Sudah terlalu banyak isu pasangan curang, bercerai kerana wujudnya orang ketiga, suami setia macam mana pun kecundang jua jika digoda wanita misteri.
Memang bila dah berumahtangga ni, kadang-kadang ALLAH swt nak uji kesetiaan kita, maka Dia duga perasaan kita dengan hadirnya orang ketiga, suami setia pun boleh tewas!
Seperti satu perkongsian dari Rahsia Perkahwinan di Facebook, cukup ramai suami setia tewas dengan kehadiran orang ketiga. Tanpa disedari yang itu adalah ujian dari Allah swt.
Tak ramai yang mampu lepas dari ujian kesetiaan Allah walaupun suami setia
Dilayani orang ketiga lebih dari yang pertama…
maka kita dah gagal dengan ujian ini, kita dah tak setia pada yang pertama, jika kita memilih untuk setia, ALLAH permudahkan hidup kita…ALLAH bagi ganjarannya…pahala sebab jaga hubungan kita, jaga ikhtilat kita, jaga ‘masjid’ kita..
Sebab yang pertama itulah yang banyak bersusah payah dengan kita…yang pertama itulah yang ada ketika kita dibawah, ketika kita tiada apa2 dan ketika kita bukan siapa2…yang pertama itulah yang dahulunya sumber kekuatan kita…tapi bila kita dah nampak yang ketiga, maka yang pertama dah jadi sejarah…apa dibuatnya semua serba tak kena…diungkit2 kesalahannya, disebut2 kekurangannya…pengorbanannya jadi sia-sia…
Sedangkan dalam kita tak sedar, yang sebenarnya kita dah tewas dan gagal dalam ujian-NYA, kita leka, kita alpa. Itu baru satu, banyak lagi ujian yang bakal kita tempuhi, kalau kita tak mampu nak setia, dua, tiga, empat pun masih tak cukup untuk kita…
Sedarlah wahai sahabat semua…
Apa yang kita suka, belum tentu terbaik untuk kita…
Hargai apa yang kita dah ada, sebelum ianya tiada…
Apa nak buat kalau wujudnya orang ketiga
#1. Terima hakikat
Mahu tidak mahu, suka atau tidak hakikatnya anda sudah dicurangi. Walaupun sakit untuk ditelan, anda perlu move on! Bangkitlah kerana anda berhak untuk bahagia.
Terima ia sebagai satu dugaan untuk menjadikan anda isteri yang lebih baik dan isteri yang lebih sempurna di mata suami. Apa yang penting, transform diri kepada yang lebih baik.
Jika dulu, baju tidur pun berlubang, bersolek apabila keluar saja, berbaju kelawar hingga ke tengah hari di hari minggu. Cuba invest pada diri. Beli baju tidur baru atau buat apa saja yang anda suka untuk membahagiakan anda.
Ingat, kebahagian adalah tanggung jawab anda sendiri bukan orang lain. Biar pun orang lain menyakiti anda, anda punyai kuasa untuk rasa apa yang mahu.
#2. Ambil masa untuk merawat diri
Menangislah sepuas-puasnya. Kemudian fokus dan rawat emosi anda supaya orang di sekeliling tidak terkena tempias kesedihan terutamanya anak-anak.
Sentiasa bercakap dengan kawan-kawan rapat atau keluarga. Dapatkan perkongsian daripada buku-buku motivasi dan kini terdapat banyak kelas motivasi online, ambil inisiatif untuk perbaiki diri dan bermuhasabah.
Wanita yang bijak adalah wanita yang tahu apa yang dia mahu. Wanita yang sanggup berusaha untuk perbaiki diri dengan ilmu.
Fokus kepada merawat hati anda, sayangi diri anda sepenuhnya kerana bila anda mula menyanyagi diri sendiri barulah anda sayangi diri orang lain. Dan beri ruang pada diri sendiri, jangan terlalu memaksa.
Usah bebani diri dengan persoalan “apa salah aku?” Apa yang anda perlu lakukan adalah buat satu senarai apa yang anda mahu lakukan. Cuba sibukkan diri daripada asyik memikirkan musibah yang menimpa. Kita perempuan perlu cari solusi, bukan saling salah menyalahi.
#3. Forgive but never forget
Ya, seperti kata pendakwah, Mufti Menk sentiasalah memaafkan tapi jangan sesekali lupa. Supaya anda tidak jatuh pada kesilapan yang sama.
Jika suami anda pernah curang, sentiasalah berwaspada. Naluri seorang isteri ni kuat, kalau ada yang tidak kena cepat-cepat selesaikan.
Memang ia akan menghantui anda sepanjang hidup, tapi percayalah dengan doa anda hari-hari supaya dipermudahkan, ianya akan bertambah baik mengikut masa.
Kesabaran seorang isteri akan ada habuan yang dijanjikan Allah swt. Percayalah pada apa yang dusah dicaturkan untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Rahsia Perkahwinan, Firdaus Syakirin
Baca juga: Mengapa Sukar Untuk Heret Isu Curang Di Mahkamah? Ini Sebabnya