Selepas suami meninggal angkara covid-19, isterinya terjumpa nota yang bertulis ucapan terima kasih daripada suami lantas meruntun jiwa setelah membacanya.
“Saya sangat menyayangi kalian sepenuh hati dan anda telah memberikan saya kehidupan yang terbaik yang tidak pernah saya minta” tulisnya.
Ini nota selamat tinggal yang dijumpai seorang wanita di telefon suaminya yang telah meninggal dunia akibat corona virus pada hari sabtu yang lalu.
Menurut isteri pesakit, suaminya Janothan Caelho, 32 meninggal dunia pada tanggal 22 April selepas dijangkiti corona virus selepas 28 hari berada di dalam wad hospital dan 20 hari di ventilator.
Kini, tinggallah isteri Jonathan bersama dua anak mereka tanpa dirinya lagi di sisi. Malah dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat reaksi anak-anaknya.
“Anak-anak tahu, mereka sudah kehilangan ayah yang merupakan seorang insan hebat. Tapi kini semuanya menjadi kenangan dan mereka hanya boleh melihat ayah menerusi gambar dan video yang ditinggalkan,” katanya menahan sebak.
Keadaan sudah bertambah baik
Sebelum diberitahu meninggal dunia, Jonathan menurut doktor berada dalam keadaan baik dan membawanya keluar ke wad biasa.
Namun pada awal pagi, Katie menerima panggilan telefon daripada seorang jururawat di Hospital Danbury Connecticut dan menerangkan situasi yang berlaku.
Semasa tiba di hospital, Jonathan disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh gejala covid-19.
Lebih menghibakan perasaan, Katie tidak dapat menatap kembali wajah suami yang tercinta dan tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal.
Apatah lagi, jika seseorang itu meninggal gara-gara covid-19 tiada seorang waris pun yang boleh menuntut mayat kerana semuanya perlu dikendalikan oleh kakitangan hospital.
Namun, walaupun perpisahan yang berlaku itu cukup menyakitkan, namun Jonathan telah meninggalkan sesuatu yang istimewa dan dijumpai sendiri oleh Katie di dalam telefon bimbit suaminya.
Tidak lupa suami meninggal
“Saya pergi ke biliknya dan berbaring di atas katil yang selalu dia gunakan setiap hari. Saya berasa damai di situ dan dalam masa yang sama tetap sedih kerana sudah ketiadaan suami di sisi.
“Sambil itu saya terus membuka telefon bimbit suami dan melihat gambar serta nota yang ditinggalkan. Dari situ saya terjumpa nota selamat tinggal itu, ” katanya menahan sedih.
Ini apa yang ditulis Jonathan lagi
“Saya sangat beruntung menjadi suami dan ayah buat Braedyn dan Penny. Katie, kamu adalah seorang wanita yang sungguh penyayang dan paling indah yang pernah aku temui.
“Pastikan selepas ketiadaan ku ini, kamu menjalani kehidupan dengan sepenuh kebahagiaan dan semangat yang sama seperti mana mula-mula aku jatuh cinta.
“Melihatmu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak adalah perkara yang paling hebat yang pernah aku alami,”. tulisnya.
Terdahulu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata yang berumur 2 tahun dan 10 bulan.
Namun anak sulung mereka yang diberi nama Braedyn dilahirkan dengan beberapa masalah kesihatan termasuklah Cerebral Palsy.
Meskipun itu, mengingat kembali saat pertama kali mencuba menjadi pasangan ibu dan ayah, Katie pernah mengalami keguguran dan menjalani IVF sebelum dirinya hamil.
Lebih menyedihkan, sewaktu Braedyn dilahirkan doktor memberitahu anak mereka hanya dapat bertahan setahun atau beberapa minggu sahaja.
Namun berkat kesungguhan Katie menjaga dan mengasuh anaknya, akhirnya Braedyn sentiasa sihat setiap hari.
Atas sebab faktor kesihatan anak mereka, keluarga ini sentiasa memastikan mereka duduk di rumah bagi mengurangkan pendedahan dengan virus tersebut.
Namun begitu, Jonathan perlu kerluar bekerja dan dari situlah dia dijangkiti dengan covid-19 selepas bersentuhan dengan pesakit yang positif.
Kemudian pada 25 Mac, Jonathan disahkan positif covid-19 dan dimasukkan ke hospital sehari kemudian setelah mula mengalami gejala seperti sakit kepala, batuk, sakit perut dan hilang deria rasa.
Katie turut menulis di halaman Facebook bagaimana kesakitkan kehilangan suami cukup menghancurkan hati. Malah dia tidak tahu bagaimana mahu menjalani hidupnya tanpa suaminya.
Justeru kami berharap Katie terus bangkit dan kuat mengharungi hidup ini serta membesarkan anak dengan sehabis baik walaupun suami meninggal dunia.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Edition CNN
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comnur-amalina-che-bakri
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!