Isteri sangat memerlukan kehadiran dan sokongan suami semasa bersalin. Dan, kajian baru-baru ini telah membuktikan yang suami pegang tangan isteri ketika bersalin boleh mengurangkan rasa sakit kontraksi!
Anda pasti tertanya-tanya, mengapa kan? Ha… Apabila suami memegang tangan isteri, isteri akan merasai sokongan dari segi emosional dan ini memberinya lebih ketenangan. Ia juga dapat menunjukkan rasa cinta suami kepada isteri.
Suami pegang tangan isteri bukan sahaja memberi kesan secara emosional, tapi juga fizikal. Sebab itu ia boleh mengurangkan rasa sakit ketika kontraksi!
Suami pegang tangan isteri boleh mengurangkan sakit bersalin
Kajian saintis dari Universiti Colorado menunjukkan sentuhan fizikal dari pasangan mempunyai fungsi yang sama seperti analgesik iaitu dadah yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit.
Kajian yang dikeluarkan oleh Medical Daily dan dipimpin oleh Dr. Pavel Goldstein ini mengatakan,”hasil penelitian menjelaskan kekuatan dan pentingnya sentuhan pasangan.”
Dr. Pavel juga menambah, kajian turut dibuat berdasarkan pengalaman peribadi dengan isterinya sendiri. Ketika isterinya hendak bersalin, Dr. Pavel akan memegang tangannya untuk membantu mengurangkan rasa sakit ketika kontraksi berlaku.
Suami pegang tangan isteri ketika bersalin beri kesan pada penyelarasan otak
Dr. Pavel turut menguji teori ini dengan bantuan saintis lain dari Universiti Haifa. Beliau mengumpulkan 22 pasangan dalam linkungan usia 22-23 tahun. Kajian ini menguji respon otak mereka terhadap sentuhan pasangan semasa sakit.
Suami pegang tangan isteri: Peranan suami semasa isteri bersalin