Tiada wanita yang mahu hadapi episod sukar mengandung bila sudah berkahwin. Tetapi perkara itu seolah-olah dibuat main sesetengah pihak dan menganggap jika mereka menegur mengenai perkara itu, tidak mengapa dan tiada yang akan terasa.
Netizen juga kadang kala melampau, kejadian buli siber semakin biasa dalam kalangan netizen malah boleh buat sesiapa saja rasa depresi dengan apa yang diperkatakan netizen.
Mungkin betul tindakan sesetengah individu untuk hide saja komen atau abaikan saja komen-komen di media sosial mereka bagi mengelakkan rasa depresi dan sebagainya.
Isteri diungkit sukar mengandung, suami ini beri jawapan ‘win’
Bagi peminat mukbang Malaysia, nama Beby Tora pasti sudah tidak asing lagi didengar. Bagaimanapun, jika muatnaik review, ada saja yang menegur dengan perkataan yang tidak elok dan boleh mengguris hati.
Terbaru, saiz badan dan punca sukar mengandung pula disentuh netizen bermulut puaka ini.
Jawapan suami kepada wanita ini memang win apabila dia berkata dia sangat bersyukur berkahwin dengan isterinya. Hal anak rezeki Allah. Hanya dia yang mengenali isterinya dan mereka memang bahagia bersama.
Katanya, isterinya sanggup menerimanya yang bukan sesiapa walaupun wanita berkenaan berduit. Moga dipermudahkan urusan pasangan ini untuk menimang cahaya mata!
Jawab soalan ‘bila nak mengandung’ dengan cara ini
Bagi pasangan baru berkahwin atau lama berkahwin, soalan wajib yang akan diterima adalah ‘bila nak mengandung?’ Lebih-lebih lagi bila sudah lama berkahwin. Kali ini kami kongsikan cara terbaik untuk anda jawab soalan itu.
Memang rimas jadinya bila perlu jawab soalan ‘bila nak mengandung’. Lebih-lebih lagi dari orang luar yang tidak tahu secara mendalam mengenai diri kita.
Soalan ini bukan saja ditanya kepada mereka yang lambat dikurniakan cahaya mata, malah ia juga turut ditanya kepada mereka yang punya hanya satu anak saja.
Soalan sensitif yang boleh undang rasa tak selesa
Lebih-lebih lagi jika anak itu sudah berumur dua tahun dan ke atas, lagi ligat soalan seperti ini ditanya jika kita punya anak seorang saja.
Dari sudut positif mungkin yang bertanya itu hanya ingin memulakan perbualan dan sebagainya, tetapi mungkin kita yang terlebih sensitif dengan soalan sedemikian.
Kadang kala ia boleh jadi punca pergaduhan antara suami dan isteri sedangkan jika soalan sedemikian tidak ditanya, tidak jadi masalah pun kepada mereka.
Tetapi bila timbul persoalan sedemikian, jadi bahan pergaduhan pula. Kali ini kami kongsikan tips bagaimana untuk jawab soalan ‘bila nak mengandung’ ini:
#1. Ubah mindset
Cara pertama yang perlu anda pegang adalah ubahmindset anda untuk tidak bersedih atau terasa hati sekiranya diajukan persoalan itu.
Seperti yang dikatakan di sebelum ini, anda hanya perlu anggap individu yang bertanya itu hanya ingin ajak bersembang dan mengeratkan hubungan silaturrahim semata.
#2. Balas dengan jawapan ‘doakan saya’
Kalau anda tidak tahu nak jawab persoalan itu, balas sahaja dengan jawapan pendek iaitu ‘doakan saya’. Ia boleh membuatkan si penyoalnya terhenti bertanya berlebih-lebihan.
Jawapan doakan saya ini juga boleh membuatkan orang lain di sekelilingnya rasa senang dan sama-sama mahu mendoakan wanita itu. Mana tahu, salah seorang yang ditanya doanya dimakbulkan tuhan.
Kita tak tahu doa siapa yang dimakbulkan, jadi tak salah jika jawab soalan dengan doakan saya.
#3. Ajak untuk kongsi
Selain itu, apa yang boleh anda lakukan ialah tenang apabila disoal pertanyaan tersebut dan hanya perlu respon dengan bertanya kembali kepada mereka tentang pengalaman kehamilan atau tips-tips yang mereka lakukan untuk cepat hamil.
Jadi perbualan itu akan lebih mesra dan anda pun tidak la akan terus selamanya rasa kecil hati terhadap individu tersebut. Dalam masa sama, anda dapat ilmu baru yang boleh anda cuba.
Kadangkala mungkin ada benda yang kita belum cuba lagi dalam usaha untuk mengandung yang dicuba oleh orang lain dan ia berhasil.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Bila Waktu Paling Sesuai Untuk “Bersama” Suami Agar Cepat Mengandung?
Baca juga: 5 posisi senggama untuk cepat hamil, no #3 dibuktikan paling berkesan!