Ibu Tunggal Sedia Khidmat 'Siang Barang Basah' Sebagai Lubuk Rezeki Di Musim PKP

Khidmat 'Siang barang basah' inilah sumber rezeki bagi ibu tunggal semasa tempoh PKP yang dilaksanakan di dalam negara ekoran krisis covid 19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah masuk ke fasa keempat susulan krisis covid 19 yang berlaku di dalam negara. Disebabkan itu, ramai orang terjejas untuk keluar mencari sumber rezeki oleh kerana sekatan pergerakan ini.

Jika diikutkan pekerja yang bekerja makan gaji mungkin sumber rezeki mereka tidak putus kerana majikan masih membayar gaji dan ada yang perlu bekerja dari rumah. Jadi pendapatan mereka masih ada.

Namun yang menjadi persoalannya kepada mereka yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan yang mungkin berasa sedikit tertekan disebabkan tidak dapat keluar berniaga seperti selalu.

Walaubagaimanapun, wang bantuan PRIHATIN yang disalurkan oleh kerajaan diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak keperluan makanan dan dapur mereka setiap hari. Sekaligus dapat mengurangkan beban golongan yang
tidak berkemampuan.

Sumber rezeki ibu tunggal sepanjang Tempoh PKP

Namun, bagi Siti Hartika Shaari, 32, dia tekad mengusahakan perniagaan barangan basah di dalam talian sejak dua minggu yang lalu selepas terputus sumber rezeki susulan pelaksanaan PKP.

Menurut Hartika, beliau menggunakan wang RM1000 hasil dari Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diterima sebagai modal permulaan bagi memulakan perniagaan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini Hartika mampu meraih pendapatan sekitar RM2000 dalam sehari sehingga tidak menang tangan menyiapkan tempahan para pelanggannya.

Pernah bekerja sebagai tukang masak

Ibu kepada seorang anak itu sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan di Cheng Melaka. Namun disebabkan tidak mampu menanggung kos gaji, majikannya terpaksa memberhentikan pekerja.

Lantas sebab itu, Hartika yang tinggal bersama adik saudaranya Kauthar Hikmah Kamiruddin, 26 terpaksa menggunakan wang simpanan yang ada untuk meruskan kehidupan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fasa pertama PKP hanya mampu makan bubur kosong

Lebih menyedihkan, sewaktu pelaksanaan PKP fasa pertama, anak beranak ini hanya mampu menjamah bubur kosong dan tidak berlauk kerana tiada wang untuk dibelanjakan.

"Sewaktu pelaksanaan PKP fasa pertama dan kedua, sumber pendapatan kami memang terjejas dan terpaksa makan bubur kosong dan tiada lauk selama dua hari," katanya.

Idea barang basah siap siang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak mahu duduk berdiam diri, wanita ini tampil dengan idea segar dengan melakukan khidmat barang basah siap siang yang menyasarkan wanita bekerja sepanjang PKP ini sebagai pelanggan.

Sampaikan dia tidak sangka sambutan yang diterima cukup memberangsangkan dan menerima tempahan hampir setiap hari.

Semasa peringkat permulaan, dia hanya menjalankan perusahaan itu bersama adik saudaranya, namun dalam dua minggu, dia mempunyai tiga lagi pekerja dan empat orang runner yang membuat penghantaran di seluruh negeri Melaka.

Dia memulakan rutin perusahaan ini seawal jam 5 pagi dengan mengambil bekalan barangan basah daripada pengedar di Pasar Borong Batu Berendam Melaka dan terus membersihkan barangan basah yang ditempah pelanggan sebelum membuat penghantaran.

Bahkan, upah siang (membersih) barangan basah ini sangat berpatutan dan pelanggan boleh memilih pakej serendah RM30.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara barang basah yang ditawarkan untuk dibersihkan seperti ayam, ikan kembung, udang, sotong, ketam, ikan siakap dan lain-lain.

Menurut adik saudaranya, angan-angan untuk memulakan perniagaan bersama kakak sepupunya itu menjadi kenyataan sewaktu musim PKP ini.

Semasa permulaan, tempahan pertama cuma hanya lapan set sahaja namun ia meningkat dan semakin meningkat setiap hari.

Mereka hanya mengambil tempahan melalui Whatsaap dan penghantaran dibuat kepada 40 buah rumah dalam sehari dan bergantung kepada permintaan pelanggan.

Fasa keempat PKP

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam sedar tak sedar, Malaysia kini sudah masuk ke fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang menyaksikan negara sedang bertungkus lumus memulihkan krisis covid 19.

Keberkesanan tiga fasa PKP pada sebelum ini menunjukkan hasil tindakan yang berkesan dan agresif bagi membendung wabak berbahaya ini.

Ini kerana dapat dibuktikan dari Kementerian Kesihatan Malaysia apabila rekod kes positif covid 19 menunjukkan angka penurunan. Malah pesakit yang sembuh juga semakin memberangsangkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sektor ekonomi digalakkan kembali berfungsi seperti sedia kala kerana negara telah masuk ke fasa pemulihan namun perlu mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM.

Walaupun Malaysia mengalami perkembangan yang positif tapi seluruh rakyat diminta terus mematuhi PKP dan ini bukan bermakna boleh menarik nafas lega kerana masih banyak yang perlu kita lihat dari sudut yang lain.

Malah kerajaan juga mengajak rakyat bersabar dengan biar susah sekarang demi kesenangan di masa yang mendatang.

Justeru, marilah kita bersama-sama berdoa di bulan yang mulia ini agar wabak berbahaya ini hilang dan lenyap terus di bumi Malaysia seterusnya kita dapat kembali ke arah kehidupan seperti biasa.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Astro Awani 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga