Nak Jadi Suami TERBAIK Buat Isteri Anda? Baca Tips Paling BERKESAN Ini Sampai Habis!

Sedarkah anda bahawa kehidupan yang dilalui oleh seorang isteri begitu memenatkan? Buktikan anda suami terbaik dengan membaca artikel ini sampai habis!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi suami terbaik bukanlah perkara yang mustahil jika anda sering berusaha untuk meringankan tugas isteri dan melayan karenahnya dengan penuh kasih sayang.

Bayangkanlah tugas seorang isteri dan ibu pada zaman sekarang dianggap begitu mencabar. Mana tidaknya, diri isteri ibarat sebuah robot yang perlu menguruskan segala hal di dalam rumah, makan minum dan pakaian seisi keluarga.

Pastinya, jadual suri rumah mahupun ibu yang bekerjaya begitu padat sehingga merasakan seolah-olah tiada masa untuk isteri berehat.

Terutamanya bagi anda yang memiliki anak-anak yang masih kecil pastinya bebanannya agak besar kerana usia mereka yang baru mengenali dunia.

Usai saja isteri mengemas rumah, pastinya keadaan hanya kelihatan kemas untuk seketika sahaja sebelum kembali semula dengan mainan anak yang penuh berselerak.

Buktikan Anda Suami Terbaik

Kredit: Redaksi

Tanpa anda sedar, sebenarnya perjalanan hidup sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak begitu memenatkan sehingga dirinya tidak sempat untuk meluahkan.

Kerap lenguh, sakit-sakit badan adalah petanda bahawa urat badan isteri mulai tegang. Tugasan seharian yang isteri lakukan sendiri kadang-kadang melebihi kudrat sebagai seorang wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan sahaja rasa penat menyerang pada fizikal, tetapi juga mental. Inilah penyebab isteri mudah naik angin, selalu marah dan hilang sabar dalam menggalas tanggungjawab seharian.

Oleh itu, andalah orang yang paling tepat untuk membantu isteri mengurangkan keletihan seharian dengan hanya menjadikan bilik tidur anda sebagai spa!

Suami terbaik perlu bijak menggunakan waktu terluang dengan hanya melakukan urutan badan terhadap isteri.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian, wanita yang sering kali diurut oleh pasangan hidupnya akan lebih gembira, wajah sentiasa ceria, penyayang dan lebih berkeyakinan.

Tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk membawa isteri ke spa atau pusat urut mahal jika diri anda sendiri boleh menjadi ‘tukang urut’ yang terbaik.

Menggunakan minyak aroma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengikut perkongsian oleh Ustazah Siti Noor Bahyah Mahamood, dia menyarankan ketika mengurut pasangan anda perlu mengelakkan dari menggunakan minyak angin.

Gunakan minyak aroma terapi kerana mampu membangkitkan suasana harmoni yang meredakan ketegangan dan memberikan ketenangan jiwa kepada anda dan isteri.

Tambahnya lagi, sebenarnya masih ramai suami terbaik tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan dan belaian manja terhadap pasangan biarpun ia memberikan manfaat jika diamalkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebaikan urutan suami terhadap isteri

Sentuhan jari- jemari pada bahagian tubuh badan tertentu berpotensi memberikan kelegaan terhadap tubuh yang tidak memperoleh rehat yang cukup sewaktu menghadapi hari yang sibuk.

Dengan bantuan anda, pastinya urutan yang biasa menjadi sangat luar biasa apabila tangan menyentuh tubuh kecil isteri dengan penuh perasaan sayang.

#1. Urutan mampu mengurangkan tekanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Urutan dan sentuhan boleh membantu mengurangkan tahap kortisol (hormon stres) sebanyak 30% dan meningkatkan paras hormon gembira iaitu seratonin serta dopamine sehingga 31%.

