pradesh di utara India.
Menerusi laporan Times of India, suspek berkenaan berusia 34 tahun telah membelah perut isterinya menggunakan sabit setelah dia mengetahui anak yang dikandung tersebut adalah perempuan.
Polis berkata, dia mengalami tekanan jiwa kerana sudah memiliki 5 orang anak perempuan dan sangat menginginkan cahaya mata lelaki sebagai pewarisnya. Lebih memburukkan keadaan, dia mempercayai ramalan oleh beberapa orang paderi yang mengatakan kandungan berkenaan adalah bayi perempuan.
Pernah paksa isteri gugurkan janin
Tidak cukup dengan itu, dia turut dikatakan telah memaksa isteri menggugurkan anak selepas merasakan benar-benar yakin ia adalah anak perempuan. Menurut saksi, abang iparnya selalu naik tangan terhadap kakak apabila dia melahirkan 5 orang perempuan.
Ibu ayah mereka pernah masuk campur dalam konflik rumah tangga ini, namun sama sekali tidak menyangka yang dia akan bertindak sedemikian. Ia adalah kejadian hitam dan kelihatan tompokan darah dimana-mana sahaja.
Mangsa kini kritikal dan dirawat di salah sebuah hospital tempatan.
”Mangsa menerima rawatan hospital berdekatan dan berada dalam keadaan kritikal kerana telah mengalami kecederaan yang serius seperti kerosakan organ dan pendarahan,” jelas Supritendan Pravin Singh Chauhan kepada pihak media tempatan.
Lelaki berkenaan telah berjaya ditangkap di bawah Seksyen 307 kerana cubaan membunuh.
Menurut pihak berkuasa, kes seperti ini adalah kerap berlaku di India. Masyarakat kebiasaannya merendahkan martabat anak perempuan dan dianggap hanya membebankan keluarga. Malah mereka lebih menghargai anak lelaki.
Keistimewaan suami isteri yang memiliki semua anak perempuan
Bila keluar anak sulung perempuan, kedua dan ketiga pun sama perempuan. Tentu sekali anda dan pasangan meletakkan harapan besar agar kelahiran seterusnya adalah lelaki.
Namun siapa juga anda untuk menentukan setiap jantina kelahiran? Ia berkait dengan rezeki dan ketentuan Tuhan, usahlah berasa tertekan. Ini keistimewaan yang wajib anda tahu sekiranya dianugerahkan kesemua anak jantina perempuan:
#1. Ibu ayah yang menggembirakan anak perempuan, darjatnya adalah seperti orang sentiasa menangis kerana takut akan Allah. Orang yang takut padaNya, tubuh mereka akan diharamkan dari api neraka.
#2. Doa anak perempuan lebih makbul berbanding anak lelaki. Hal ini kerana sifat penyayangnya adalah lebih kuat daripada lelaki. Bayangkan kesemua anak perempuan anda setiap hari mendoakan kebaikan ibu ayahnya.
#3. Ketika seseorang wanita mengandung janin dalam rahim, para malaikat akan beristighfar untuknya.
#4. Apabila ibu ayah menerima ujian yang melibatkan anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik dengannya, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api neraka.
#5. Memiliki 3 orang anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 perempuan atau 2 saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan, mendidik mereka dengan penuh takwa dan bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
#6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak yang sedang sakit, maka Allah akan memberikan ganjaran seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
#7. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, maka keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
#8. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: