"Sejak PKP Suami Suka Meliwat", Pengajaran Buat Isteri-Isteri, Jangan Biar Diri Jadi Mangsa

Meliwat isteri adalah haram walaupun sudah berkahwin, bagi isteri yang perlu melayan 'kerenah' suami yang diluar tabii ini, anda perlu membuat aduan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak dunia dilanda pandemik dan kita dinasihatkan untuk kekal duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka semakin banyak kisah-kisah yang tidak enak untuk didengari. 

Manusia bagai hilang arah, dengan tiada pekerjaan, otak buntu tidak dapat lihat dunia luar, emosi bercelaru disusuli dengan kes bunuh diri yang meningkat mendadak apatah lagi kes-kes penderaan  rumah tangga.

Dan apa yang lebih mengejutkan, ada suami mula ‘explore’ cara baru untuk bermesra dengan isteri. Kalau cara tu selamat dan halal tak mengapalah. Ini sampai nak masuk belakang, itu Nabi tak mengaku umat namanya.

Liwat ini bukan saja dikenali dikalangan hubungan sejenis. Ia juga dilakukan bagi pasangan lelaki dan perempuan, namun bukanlah yang beragama Islam. Kerana ternyata ianya haram!

Berikut adalah beberapa luahan para isteri mengenai suami yang punyai keinginan seks luar tabii ini.

Isteri mengadu suami suka meliwat

Foto: Mynewshub

“Akhir-akhir ini, tindakan suami sangat menjelikkan. Dia selalu minta saya melayaninya melalui ‘jalan belakang’. Kami sudah lebih sembilan tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak.

Sejujurnya, dia seorang suami dan bapa yang sangat baik. Saya tidak tahu bagaimana untuk menolak permintaan terkutuknya itu. Pernah saya menangis memberitahu tindakannya itu dilaknat Allah SWT.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah juga dia katakan, itu yang terakhir dan tidak akan minta lagi. Sebaliknya, perkara itu sudah beberapa kali berlaku. Saya tidak pasti bagaimana dia boleh terjebak dengan pelakuan seperti itu. Saya juga sangat bimbang apabila keinginannya tidak dilayan, dia akan mencari keseronokan di luar bersama pasangan sejenis atau terbabit dengan pelacuran.

Sekiranya saya laporkan kes seumpama ini kepada pihak berkuasa, adakah suami akan dikenakan tindakan?”

Menurut laporan Harian Metro, pertanyaan ini diajukan oleh seorang isteri yang serba salah untuk menuruti permintaan suami yang jelik ini. 

Meliwat hukumnya haram walaupun suami isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Keluarga

Sudah ternyata hukum suami meliwat isteri adalah berdosa besar dan Allah SWT melaknat perbuatan itu. Banyak dalil al-Quran dan hadis menyatakan hukum meliwat isteri. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi daripada memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.” (Riwayat an-Nasai)

Tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri melakukan hubungan seks dengan pelbagai posisi atau teknik, tetapi suami mesti halakan zakarnya ke faraj isteri. Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri, duduk atau meniarap (suami menindih perempuan yang meniarap di lantai) selagi tempat masuk zakar adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isteri adalah tempat suami bersuka dan berkasih sayang. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuinya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Pasangan yang melakukan liwat akan ditarik nikmat jimak di faraj. Mereka yang suka meliwat juga akan ditutup pintu hatinya dan akan terus melakukan liwat dengan lebih teruk.

Mereka mudah dijangkiti penyakit seperti AIDS dan penyakit kelamin. Perbuatan liwat juga sangat kotor kerana melakukan hubungan melalui dubur yang jelas itu adalah saluran keluarnya najis.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Luth tatkata ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu.” (Surah al-Ankabut, ayat 28)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri WAJIB tolak permintaan suami, dan tidak jatuh DOSA

Foto: Detik

Sebagai isteri, adalah wajib menolak permintaan suami untuk mengadakan hubungan seks melalui dubur. Isteri wajib menegur atau menasihati suaminya yang mempunyai keinginan seks di luar tabii itu.

Isteri tidak dikatakan derhaka kerana sudah mencegah kemungkaran yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Jika suami masih ingkar dan marah sehingga terjadinya pergaduhan, puan boleh membuat aduan ke jabatan agama berdekatan berhubung masalah itu.

Tindakan akan diambil terhadap suami dengan cara memberikan kaunseling dan tindakan lain yang sepatutnya. Itu tindakan paling berhemah demi menyelamatkan suami selain memastikan kerukunan rumah tangga terpelihara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri perlu menasihati suami untuk bertaubat selain menjauhkan diri daripada menonton filem lucah kerana musuh Islam sentiasa berusaha menyesatkan umat Islam.

Sekiranya ada dikalangan anda yang merasakan diri dianiaya secara seksual, anda boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Keganasan Rumah tangga serta membuat laporan polis.

Sumber: Harian Metro 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Psst Ini Tips Nak Mengeratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks