Isteri, ini 5 faktor yang buat suami anda mandul - no 4 paling ramai suami buat!

Jika anda sedang cuba untuk dapatkan anak, anda perlu pastikan suami anda elak dari 5 faktor yang boleh buat suami mandul ini.

Bila bercakap tentang mandul, biasanya ramai yang menunding jari pada wanita. Tapi, lelaki juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan ini.

Hari ini, mari kita ketahui apa faktor yang boleh menyebabkan suami mandul atau tidak subur.

Menurut Pengarah Perubatan KL Fertility Centre, Dr Prashant Narkani, satu per tiga dari kes ketidaksuburan adalah berpunca dari lelaki!

Jadi, para suami kena hati-hati kerana lima faktor ini boleh buat anda mandul!

5 faktor yang menyebabkan suami mandul atau tidak subur

1. Umur

Biasanya, impak umur wanita sering dikaitkan dengan kesuburan dan lelaki dikatakan boleh berkahwin bila-bila masa kerana mereka boleh menghasilkan sperma sepanjang hayat mereka.

Tapi, apa yang anda tak tahu, kualiti sperma akan berkurangan seiring dengan usia.

Seperti wanita berumur, lelaki yang berumur juga membawa kepada risiko tinggi keguguran. Risiko keguguran adalah dua kali lebih tinggi untuk wanita yang mempunyai suami berusia 45 tahun ke atas berbanding suami berusia bawah 25 tahun.

Jadi, jangan tunggu lama-lama!

2. Haba

Menaikkan suhu badan, lebih-lebih lagi pada bahagian buah zakar boleh menyebabkan pengurangan penghasilan sperma.

Walaupun ini hanyalah kesan sementara, jika anda sedang cuba untuk mendapatkan anak, ianya adalah lebih baik jika anda mengekalkan suhu badan anda secara konsisten.

Ini bermakna, elakkan dari mandi di kolam air panas, sauna atau mandi air panas serta jauhkan barangan elektronik seperti laptop dari paha.

3. Sukan

Kekal aktif adalah perkara yang baik untuk kesihatan anda.

Tapi, dipukul atau ditendang pada buah zakar atau meluangkan masa yang banyak di atas basikal boleh beri kesan pada kesuburan suami anda. Jadi, pastikan suami anda memakai pakaian yang boleh melindungi zakar mereka semasa bersukan.

4. Rokok, dadah dan alkohol

Kenyataannya, merokok, mengambil dadah dan alkohol memang akan menjejaskan kesihatan. Tapi adakah anda tahu yang ia juga boleh beri kesan pada kesuburan anda?

Rokok dan dadah boleh memberi kesan pada DNA dalam sperma dan alkohol boleh menyebabkan mati pucuk, kekurangan libido dan memberi kesan pada kualiti sperma.

5. Berat

Mempunyai berat badan yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesuburan suami anda.

Jika anda sedang cuba untuk mendapatkan anak, makan makanan yang sihat dan bersenam adalah perkara yang anda patut lakukan.

Sekarang anda dah ketahui faktor yang boleh buat suami mandul, jadi ini adalah masanya untuk anda beritahu suami anda dan tingkatkan peratusan untuk mendapat anak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: medibank, MyMetro

Baca juga:

Penulis

Nadia Ghafar