Suami sibuk dengan hp hingga perkahwinan kami di ambang perceraian!

lead image

Suami sibuk main hp. Isteri pula makan hati kesepian. Kenapa ini boleh berlaku?

Penat seharian di tempat kerja belum habis lagi. Jadi bila dah sampai di rumah mestilah kita nak bermanja dengan suami. TAPI suami sibuk dengan hp dia 24/7 dan buat-buat tak nampak isteri depan mata ini.

Fuh, siapa yang tak angin kan? Bila malam la kita nak bersembang dengan suami, mungkin boleh kongsi apa-apa cerita. Ini tak, si dia asyik duduk pandang skrin hp dia memanjang! Memang bikin panas dan isteri boleh naik hantu!  

Suami, kamu tahu tak sikap sebeginilah yang boleh merobek alam rumah tangga ke lembah kebinasaan dan perceraian? Apakah anda sanggup berpisah dengan isteri dan anak-anak, kemudian menyesal dan menuntut hak penjagaan anak.

Ewah, masa anak ada depan mata tak perdulikan pula! Ikuti luahan seorang isteri ini, anda pasti faham mengapa suami sibuk dengan hp merosakkan rumah tangga sendiri…

suami sibuk dengan hp, suami sibuk main hp, suami curang, suami tak bahagia, tak bahagia dengan suami

Suami sibuk dengan hp, hubungan jadi renggang 

Aku benci dengan cuaca dingin. Sedingin perkahwinanku kini.

Dalam hidupku kini terasa kosong, sepi dan hampa. Jika dulu ada suami yang tidur di sebelahku. Menemani tidur ku saban malam. Tapi kini ia terbiar kosong. 

Aku bersendirian bangun menuju ke bilik tidur. Suami sibuk main hp. Main Wechat, Whatsap, lihat-lihat gambar di Facebook, main game dan macam-macam lagi yang ada dalam hpnya. 

Kami sudah berkahwin hampir 16 tahun. Malah aku sanggup berpindah mengikutnya dari satu negeri ke negeri yang lain. Akhirnya cinta kami semakin bercambah dari masa ke semasa bermula ketika zaman remaja, berkahwin dan kini sudah bergelar suami isteri serta punya anak bersama. 

Tapi kini, semuanya sudah berubah dan aku tidak yakin aku kuat menghadapinya kerana suami sibuk dengan hp malah dia seolah-olah tak boleh hidup tanpa hp. Nampak macam ketagih!

Suami sibuk dengan hp dan sosial media

Bila bangun pagi, benda pertama yang akan dilihatnya adalah HP bukannya isteri mahupun anak. Bahkan ia berlarutan saban hari.

Dia menghabiskan waktu dengan melihat Facebook dan bukannya bersembang denganku atau bermain dengan anak-anak. 

Ketika waktu malam, dia sibuk menonton video berjam-jam tanpa pedulikan kami anak beranak. Malah, sikap buruknya itu tidak berhenti setakat itu malah menurut temannya, dia selalu berbual di telefon ketika bekerja dan ketika sedang memandu kereta.

Lebih bertambah parah, dia menggunakan laman sosial Facebook untuk berbual-bual dengan rakan-rakannya tapi bila berhadapan senyap seribu bahasa.Bukan hanya pada diriku perlakuannya ini tapi dia juga membuat perkara yang sama pada anak perempuan kami.

Hingga anak terpaksa meminta untuk berbual dengannya supaya si ayah memberi perhatian.

“Ayah, janganlah main telefon”. Anak perempuan kami sering meminta ayahnya berbuat demikian tapi tidak diacuh. Tapi sayang, suamiku tidak melihat ini sebagai masalah dan berfikir aku terlalu emosi dan mengada-ngada inginkan perhatian.

Hal ini menyebabkan kami sering bertelingkah dan berselisih faham. Percayalah, ini adalah lebih menyakitkan dan aku dapat rasa ada wanita lain di dalam telefonnya.

suami sibuk dengan hp, suami sibuk main hp, suami curang, suami tak bahagia, tak bahagia dengan suami

kredit: Baizura Bahar

Masalah suami sibuk dengan hp membabitkan ramai pasangan berkahwin 

Kesan-kesan pada seseorang yang terlalu obses telefon…

  • Perkongsian dari kajian yang dilakukan Only You Forever, terdapat 8% pengguna internet sering bergaduh dan bertengkar dek kerana bermain hp dan sering habiskan masa dengan laman sosial.
  • Malah laporan dari Daily Infographic juga menyebut pengguna internet rata-ratanya menggunakan hp sebanyak 110 kali sehari dan 61% dari mereka meletakkan telefon di bawah bantal. 
  • Bahkan, penulis bernama Tristan Harrist beranggapan, manusia terlalu obses dengan hp hingga tidak boleh melepaskannya walau seminit. Alasan yang diberikan adalah bimbang tertinggal sesuatu daripadanya seperti info atau mesej. 
  • Ada juga orang yang ‘sakit’ hingga semua benda harus diceritakan di laman sosial. Seolah-olah, hidup secara realiti tak bermakna lagi. 
  • Tidak memperdulikan urusan hal luar. 

Anak dan isteri seharusnya menjadi nombor 1 dalam kehidupan seharian suami. Letak tepi dahulu telefon itu dan berbual bersama isteri. Barulah, kehidupan berumahtangga lebih harmoni. Tak gitu? 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

8 tanda suami tak sayang isteri, No. 4 itu sangat obvious, terang lagi bersuluh!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner