Ini Suhu Normal Bayi & Cara Betul Untuk Sukat Suhu Badan Jika Anda Rasa Mereka Demam

undefined

Semua ibu bapa perlu tahu cara betul untuk menyukat suhu badan si kecil dengan tepat supaya boleh membezakan suhu demam dan suhu normal bayi.

Semua ibu bapa perlu tahu suhu normal bayi serta cara betul untuk menyukat suhu badan si kecil dengan tepat apabila mereka demam.

Sebenarnya, demam bukanlah penyakit, tetapi kesan penyakit. Demam berlaku apabila sistem imun badan si kecil sedang melawan penyakit, jangkitan virus dan bakteria.

Walaupun demam gred rendah boleh dikawal di rumah dengan memberi ubat paracetamol dan mengelap badan anak, ibu bapa perlu tahu bila untuk membawa anak berjumpa doktor. Terutamanya apabila suhu normal bayi meningkat mendadak.

Berapa suhu normal bayi?

suhu normal bayi baru lahir, suhu normal bayi 2 bulan, suhu normal bayi menurut who, suhu normal bayi untuk imunisasi, suhu tubuh normal bayi usia 0 bulan, suhu bayi 35 derajat apakah normal, suhu tubuh normal bayi 2 bulan, bayi dikatakan demam pada suhu berapa, suhu normal bayi

Sebelum ibu bapa panik, apakah punca suhu badan bayi anda naik? Adakah demam anak disebabkan oleh radang paru-paru, kencing kotor, jangkitan telinga, ataupun jangkitan yang lebih serius seperti meningitis?

Suhu normal bayi boleh meningkat jika mereka berpakaian terlalu tebal, ataupun memakai terlalu banyak lapisan pakaian apabila cuaca sangat panas. Selain itu suhu normal bayi juga boleh naik akibat reaksi terhadap pemvaksinan.

Cara untuk tahu bayi anda demam, ialah rasa panas di bahagian dahi, leher, belakang, dan perut apabila disentuh. Pipi bayi mungkin akan kelihatan merah dan kadang-kadang si kecil akan mula berpeluh.

Julat suhu normal bayi apabila disukat melalui rektum, adalah di antara 36.6 – 37 °C. Suhu demam pula adalah suhu yang melebihi 38 °C.

Bilakah ibu bapa patut risau?

suhu normal bayi baru lahir, suhu normal bayi 2 bulan, suhu normal bayi menurut who, suhu normal bayi untuk imunisasi, suhu tubuh normal bayi usia 0 bulan, suhu bayi 35 derajat apakah normal, suhu tubuh normal bayi 2 bulan, bayi dikatakan demam pada suhu berapa, suhu normal bayi

Ibu bapa perlu berhati-hati jika suhu badan bayi mencecah:

  1. 38 °C untuk bayi di bawah 3 bulan
  2. 39 °C dan ke atas, untuk bayi berumur 3 – 6 bulan

Jika ini berlaku, ibu bapa perlu menghubungi pakar kanak-kanak atau doktor dengan segera.

Selain suhu normal bayi yang meningkat, ibu bapa juga perlu menghubungi doktor jika demam bayi disertai tanda-tanda lain seperti ruam, sawan, masalah pernafasan, atau kesukaran untuk minum susu. 

Ibu bapa juga perlu peka tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, menangis tanpa air mata, ubun-ubun yang cengkung ke dalam, serta kekerapan si kecil membuang air kecil apabila demam.

Cara untuk mengukur suhu badan bayi dengan tepat

suhu normal bayi baru lahir, suhu normal bayi 2 bulan, suhu normal bayi menurut who, suhu normal bayi untuk imunisasi, suhu tubuh normal bayi usia 0 bulan, suhu bayi 35 derajat apakah normal, suhu tubuh normal bayi 2 bulan, bayi dikatakan demam pada suhu berapa, suhu normal bayi

Sumber: WebMD

Ibu bapa boleh menentukan suhu normal hanya dengan menyentuh dahi si kecil. Walau bagaimanapun, kenaikan suhu badan tidak semestinya bermakna si kecil anda demam.

Oleh itu cara yang lebih tepat untuk mengukur suhu badan bayi ialah dengan menggunakan termometer.

Termometer yang paling selamat dan disyorkan untuk bayi dan kanak-kanak adalah termometer digital, kerana termometer merkuri sangat toksik jika pecah. Kini terdapat banyak jenis termometer di pasaran yang boleh digunakan termasuk termometer yang diletakkan di ketiak, telinga, mulut, ataupun yang dilekatkan pada dahi. 

Tetapi termometer yang dimasukkan ke dalam rektum dianggap paling tepat dan mudah digunakan pada bayi.

Termometer yang boleh dimasukkan ke dalam rektum berbentuk fleksibel dan mempunyai tempat memegang yang luas supaya ia lebih senang untuk dikendalikan. Sebelum menggunakan termometer rektum, ibu bapa perlu pastikan ianya dibasuh dalam air sabun ataupun dibasmikan dengan alkohol. 

Untuk menggunakan termometer rektum, pastikan termometer bersih. Basuh dalam air sabun atau lap dengan alkohol. Pastikan bayi anda dalam posisi meniarap.

Kemudian gunakan sedikit jeli petroleum di hujung termometer dan masukkan termometer kira-kira 2 cm ke dalam rektum. Tunggu hingga termometer berbunyi sebelum menarik keluar termometer untuk membaca hasilnya.

Jika ibu bapa mendapati suhu anak telah meningkat dengan tinggi jangan berlengah dan hubungi doktor dengan segera. 

Semoga membantu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Cara Kendali Anak Demam Selepas Suntikan Imunisasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!