Bayangkanlah kepenatan yang dihadapi oleh isteri dibiarkan begitu sahaja sehingga sesetengah isteri menghidap kemurungan terlampau akibat tubuhnya kurang bertenaga.

Dengan urutan ini bukan setakat mampu melegakan sakit badan, tetapi mendatangkan mood yang baik.

Pasti keesokan hari isteri anda akan bangun awal dan mampu sediakan bekal makanan untuk anda kerana tenaga pada tubuh badannya seperti dicaj semula!

#2. Urutan boleh meningkatkan sistem imunisasi

Kajian mendapati dengan hanya mengurut isteri, anda mampu membantu meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berfungsi untuk melawan semua jenis penyakit.

Sekiranya anda mengurut badan isteri, pastinya dia berasa lebih sihat dan sukar dijangkiti penyakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Menjadikan isteri lebih berkeyakinan

Kredit: Redaksi

Sedar ataupun tidak, sesi urutan di rumah membuatkan isteri lebih berasa selesa menonjolkan  saiz atau bentuk tubuh badan yang sebenar.

Sesetengah isteri yang melahirkan anak mula berasa malu akan tubuh badan yang tidak ‘mantap’ seperti awal-awal perkahwinan dahulu.

Dengan urutan jari jemari seorang suami terbaik mampu membuktikan bahawa anda menyayanginya dan menghargai pengorbanan seorang isteri dalam memberikan zuriat.

Biarpun bentuk badan isteri telah berubah, dia menjadi berani untuk tampil lebih yakin kerana menyedari anda menerima seadanya.

#4. Masa bersama lebih kualiti

Sesi urutan anda terhadap isteri bukan sekadar menjadi sesi ‘rawatan’ badan, tetapi masa bersama ini mampu merapatkan lagi hubungan antara suami isteri.

Tiada gangguan televisyen dan kesibukan melayan telefon bimbit, dalam suasana yang sunyi hanya sentuhan dan belaian sahaja menjalankan peranan.

Sesi urutan memainkan amat penting dalam mengembalikan cinta pada pasangan. Sambil mengurut, anda perlu mengambil peluang dengan menjadi pendengar yang setia.

Tanyakan isteri bagaimana harinya berjalan baik ataupun tidak, adakah dia mempunyai masalah atau hiburkan pasangan anda dengan membuat lawak jenaka.

Memang sifat seorang wanita tidak boleh memendam perasaan kerana akhirnya akan memakan dirinya sendiri.

Selain itu, anda boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda dahulu dan berkongsi kenangan indah yang tidak dapat dilupai.

#5. Menyedarkan isteri bahawa dirinya sangat berharga

Kredit: Redaksi

Walaupun anda tidak begitu mahir dalam mengurut seperti tukang urat profesional, perkara yang penting adalah sentuhan tangan anda yang begitu menenangkan mampu membuatkan isteri berasa dirinya sangat dihargai.

Apabila isteri merasakan pengorbanan dari apa yang dia lakukan dari awal pagi sehingga malam sangat memberikan makna buat suaminya, justeru dia akan berusaha untuk memberikan lebih lagi bagi keharmonian rumah tangga.

Sebenarnya kalau tak ada kajian pun tentu kita boleh agak bagaimana urutan atau sentuhan kasih sayang daripada suami ini dapat memberi kesan yang amat besar terhadap isteri.

Bukan setakat mampu membuatkan isteri lebih bahagia, tetapi juga anda memperoleh pahala ekstra.

Jadi suami-suami dekat rumah tu, rajin-rajinlah urut isteri anda ya! Isteri penyeri rumah, jika dia tidak gembira, suasana rumah pun menjadi suram.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: 10 kunci rumah tangga bahagia yang patut diamalkan dari sekarang, berhenti buat no #5!

Baca juga:  Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan

Baca juga: 5 KESILAPAN BESAR Yang Nampak Biasa Pada Suami Isteri, Tapi Buat Rumah Tangga Makin Hambar!