Berapa suhu normal bayi 1 tahun ke atas dan apa tanda anak demam?

Bila anak demam, tentunya kita akan berasa bimbang. Takut kalau ada penyakit berbahaya yang menyerang si kecil itu.

Banyak perkara yang boleh membuatkan ibu bapa bimbang terutamanya ketika anak demam. Tapi sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang anak demam, anda tahu tak suhu normal bayi 1 tahun ke atas?

Apabila anak demam, ibu bapa adalah insan yang tak senang duduk dan tidur tak lena sebab perlu menjaga si kecil yang kurang sihat itu.

Demam itu tanda adanya penyakit tertentu yang sedang menyerang anak dan seringkali demam boleh menjadi keadaan jadi lebih buruk.

Sebenarnya, bayi cenderung memiliki suhu tubuh yang lebih tinggi berbanding anak yang lebih tua apabila mereka demam.

Bayi tiga bulan ke atas memiliki suhu normal bersamaan 37.4 darjah celcius manakala suhu normal bayi 1 tahun pula adalah 37.6 darjah celcius.

Selain itu, suhu tubuh juga dipengaruhi oleh persekitarannya. Misalnya, suhu bayi boleh jadi 36.8 darjah celcius di sebelah pagi dan berubah pada 37.4C di sebelah petang.

Bahagian tubuh yang sesuai untuk meletakkan termometer adalah ketiak, mulut dan dubur. Seiring dengan kemajuan teknologi, ukuran suhu boleh dilakukan melalui telinga dan dahi dengan menggunakan termometer khas.

Bagaimana cara mengukur suhu normal bayi 1 tahun?

Kredit: Jitunews.com

  • Bayi baru lahir – 3 bulan : Ukuran suhu dibuat pada dubur.
  • Bayi 3 bulan – 4 tahun: Sebaiknya menggunakan termometer pada dubur atau mulut.

Tapi anda perlu tahu, terdapat perbezaan ketika membaca suhu anak. Jika anda meletakkan termometer di dubur anak, biasanya ia 1 darjah celcius lebih tinggi daripada mulut.

Manakala suhu di ketiak biasanya 1 darjah celcius lebih rendah daripada mulut.

Jika menggunakan termometer di dubur, baringkan bayi seperti mengganti lampin. Manakala di mulut pula, tempatkannya di bawah lidah.

Sementara itu, termometer di bawah ketiak pula, kepitnya di tengah ketiak dan letakkan lengan anak di bahagian dadanya supaya bacaan suhu lebih tepat.  

Suhu normal bayi 1 tahun: Sebab-sebab bayi demam

Antara sebab-sebab yang menjadi punca bayi demam adalah kerana:

Tanda-tanda yang menunjukkan bayi demam

  • Kulit menjadi pucat
  • Kurang bermain dan tidak aktif seperti selalu
  • Kurang menyusu atau tak mahu makan
  • Hanya berbaring lesu dan penat
  • Kemungkinan akan alami sawan jika suhu terlalu tinggi
  • Kekeringan di bahagian mulut dan kurang kencing kerana pampers tidak berat seperti selalu
  • Demam yang berpanjangan
  • Merengek dan menangis
  • Mata merah
  • Bengkak sendi dan anggota badan

Cara merawat bayi demam panas

Kredit: CNN Indonesia

  • Pastikan anak minum air masak/air kosong dengan banyak supaya tubuhnya tidak terdehidrasi.
  • Beri anak makan ubat yang dapat daripada klinik atau hospital. Ikut sukatan dan waktu yang sesuai yang telah diberitahu oleh pihak farmasi.
  • Ada 3 ubat yang sesuai akan diberikan oleh doktor iaitu antibiotic untuk bunuh kuman, paracetemol kanak-kanak atau ubat yang dimasukkan melalui punggung yang diberi nama suppository.
  • Lap seluruh tubuh bayi untuk turunkan suhu badannya. Guna air asam jawa.
  • Pakaikan baju yang selesa dan jika dalam kesejukan malam selimutkan si kecil itu.

Walaubagaimanapun, sila pantau suhu badan anak setiap masa dalam beberapa hari hingga suhu demamnya kembali normal seperti biasa.

Jika berlarutan terlalu lama, jangan berlengah segera dapatkan rawatan doktor atau terus ke hospital di unit kecemasan.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ibu dan Balita, Majalah PAMA

Baca juga

https://my.theasianparent.comsuhu-normal-bayi/