Isu suami minum susu isteri sama ada sengaja atau tidak, sering menjadi persoalan besar di kalangan suami isteri. Apakah sebenarnya hukum suami minum susu isteri?
Malah, ada yang sekadar menganggap mungkin perkara ini dibolehkan, dan tidak memerlukan penerangan yang lebih lanjut. Namun apakah hukum sebenar jika susu si isteri diminum oleh suami?
Islam merupakan agama yang lengkap, di mana Islam mempunyai petunjuk untuk setiap perkara termasuk urusan di bilik tidur suami isteri. Satu hal yang tidak boleh dielak dalam hubungan suami isteri adalah bercumbu sebelum melakukan hubungan.
Suami Minum Susu Isteri Boleh Jadi Saudara Susuan?
Ramai yang maklum wanita yang menyusukan bayi sebanyak 5 kali sehingga kenyang akan menjadi anak susuan kepada wanita tersebut.
Apabila keadaan ini berlaku, si bayi akan serta merta menjadi mahram yang sah kepada wanita tersebut dan tidak dibenarkan berkahwin sama-sekali.
Hal ini menjadi kegusaran buat lelaki yang merupakan suami kepada wanita, kerana ramai yang mengeluarkan pendapat yang sekiranya suami minum susu isteri, perkahwinan mereka akan terbatal! Namun benarkah pendapat ini?
Hukum Suami Minum Susu Isteri: Apa Hukum Suami Menyusu Pada Isteri?
sumber: beritaonline
Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum minum susu isteri adalah makruh sama sekali sekiranya boleh memudaratkan penyusuan bayi.
Ini kerana si bayi itu juga berhak atas susu tersebut kerana susu badan ialah makanan dan minuman yang asalnya dikhususkan untuk bayi, maka jika suami menghabiskannya, ia bererti suami menafikan makanan dan minuman kepada bayi.
Jika tiada secara kemudaratan terhadap bayinya, maka hukumnya adalah harus dan suami itu bukanlah bayi susuan kepada istrinya walaupun dia terminum/tertelan susu isterinya secara dalam botol/gelas atau secara terus.
Agak mustahil untuk suami meminum susu isteri sehingga kenyang. Jadi untuk perkara ini jatuh haram pada suami adalag rendah kebarangkaliannya.
Malah, ikatan perkahwinan antara keduanya tidak akan terbatal, kerana hujah dan dalil penyusuan dari hadith menjelaskan susuan hanyalah terbatas untuk kanak-kanak berusia 2 tahun pertama.
Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin mengatakan:
“Menyusui orang dewasa tidak memberi dampak apapun, karena menyusui seseorang yang menyebabkan adanya hubungan persusuan adalah menyusui sebanyak lima kali atau lebih dan dilakukan di masa anak itu belum usia disapih.
Adapun menyusui orang dewasa tidak memberikan dampak apapun. Oleh karena itu, andaikan ada suami yang minum susu istrinya, maka si suami ini TIDAK kemudian menjadi anak sepersusuannya,” (Fatawa Islamiyah, 3/338)
Dari Ibnu Mas`ud Radhiyallahu ‘anhu diriwayatkan oleh Said bin Manshur dari Hasyim dari Mughiroh dari Ibrahim dari Abdullah, berkata:
“Tidak dikatakan menyusui kecuali pada umur kurang dari dua tahun. ”Ibnu `Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Tidak dikatakan menyusui jika telah genap (umurnya) dua tahun, maka jika telah lebih dari dua tahun tidaklah ada hukum.” (Al-Baihaqi 7/462).
Namun terdapat juga perselisihan pendapat mengenai perkara ini, jadi sebaiknya suami tidak minum susu isteri secara sengaja dan kalau tak sengaja itu janganlah berlebih-lebihan pula ya. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada niat si suami dan asal tidak menjejaskan keperluan bayi. Semoga artikel ini memberi jawapan kepada persoalan anda!
Apakah temujanji terbaik anda dan suami?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: tanya ustaz.net/kaferemaja
Baca juga: Jika Mahu Makin Sihat, Minta Suami Lakukan Perkara Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!