- Si ayah bercerita mengenai tabiat rakannya yang suka gelakkan orang lain
- Dunia sentiasa berputar, manusia tidak akan selalu berada di atas
Si ayah bercerita mengenai tabiat rakannya yang suka gelak orang lain
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Azizul Zairi, Si ayah berhasrat untuk mengajar anaknya (abang ngah) apabila besar nanti supaya tidak suka gelak orang lain.
Besar nanti ayah nak ajar abang ngah jangan suka gelakkan orang.
Dulu masa ayah asik lompat kerja sana sini berhenti, kawan ayah suka gelakkan ayah. Tapi hari ini kawan tu pm tepi tanya tempat ayah ada kerja kosong tak. Kuli pun takpelah janji ada kerja masa sesak sekarang ni.
Dulu masa ayah kahwin lewat 3 tahun daripada dia, dia gelakkan ayah. Hari ini dia masih belum dikurniakan zuriat tapi ayah sudah 3 cahaya mata.
Dulu masa ayah balik lewat malam training sana sini dikata takde life tapi semalam dia wasap tanya kerja part time apa yang boleh buat sebab dah diberhentikan kerja 2 bulan.
Dulu dia gelakkan ayah pakai kancil 660 warna cat lusuh pulak tu tapi bulan lepas kereta H dia baru je kena tarik sebab tak bayar berbulan.
Dunia sentiasa berputar, manusia tidak akan selalu berada di atas
Dulu ayah duduk menyewa pun digelakkan kaw-kaw tanpa belas kesian tapi bulan ni rumah dia kena lelong. Hutang tertunggak berapa lama tu ayah tak tahu.
Duhai kawan-kawan yang saya hormati, dunia ini berputar sama macam kedudukan kita. Ketawakan dan gelakkan orang yang jatuh tak menjadikan kita lebih tinggi.
Hari esok kita tak tahu nak jadi apa. Bahasa melayu cakap kita bukan dalam kasut yang sama. Ada kasut tak basuh berbulan, ada kasut masih bau kedai.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan diri sendiri serta dimurahkan rezeki dalam segala urusan.
Kredit gambar: Ben Ashaari
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Isteri Jutawan Yang Bijak, Merendah Diri Dan Kelihatan Biasa Saja!
Baca juga: Elak Beri Nasihat Kepada Anak Ketika Mereka Tengah Beremosi, Lakukan 3 Perkara Ini!
Baca juga: 5 Nasihat Untuk Anak Lelaki Sebelum Usia Remaja, Barulah Layak Jadi Lelaki Hebat!