Isteri mana yang tak sakit hati bila dapat tahu suami tidak jujur dalam hubungan dan perkahwinan mereka. Sampai kadang-kadang isteri makan hati bila diperlakukan sedemikian.
Walhal, kepercayaan adalah sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Sebabnya kalau kepercayaan sudah hilang ia boleh memutuskan dan menggoyahkan rumahtangga.
Soal suami tidak jujur ini bukan hanya berselingkuh dengan wanita lain sahaja tapi ia juga melibatkan perkara-perkara lain seperti berbohong tentang masalah kewangan, ingkar janji, terlibat dengan perjudian dan banyak lagi.
Lantas disebabkan hal-hal ini ia membawa perubahan yang amat ketara pada dirinya sendiri dan mengorbankan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.
Suami tidak jujur, hati isteri mana yang tidak terluka?
Penelitian yang dilakukan oleh Dr. Bella Depaulo, social scientist dari Harvard University menunjukkan bahawa pasangan yang sudah berkahwin melakukan 1 tabiat tidak jujur dari 10 komunikasi mereka.
Namun begitu, apakah langkah wajar yang boleh diambil jika mengetahui pasangan tidak jujur?
M. Gary Neuman, kaunselor keluarga ini menyarankan isteri melakukan hal seperti berikut:
#1. Elakkan membuat keputusan semasa marah
Perkara pertama yang isteri perlu ingat adalah tetapkan waktu supaya dapat memaafkan dan menerimanya kembali seperti sebelum ini.
Walaubagaimanapun, sebaiknya anda tidak membuat keputusan terlebih dahulu terutama sewaktu hati sedang berasa marah.
Ini kerana semasa marah, anda tidak boleh melihat masalah dengan lebih baik sehingga tidak dapat membuat keputusan yang terbaik dengan apa yang berlaku.
Jadi sebaiknya redakan dahulu kemarahan itu.
#2. Minta suami jelaskan segalanya
Selain itu, minta suami memperjelaskan tentang apa yang berlaku secara terperinci sampai dia bertindak untuk berbohong dan tidak jujur.
Dengar saja alasannya dan cuba tanyakan soalan yang anda rasa tidak puas hati.
#3. Respon pasangan
Setelah mendengar penjelasan daripada suami tidak jujur, anda juga harus perhatikan tindak tanduk bahasa tubuhnya.
Misalnya, selepas menjelaskan duduk perkara sebenar adakah dia memohon maaf dan menyesal dengan apa yang berlaku?
Atau jika dia berlaku curang adakah dia nampak serius untuk menyelesaikan hubungan tersebut atau kelihatan bingung kerana sudah jauh hubungan cinta dengan perempuan itu.
Penting untuk lihat bahasa tubuh suami bagi mengetahui sama ada dia benar-benar berkata jujur atau masih mahu menutup sesuatu di belakang anda.
#4. Berbincang di tempat terbuka
Kalau boleh elakkan membicarakan masalah di ruangan yang tertutup seperti kereta atau bilik tidur.
Tapi anda boleh berbincang di tempat yang lebih terbuka seperti ruang tamu atau di luar rumah.
Ini kerana kalau bercakap di luar anda dan suami akan berbincang dengan lebih baik kerana tidak mahu jiran tetangga berasa pelik melihat kalian bergaduh di luar rumah kan?
Lantas anda akan bersikap lebih baik di ruang yang terbuka itu.
#5. Mengambil masa untuk diri sendiri
Suami tidak jujur memang menyakitkan dan ia adalah sesuatu yang wajar jika isteri tidak mahu memaafkan kesalahan suami itu.
Jadi sebaiknya anda mengambil masa yang terbaik untuk mencegah pergaduhan yang lebih serius.
Kalau boleh cuba mencari aktiviti menarik yang boleh dilakukan sekaligus mengelak dari rasa sakit hati yang bersarang dalam jiwa.
Misalnya anda boleh pergi melancong dengan rakan-rakan, minum kopi di kafe, menonton wayang, berkaraoke, belajar mengaji atau lain-lain. Asalkan hidup rasa gembira.
#6. Berbincang masalah
Selepas kemarahan sudah reda, duduklah berdua dan bicara dari hati ke hati.
Tidak jujur memang menyakitkan tapi tidak ada salahya untuk cuba selami mengapa si dia melakukan hal tersebut kepada anda.
#7. Membuat keputusan
Setelah segala perkara di atas dilakukan, kini tiba masanya untuk anda membuat keputusan dengan bijak. Adakah anda akan memaafkan suami atau pertimbangkan untuk memutusan ikatan suami isteri itu.
Ingatlah, manusia tidak lari dari berbuat salah jadi memaafkan mungkin dapat memperbaiki hubungan asalkan pasangan insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Diharap segala keputusan yang dilakukan itu adalah jalan terbaik untuk anda dan semua yang terlibat.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Parenting.co.Id
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Lelaki Suka Curang Dengan Wanita Yang Punyai Personaliti Ini