Lama 'Puasa' Kerana Isteri Berpantang, Ini Tips Supaya Suami TAHAN Lama Di Ranjang!

Isu suami tahan lama di ranjang antara yang popular didebatkan. Ada yang buntuk mencari jalan bagaimana untuk tahan lebih lama di ranjang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika ibu lepas bersalin perlu berpantang, suaminya juga perlu 'berpantang'. Selepas saja melepasi tempoh berpantang atau beberapa tempoh atas persetujuan bersama suami isteri, rutin seks dimulakan semula. Jadi bagaimana pastikan suami tahan lama di ranjang, lebih-lebih lagi sudah lama tidak beraksi setelah lama 'berpuasa'. 

Jadi buat para suami, bagaimana untuk tahan lama di ranjang? Jika anda si isteri pula, bagaimana untuk buat suami tahan lama di ranjang demi kepuasan bersama?

Isu tahan lama atau tidak ini sebenarnya banyak berkait dengan perlakuan ketika pasangan melakukan hubungan seks. Apa saja anda buat akan mempengaruhi ejakulasi lelaki.

Suami tahan lama di ranjang dengan tips ini

Kredit: freepik.com

Kali ini kami kongsikan tips bagaimana untuk buat suami tahan lama di ranjang, tidaklah cepat sangat tertewas, lebih-lebih lagi jika yang sudah lama 'berpuasa' kerana isteri masih dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Jom lihat apa yang kami kongsikan:

Menurut Thomas J. Walsh, M.D., seorang urologist di University of Washington, pancut awal merupakan masalah yang akan terjadi kepada hampir setiap lelaki pada masa tertentu dalam kehidupan mereka.

1 daripada 3 lelaki daripada pelbagai peringkat umur ada mengatakan yang mereka pernah melalui situasi ini dalam hidup mereka.

Ada pendapat yang mengatakan lelaki tidak mampu mengawal ejakulasi mereka sedangkan ada pendapat lain mengatakan mereka boleh mengawal.

Jadi tips ini dikongsikan bagi membantu lelaki itu tahan lama di ranjang. Boleh cuba tips ini!

#1. Bersenam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersenam mampu membantu anda untuk tahan lama di ranjang. Untuk hasil yang lebih hebat, anda perlu kuatkan bahagian otot pubococcygeal (PC) anda.

Menurut Dr. Sandra Hilton, seorang doktor terapi fizikal di Entropy Physiotherapy & Wellness di Chicago, Illinois ada mengatakan jenis senaman yang sesuai adalah senaman seperti mengangkat kantung zakar anda menghala ke perut tanpa menggunakan tangan.

Bila anda sudah mula dapat feel macam mana untuk anda kembang dan kecutkan otot PC anda, cuba untuk ketatkannya dan tahan sekitar 10 saat sebelum anda lepaskannya.

Dengan senaman seks sebegini, ia mampu untuk berikan anda kawalan yang lebih terhadap pancutan anda dan akan membuatkan anda tahan lama di ranjang.

#2. Kawal kelajuan penetrasi

Sebenarnya ada terlalu banyak cara untuk anda menikmati hubungan seksual tanpa perlu melakukan penetrasi ke dalam faraj isteri dengan terlalu laju. Anda perlu bijak mengawal kelajuan penetrasi sekaligus akan membuatkan anda dapat tahan lama di ranjang.

Tahan lama di ranjang ini akan membuatkan anda dna pasangan benar-benar menikmati hubungan seksual bersama. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Posisi

Kredit: insider

Posisi ketika melakukan persetubuhan juga penting dalam memastikan anda tahan lama di ranjang. Jangan gunakan satu posisi saja, cuba gunakan pelbagai posisi ketika melakukan seks.

Dikatakan, jika anda menukar posisi ketika melakukan seks, ia akan menyebabkan anda boleh kawal pancutan air mani dan sekaligus membuatkan anda tahan lama di ranjang.

#4. Puaskan pasangan anda dulu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika fokus anda untuk puaskan pasangan, anda akan berjaya tahan lama di ranjang kerana fokus anda akan berubah. Jadi ia akan membuatkan anda boleh mengawla bila untuk melakukan pancutan.

#5. Mulakan & selangi hubungan intim dengan teknik 'foreplay'

Kredit: theeverygirl

Mulakan hubungan intim anda dengan ciuman dan belaian terhadap pasangan. Dengan melakukan foreplay, anda tidak akan fokus untuk pancutlebih awal dan fokus anda akan ditumpukan kepada tubuh badan pasangan. 

#6. Jangan gelojoh, nikmati hubungan intim anda dengan tenang

Jangan terlalu gelojoh, semuanya nak cepat atau tergopoh gapah. Ini akan buatkan pasangan anda rasa tidak tenang atau tidak selesa yang mungkin boleh beri kesan kepada aksinya di ranjang nanti.

#7. Follow the flow, dan tidak perlu terlalu gopoh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada wanita yang sukakan ketenangan ketika melakukan seks. Mereka tidak suka suami terlalu gopoh. Jadi perhatikan rentak isteri anda, jika dia minta anda lebih perlahan, ikutkan saja. 

Jadi bolehlah cuba cara yang dikongsikan untuk buat suami tahan lama di ranjang!Semoga membantu membuatkan hubungan intim kalian lebih bermakna dan lebih ghairah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: xgeneroyales, suamisihat

Baca juga: Ehem! 6 "Rahsia" Mudah Anda Boleh Panaskan Aksi Di Ranjang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar