Suami Main Kayu Tiga Dimaafkan, Tapi Kemaluan Perempuan Simpanan Disumbat Cili!

Akibat terlampau marah dengan penipuan suami yang curang di belakangnya, wanita hamil ini dengan berani menyerang wanita simpanan itu dengan memasukkan cili mata burung ke dalam farajnya...

Istilah suami main kayu tiga sering kali digunakan bagi menggambarkan suami yang curang dan tidak setia dengan isteri. Pendek kata, suami yang bersikap sebegini memang sukar untuk dipercayai! 

Semestinya penipuan pada pasangan atau isteri adalah sesuatu yang susah untuk diterima terutama apabila suami main kayu tiga di belakang isteri. Sesiapa yang mengalaminya juga tentunya rasa marah dan kecewa bila pasangan tidak jujur.

Walau bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh wanita ini mungkin sedikit melampau dan kejam! 

Suami main kayu tiga, isteri serang perempuan simpanan di bilik hotel 

Baru-baru ini, seorang wanita hamil mendapati suaminya “bersama” dengan wanita lain di bilik hotel. Akibat terlampau marah kerana ditipu suami, isteri ini memasukkan cili panas ke bahagian alat sulit perempuan simpanan itu

Menurut laporan Daily Mail, wanita berkenaan bernama Ly Chanel, 23 berasal dari Vietnam curiga dengan suaminya, Chien Keo, 24 yang selalu hilang selama berjam-jam. 

Ly dan empat rakannya memutuskan untuk mengikuti Chien secara senyap-senyap di suatu malam dan mendapati dia menuju ke sebuah hotel bersama seorang wanita. 

Letak cili dalam faraj wanita simpanan suami 

Ketika berjaya masuk ke bilik hotel itu, Ly memakai sarung tangan getah dan menanggalkan seluar dalam perempuan simpanan itu lalu membuka beg sandang yang telah dipenuhi cili merah dan memasukkan cili itu ke dalam faraj wanita berkenaan. 

Wanita itu kemudiannya mengadu sakit. Sementara itu, Ly dan rakan-rakannya merakam beberapa keping gambar. 

Kalau anda nak tahu, cili mata burung itu dilaporkan mempunyai skor 200,000 scovilles yang EMPAT KALI lebih pedas dan kecil berbanding cili biasa yang selalu kita makan!

Ly terima kecaman netizen 

Selepas memaparkan gambar tersebut dalam laman media sosial, wanita ini menerima tindak balas yang negatif kerana menyerang wanita itu dengan kejam dan kenapa tidak berbuat yang sama kepada suami yang tidak setia itu? 

Isteri yang hamil tiga bulan itu memberitahu pihak media, bagaimana lelaki yang bersikap sedemikian boleh menjaga isterinya jika selalu menipu dan wanita itu juga telah memusnahkan sebuah keluarga.

“Semua wanita mungkin boleh memaafkan perbuatan suami tetapi untuk lupa mungkin tidak sama sekali. Saya berharap perempuan itu dapat belajar sesuatu daripada insiden ini. Mungkin ramai membenci saya sekarang tetapi hidup ini tidak boleh menggembirakan semua orang. Walaubagaimanapun, saya berkongsi kebenaran dan tidak bercakap buruk tentang orang.”

Dia juga telah memuat naik foto diri dan suaminya selepas peristiwa yang mengerikan itu! 

Rupa-rupanya, polis tidak menerima sebarang laporan yang dibuat terhadap Ly dari mangsa. Namun sekiranya mangsa membuat laporan, Ly boleh didenda antara RM390 hingga RM 556 kerana menyebabkan kecederaan. 

Apapun, perbuatan ini adalah sesuatu yang dahsyat yang berani dilakukan oleh seorang isteri. 

Walau apa jua alasan, suami dan wanita itu harus dipersalahkan bersama bukannya salah satu pihak saja terutama jika wanita itu tahu yang dia keluar bersama itu adalah suami orang! 

Namun, jika ini terjadi kepada anda, sila ambil langkah yang lebih bijak dengan membawa berbincang bersama suami. Manakala suami pula jangan main pusing-pusing cerita ya! Nak kena cili ke? 

Cara menangani suami curang 

  • Bawa berbincang dari hati ke hati. 
  • Jangan terlalu memaksa untuk suami mengakui kesilapan yang dilakukan.
  • Jangan simpan dendam kerana ia boleh menambahkan kebencian suami
  • Jangan hina suami terutama bila dia pernah susah suatu ketika dahulu.
  • Cuba mengenali siapakah perempuan simpanan suami itu.
  • Jangan serang orang ketiga tapi berbincang dengan cara baik
  • Sentiasa kuatkan mental dan fizikal dalam menghadapi masalah rumahtangga.
  • Luangkan masa dengan anak-anak jangan sampai mereka terabai dek masalah kalian itu.
  • Jaga hubungan dengan Allah dan minta petunjuk ke arah jalan yang terbaik
  • Berpisah cara baik jika itu yang terbaik. 

Semoga kita sama-sama mengambil insiden ini sebagai pengajaran. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: World Of BuzzSirap Limau

Baca juga

Lelaki suka curang dengan jenis wanita yang bagaimana?