Jangan Halang Anak Yang Suka Main Air, Banyak Manfaatnya Untuk Perkembangan Si Manja!

Suka main air mampu melatih minda dan perkembangan anak anda sebenarnya. Aktiviti ini mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suka main air antara akiviti yang paling menyeronokkan buat kanak-kanak. Ada anak-anak suka menyimbah, berendam, bermain sungai dan banyak lagi. Ada juga ibu ayah kurang berkenan apabila anak bermain aktiviti sebegini. Bimbang mudah selesema ataupun demam.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Main air dapat bantu anak dari segi perkembangan minda dan fizikal
  • Peranan dan tips untuk ibu bapa galakkan pembelajaran anak

Tetapi tahukah anda manfaat aktiviti ini kepada anak-anak anda? Nak tahu lebih lanjut? Jom kita semak.

Manfaat anak yang suka main air dari segi perkembangan minda dan fizikal

#1. Merangsang perkembangan kognitif
 
Bila sebut perkembangan kogniftif, melalui aktiviti air ini sendiri anak anda boleh belajar kemahiran untuk berfikir dan penyelesaian masalah. Mesti anak anda tertanya-tanya mengenai aktiviti tersebut dan mengapa objek-objek boleh terapung dengan sendirinya. Ini boleh merangsang daya fikiran mereka dan rasa ingin tahu. 
 
#2. Mengenali konsep Sains dan Matematik
 
Malah, anda juga boleh memperkenalkan konsep Sains dan Matematik dengan mudah kepada anak-anak anda. Bukan sekadar simbah-simbah sahaja. Anda boleh ajarkan anak anda menyukat dengan menggunakan bekas. Memasukkan air atau pasir ke dalam bekas dan mengira isipadu air. Anak anda juga boleh belajar ilmu baru seperti sifat cecair dan sebagainya. 
 
#3. Melatih kemahiran fizikal
 
 
Apabila anak anda bermain aktiviti ini, mereka sebenarnya sedang menggunakan otot-otot dan motor mereka. Terutamanya jika anda mengajak mereka bermain aktiviti seperti menuang air ke bekas lain atau mengangkat baldi. Ini sangat penting untuk melatih koordinasi mata dan tangan. Banyak otot yang akan digunakan. 
 

Banyak lagi kelebihan aktiviti ini sebenarnya baik dari segi sosial dan emosi. Anak anda boleh bergaul dengan rakan-rakan lain dan juga anak anda dapat belajar kemahiran bahasa dengan lebih baik apabila anda dedahkan anak anda kepada persekitaran yang baru. Untuk ibu bapa pula, ini beberapa tips untuk anda. 

Peranan dan tips untuk ibu bapa galakkan pembelajaran anak 

#1. Pastikan tempat dan peralatan yang digunakan sesuai dan selamat untuk anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Sentiasa proaktif dalam melayan setiap soalan anak-anak.

#3. Jadi role model untuk anak anda dan bimbing anak anda dalam aktiviti baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Kenal pasti aktiviti menarik dan menyeronokkan yang boleh dilakukan bersama seperti bermain kapal, lumba mengangkat air dalam baldi, membina istana pasir, perah span dan sebagainya. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu bapa dan anak-anak. Banyak kelebihan main air yang perlu ibu bapa terokai sebenarnya. Jadikanlah aktiviti ini sebagai satu cara untuk anda merapatkan diri dengan anak-anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Telatah Lucu Dua Beradik Main Air Sirap, Pentingnya Permainan Kreatif Buat Kanak-Kanak! Ibu Ayah Jangan Terus Melatah

Baca juga: Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!

Baca juga: Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air

 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman